COMEL SANGAT ROTI BEAR NI, SAYANG AKU NAK MAKAN | DAH lama duk perhati Roti Bear ni dalam iklan Komuniti Scientex, tapi tak terbeli-beli. Bila buka mulut jerr dengan Yana, terus Yana kata, belilah Mak, sedap roti dia, lembut dan ada inti jem dalamnya. Rupanya Yana dah pernah rasa kawannya bagi masa birthday dia.
Yaa memang ada Sis nampak Yana share, tapi dalam hati tergerak kata gak, 'Mesti keraskan rotinya'... rupanya Yana kata tak, rotinya lembut. So Sis terus minta Yana nombor contactnya, dan Sis order sepuluh bekas. Sebekas harganya RM5.
Masa mula order tu, Azie (owner bakers) kata dah full order, so kalau nak esok boleh katanya. Takpe tak desak nak makan, so Sis bagitau dia bebila pun boleh. Dan alhamdulilah, dapat juga akhirnya Azie tu hantar semalam petang sepuluh bekas roti bear tu.
Masa korang order dia akan tanyalah, nak bentuk Girl or Boy hahahaha.. then nanti dia tanya lagi nak filling inti apa dalamnya. Jenis Sis tak cerewet, minta aje campur-campur, tak kisahlah Boy ke Girl ke, dan filling dalam pun ikutlah mana yang ada.
Azie bakers ni bukan jual roti bear ni jer, dia ada amik tempahan Kek Birthday dan bermacam-macam lagi. Sis tengok kek-kek yang di ubah, semuanya menarikkk... teliti dan kreatif semua idea dia. Mungkin dia buat pun atas permintaan pelanggan.
Sis ni walau takde anak kecik di rumah ni, tapi bab benda makanan macam ni, memang suka beli, tak kisahlah orang kata makanan bebudak ke, macam budak kecik ke, tapi sebab dia menarik perhatian Sis, so Sis suka mencuba.
Lepas tu nanti bila dah cuba, makanan tu sedap, Sis akan save, nanti bebila nak buat makan-makan family ke atau dengan kengkawan ke, Sis akan repeat order lagi. Begitulah cara Sis kalau suka akan makanan tu. Kalau Sis takde nak kongsi tu, korang faham-faham ajerr laaa..
So kali ni pestime beli roti bear ni. Masa mula sampai comel sangat roti bear ni, sayang Sis nak makan hahahaha.. nak gigit tu alahaiii.. sampai si anak bujang semalam sound, 'Takyah makan Mak, kasi frozen jer simpan' hahahahaha.. dia pun duk pelik nengok Maknya tenung jee roti tu semalam hahahaha..
Alhamdulilah dari sepuluh bekas dah tinggal 4 jer tu, Makan pagi ni pun rotinya still lembut lagi.. puashati.. kalau tengok pada tekstur gaya nampak macam keras, ternyata lembuttt gituuuu.. alhamdulilah..
So korang kalau nak order dan mencubanya, bolehlah contact bakers Azie ni +60 18-771 4485 atau ke Facebook Pages dia Azie Norzie Bakery yaaa..
P/S: Agak-agak ada tak orang hantar 'bunga' harini? Hahahahahaha...