Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

AKTIVITI CUTI SEKOLAH, BAWA FAMILY PIKNIK DI TEPI PANTAI PUNGAI

$
0
0
AKTIVITI CUTI SEKOLAH, BAWA FAMILY PIKNIK DI TEPI PANTAI PUNGAI | BILA tiba aja musim cuti sekolah, Sis laa orang yang paling sibuk, dah macam ada anak yang sekolah pulak yaaa, padahal anak-anak semua dah besar panjang. Tapi sebab ramai anak sedara yang masih bersekolah, so tiba aja cuti sekolah, memang dah tersusun laa aktiviti kami sekeluarga hehehe..

Plan nak berpiknik ni sebenarnya datang dari idea Pak Long (Suami Sis) mereka laa ni, sebelum cuti sekolah dah sibuk cakap, 'nanti cuti sekolah jom kita piknik'... tapi tup-tup, ehhhh Suami pulak kerja kemain sibukkk lagiii.. non stop siang malam kerja kena ON, so akhirnya plan berpiknik di teruskan tanpa Suami ikut serta.. 

Kesian pulak kan, dah berjanji awal-awal dengan bebudak tu, kang kalau cancel, mesti memasing frust. Ye la semua bersemangat nak piknik. Siap tulis list nak bawa apa, beli apa, nak masak apa nanti.. so nak taknak takpe, Sis layankan.. lagipun ada 'orang jantan' lain yang boleh menjaga nengokkan bebudak tu mandi semua. 

Aktiviti Cuti Sekolah, Bawa Family Piknik Di Tepi Pantai Pungai

Aktiviti Cuti Sekolah, Bawa Family Piknik Di Tepi Pantai Pungai

Adik ipar Sis ada, menantu lelaki Sis ada, dan juga anak bujang Sis, so takde laa risau sangat kalau si kecik-kecik tu nak mandi laut, apa-apa pun tetap kena berhati-hati. Sebab masa kitaorang sampai, angin kemain kuat wooo.. memang syok gilerr layan feeling ketenangan tepi laut.. pulak tu kemain banyak bawa makanan memasing, lepas makan, memang mata kuyu ajeee lerr nak membuta hahahaha..

Pantai Pungai ni terletak di atas sebelah Batu Layar. Nama pantai Punggai ni mungkin tidaklah terlalu popular seperti pantai Desaru, Batu Layar dan Tanjung Balau,  tapi bagi mereka yang mencari ketenangan jiwa untuk bersantai bersama keluarga dan kengkawan, memang best sangat pi sini, tenang, aman dan tidak terlalu ramai orang. 


Di pantai Punggai ini, korang boleh buat pelbagai aktiviti seperti berkhemah, memasak, memancing dan mandi-manda sambil menikmati keindahan air laut. Langitnya yang membiru serta hembusan bayu yang mendamaikan sungguh. Pantainya tenang dan dikelilingi pokok kelapa dan siap ada kemudahan tandas awam di sekitar pantai dan pondok kecil untuk di sewa. 

Aktiviti Cuti Sekolah, Bawa Family Piknik Di Tepi Pantai Pungai

Aktiviti Cuti Sekolah, Bawa Family Piknik Di Tepi Pantai Pungai

Untuk ke sini korang boleh datang melalui jalan raya, samaada dari Johor Bahru - Pasir Gudang, Lebuh Raya Senai - Desaru atau jalan utama Mersing melalui Kota Tinggi dan Bandar Penawar. Kalau dari rumah Sis ni, mudah sebab ikut jalan belakang, then lalu tol masuk jambatan baru Desaru tu, tak sampai 30minit dah sampai.. 

Ahad lepas tu Sis dan adik-adik gerak dari rumah dalam jam 9am lebih, dan mengikut plan asal, kitaorang nak berpiknik di Batu Layar, tapi sekali sampai sana, subhanaallah punyalah ramai manusia, takde langsung celah-celah kosong nak masuk kereta dan nak pacak khemah oii.. 


So adik ipar kata, kita terus je try ke pantai Pungai. Dari Batu Layar tu tak sampai pun 10minit, dekat jerr.. bila sampai je pantai Pungai tu, alhamdulilah, keadaan masih terkawal dan banyak kosong untuk kami park kereta dan cari port nak piknik. 

Aktiviti Cuti Sekolah, Bawa Family Piknik Di Tepi Pantai Pungai

Aktiviti Cuti Sekolah, Bawa Family Piknik Di Tepi Pantai Pungai

Kitaorang lebih suka piknik bentang tikar dan santai-santai jer, dari nak sewa duduk atas pondok-pondok yang ada di sana. Kalau korang suka camping, pun boleh, satu malam untuk satu khemah (kecik/besar) hanya rm25 sahaja untuk sewa tapak. Keselamatan di jaga, ada peronda meronda memalam. Parking kereta hanya RM5 sahaja per-day. 

Masa piknik tu, Sis tak masak pun, semua order jerr. Dah adik-adik kata order, so kita order je laa. Sis order Roti Jala beserta kuah kari, Mee Goreng, dan juga Kek Marble sebuku. Lain-lain adik-adik bawa, buah-buahan, roti sandwich, minuman, jajan, kek birthday dan juga Nugget dan Hotdog.

Memang meriah laaa, seronok tengok anak-anak saudara enjoy makan dan mandi laut. Sis tak mandi, boleh pulak time tu 'ABC' arghhhh kalau takkk dah terjun laut mandi sampai kecut oiiii...so apalagi, jadi tukang jadi bag dan tukang amikkan gambo dan video jerr, naik muntah ijo nengok gambo hahahahaha..


Tu pun kitaorang ada bawa satu khemah saje pasang, senang nak buat solat dan juga untuk anak Sis,Yana berehat, maklum lerr orang tengah 'mabuk'.. hahahaha

So korang kalau takde aktiviti cuti sekolah, bawalah family piknik di tepi pantai Pungai ni, mesti anak-anak suka nanti. Kalau nanti datang tak tau dan mencari tempat menarik di Johor ni, haa dah bolehlah masuk list dalam percutian cuti sekolah akan datang ya..   nak stay Chalet pun ada. 

Pantai Pungai, Pengerang Johor
Alamat : Lot PTD 558, Tanjung Punggai, 81600, Johor


P/S: Bertahun tak pi piknik macamtu, seronok gilerrr rasa.. Suami pun dah ajak pi lagi... alhamdulilah..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.