SAMBUT BIRTHDAY KAWAN AKU DI UME FLORAL CAFE | KALAU mereka yang follow dan ternampak aktiviti Sis bersama Geng Bas Sekolah baru-baru ni, mesti korang tertanya, 'Aitt sambut birthday lagi?' hahahaha.. Yaaa korang mesti perasan, kenapa sampai dua kali sambut birthdaynya kan?. Kalau tak perasan tak apa, meh laa Sis ceritakan kisah di sebalik sebelum kami sambut birthday kawan Sis di Ume Floral Cafe ni. hahahaha..
Birthday kawan Sis ni jatuh pada 28 June yakni Selasa baru ni, tapi pada Sabtu 25 June tu, kitaorang dah sambut birthdaynya di Thistle Hotel Johor Bahru makan buffet lunch di sana. Yang tu sebab majlis tu Sis dan kengkawan lain dapat undangan dari kakaknya,Izam (birthday boy) untuk sama-sama meraikan, kira advance birthday party laa gitu..
Majlis makan buffet di Thistle tu ada Sis upload di SINI dan video surprise hadiah semua Sis upload dalam instagram personal Sis. Cuma.... majlis tu memang tak surprise sama sekali untuk Izam, sebab semua perancangannya si Izam tu tau hahahaha.. sabo je laaa, termasuk kiriman semua hadiah bouquet tu.. So apalagi, Sis dan Geng Bas Sekolah (GBS) Sis yang lain pakat-pakat nak sambut birthday Izam tu sekali lagi pada hari betul tarikhnya pada hari Selasa baru ni.
Alhamdulilah semua perancangan dan plan kami semua menjadi akhirnya. Izam langsung tak terfikir dan memang tak boleh agak apa yang kami semua nak buat hehehe.. so memang masa ke Ume Floral Cafe tu, banyaklah surprisenya yang buat Izam terkejut hehehehe..
Sis booking table beserta pakej deko di Ume Floral Cafe untuk makan tengahari pada Selasa tu. Sis dan Ima dah sampai dulu, kemudian Lily sampai dan Cha.. then after tu, Kak Sue pun sampai dengan Izam. Sis dah bagitau Kak Sue, nak sampai bagitau, sebab nak surprisekan Izam hehehe..
Memang terkejut laaa si Izam tu bila masuk dalam Ume Floral ni. Deko hiasan dalaman dia memang sangat cantik giler, nama pun Ume Floral, so memang penuh laa dengan bunga-bunga dalam Cafenya. Teruja dan jakun kejap juga Sis masa mula masuk dalam cafenya. Yang suka bergambo memang suka laaa, sana sini kalau boleh nak posing hahahaha..
Untuk menu pula, kitaorang malas nak serabut-serabut fikir nak order apa, so sebelum semua sampai, Sis dah orderkan semua menu. Antaranya; Nasi Goreng Kampung set, Kentang Goreng, Ayam Bakar Pandan dan juga set buah platter. Minuman pun order jer sama semua, Air Sirap Bandung Soda.
So bila dah order awal, masa semua sampai, makanan pun takde laa tunggu lama sangat. Baru duduk bergambar sana sini, sekejap tu semua menu dah sampai. So dapatlah makan awal. Memang memasing kebulur pagi tak makan hahahaha.. kira brunch juga laa..
Cuma... kus semangattt, nasi goreng kampung dia pedas berapi oii.. cili kemain berlenggok-lenggok dalam nasi. Bagi tekak Sis memang dah ngam arr, tu baru nasi goreng kampung, sebab pedas menyengat... tapi bagi Kak Sue dan Cha, siann mereka, tekak mereka tak tahan pedas, so terkulat-kulat nak telan nasinya hahahahaha.. kami pun tak tau sepedas itu okay huhuhu..
Yang suka pedas memang akan suka laaa nasi goreng kampung tu, tapi ayam goreng dia sedap hehehehe.. harga untuk menunya pun takde laa mahal sangat, standard harga cafe-cafe lain juga. Cuma pakej deko birthday tu korang kena booking awal. Kalau korang just walk-in aja, meja korang takde yaa alas meja macam deko meja kami tu.
Pakej deko birthday dia pun ada macam-macam. Bukan kata birthday jer, anniversary ke, romantik dinner ke, atau apa jerr la, pun ada mereka buat. So nanti korang datang, meja korang akan berhias laa macamtu.. cantikk betul..
Lepas selesai aja makan, haaa jeng jeng jeng... staff Ume buat surprise hantar kek birthday sepotong beserta lagu birthday untuk birthday boy... time ni memang terkejut lerrr dia hahahaha, ingatkan dah habis dah makan takde apa-apa...akhirnya menjadi juga surprise kami hehehe.. Korang boleh tengok video REEL khas Sis buat untuk birthday boy ni dan juga suasana dalam Ume Floral Cafe tu di SINI. Guna lagu Anuar Zain sebab birthday boy fanatik AZ hahahaha..
So korang kalau nak buat surprise untuk tersayang, bolehlah ke sini, Sis rekemen sangat, staff dia friendly dan mesra alam hehehe.. Nak buat buffet majlis pun boleh, ada pakej dia juga. Bawah ni nanti, Sis bagi detail contact, korang bolehlah usha-usha okay..
Buat Izam... Happy birthday Sahabat Geng Bas Sekolah dari darjah Satu hingga kini. Aku doakan moga kau sihat selalu dan sentiasa bahagia di samping insan-insan yang kau sayang Zam. Moga kita sahabat hingga ke syurga ya Zam. Juga Geng Bas Sekolah Sis yang lain tu semua, Korang memang sentiasa ada ketika susah dan senang (time makan juga). Moga Allah pelihara persahabatan kita semua, aamiinn..
Sis amik pakej deko birthday table RM65. So mereka akan siapkan deko untuk meja, belon, beserta bouquet bunga dan juga kek dalam papan tu haaa.. sangat berbaloi-baloi.. Thank you Ume Floral Cafe.. servis terbaekkkkk..
Ume Floral Cafe
22G, Riverside Nong Chik,
Jalan Kolam Air 2, 80100 Johor Bahru, Johor
Buka setiap hari
Dari Jam 11am hingga 11pm.
Contact : +60127007830 atau +607202387
P/S: 'Orang baik, ramai yang sayang' .... alhamdulilah ❤