INFLUENYOU INFLUENCER PLATFORM PEMASARAN ATAS TALIAN TERBAIK DI MALAYSIA | KORANG pernah dengar nama 'Influenyou Influencer' tu? Bagi mereka yang belum pernah dengar atau punya perniagaan kecil atau sederhana, ini adalah berita baik untuk korang. Sebagai seorang usahawan, korang rasa ada ketikanya agak 'blur atau jem' otak macam mana nak pasarkan jenama produk/perkhidmatan korang dengan lebih meluas kan?.
Memang banyak benda nak fikir dan buat, mana nak buat iklan, cari agensi untuk pasarkan jualan, nak promosikan produk dan ada ketikanya terpaksa cari 'model' untuk memasarkan dan iklankan produk korang. Bukan kerja mudah ya. So di sini Sis nak kongsikan dengan korang, Influenyou Influencer, platform pemasaran atas talian terbaik di Malaysia yang boleh membantu korang memasarkan produk/perkhidmatan jenama korang.
Sebagai pengasas platform pemasaran selebriti secara online melalui agensi Influenyou Influencer, Casstine telah membantu banyak perusahaan kecil dan sederhana untuk mempromosikan jenama mereka dengan lebih meluas dan di kenali berdasarkan pengalaman yang sedia ada untuk berurusan bagi mendapatkan jualan yang lebih besar dan lebih praktikal.
Casstine pernah bekerja di sebuah syarikat yang hanya 'makan gaji' dan banyak berpengalaman semasa bekerja selama 9 tahun dan telah memenangi banyak anugerah khidmat prestasi sebagai pekerja. Tetapi untuk mendapatkan kepuasan pada diri sendiri, pada tahun 2020, Casstine memutuskan untuk bekerja atas talian separuh masa sebagai selebriti Internet.
Pada permulaannya, segala-galanya dilakukan sendiri tanpa bantuan orang lain, dan dia merasakan tidak cukup untuk memperluaskan perniagaannya yang hanya di lakukan secara atas talian, tetapi dia tidak pernah berputus asa. Langkah demi langkah, dia membina platform pemasaran selebriti dalam talian profesional dan telah melancarkan banyak pemasaran selebriti dalam talian yang inovatif dan lengkap beserta perkhidmatan sokongan, dengan menggunakan pelbagai cara dan gaya.
Agensi Influenyou influencer ialah platform pemasaran influencer terkini pemasaran kreatif dan berteknologi eksklusif pertama yang dianugerahi International Prestige Brand Aware Emerging Brand of The Year di Malaysia yang menghubung dan meningkatkan perniagaan usahawan dengan KOLs tempatan, influencer, YouTuber, Blogger, Instagrammer, Tiktoker, dan lain-lain. Ianya menyediakan perundingan dan strategi pemasaran selebriti dalam talian secara profesional untuk peniaga dan membantu meningkatkan jualan dan trafik, serta memperoleh pulangan pasaran yang tinggi.
Syarikat influenyou Influencer mempunyai pengalaman praktikal selama 13 tahun, dan telah membantu lebih daripada 400 perusahaan kecil dan sederhana untuk berhubung dengan sokongan selebriti Internet dan mempunyai lebih kurang 5000+ Influencer berbangsa Melayu dan Cina yang mempunyai pengikut sehingga 10 juta orang untuk bekerja memasarkan jenama pelanggan dan lebih daripada 350+ kes & testimoni yang telah mereka berjaya hasilkan. Selain pemasaran influencer, mereka juga menyediakan perkhidmatan fotografi produk, talent servis, pendidikan influencer untuk membina Key Opinion Leader (KOL).
Sejak penubuhannya, Influenyou berpegang kepada falsafah perniagaannya iaitu "Pelanggan didahulukan, Perkhidmatan Penuh Perhatian", dan memberi respon yang cepat dan tepat untuk membantu pelanggan menjimatkan masa, langkah dan wang, supaya semua operasi boleh dilakukan sekali pada platform Influenyou.
Usahawan yang mengunakan servis influenyou influencer ini di jamin pasti akan mendapat pulangan yang tinggi dengan secepatnya. Analisis, perancangan, pelaksanaan dan perkhidmatan selepas jualan semuanya disampaikan dengan cepat dan mereka akan memberikan perkhidmatan yang efektif secara berterusan selama 24 jam sehari untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Menyediakan latihan selebriti internet amatur yang sistematik
Servis perkhidmatan syarikat termasuk:
- PEMASARAN STRATEGI UNIK TERSUAI
- PENGLIBATAN INFLUENCER
- PENGURUSAN FB & INSTAGRAM
- PENDIDIKAN INFLUENCER
- PEMASARAN ACARA
- PERKHIDMATAN PENGURUSAN TIKTOK
- PERKHIDMATAN DUTA
- PENGURUSAN BAKAT
Selain itu mereka juga akan memperkenalkannya secara peribadi bagi membolehkan peniaga mencari pelanggan baharu, mengandakan prestasi mereka, dan menonjolkan produk mereka daripada banyak jenama. Influenyou mempunyai kursus profesional "Amatur hingga Selebriti Internet", yang merangkumi rakaman dan penyuntingan video melalui buku dan IG, copywriting juga bersiaran secara LIVE di laman-laman sosial.
Selama bertahun, influenyou influencer mempunyai model dan selebriti internet yang saling menguntungkan dan berjaya mewujudkan pasaran yang stabil. Pada masa hadapan, Influenyou akan mengembangkan perniagaannya lebih aktif dengan visinya untuk menjadi platform pemasaran influencer yang paling berpengaruh di Malaysia.
Influenyou boleh dikatakan masih baharu dalam dunia atas talian, ibarat burung pipit kecil, akan tetapi ia mempunyai sayap yang kukuh untuk terbang di atas. Influenyou mempunyai penyelesaian pemasaran selebriti Internet yang komprehensif dan tepat, yang memenuhi sepenuhnya keperluan promosi pelanggan dengan gaya yang berbeza dan dengan cepat untuk memenangi hati peniaga.
Untuk pengetahuan korang juga, alhamdulilah Sis juga banyak dapat job review dari Influenyou ni dari Influenyou Influencer. Sedikit sebanyak, Sis juga dapat membantu para usahawan dalam memasarkan dan mempromosikan produk/perkhidmatan mereka. Bagi korang yang ingin dapatkan khidmat servis pemasaran atas talian, korang bolehlah hubungi Casstine okay. Details ada Sis sediakan di bawah ni.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Casstine :
Instagram: ccy24_
Facebook page: ccy24_
Khidmat servis : https://influenyou.com.my/
Contact : https://linktr.ee/influenyou
P/S: Mudahkan sekarang, semuanya di hujung jari ajerr kan..