Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4489

BUFFET RAMADAN DINNER GEO RESORT & HOTEL, GENTING HIGHLANDS

$
0
0
BUFFET RAMADAN DINNER GEO RESORT & HOTEL, GENTING HIGHLANDS | PUNYALAH jauh kann Sis pergi berbuka puasa, sampai ke Genting Highlands yaaa hehehe.. takpelah sesekali apalah salahnya bertukar angin, rezeki ramadan juga namanya, sesambil hunting baju & kasut raya di Genting Premium Outlets (GPO) tu.. fuhhhh punyalah sale, orang punya ramai beratur oiiii..

Tapi takde apa pun yang Sis beli, cuci-cuci mata jerr.. Sis ni kalau takde Suami yang ikut nak menyoping, memang idokk lerr nak membeli, bukan kedekut tapi fikir dua tiga kali nak membayonya sendiri hahahaha... duit kita, kita beli benda lain, bab keperluan raya, biar Suami yang urus, haaa gitu kekdahnya lalalalala.. 

Nak di pendekkan cerita, kebetulan Sis check-in 3 hari  2 malam di Geo Resort & Hotel (nanti Sis cerita lain posting) ni bersama Retna, dah alang-alang dah check-in, so kita pun tak payah laa pergi ke mana-mana, kita cuba ajer laa #buffetramadan mereka yang memang sedang berlangsung sepanjang ramadan ni hingga 2 May 2022.

Buffet Ramadan Dinner Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

Buffet Ramadan Dinner Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

Buffet Ramadan Dinner Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

Cuma kali ni special sikit makan malam kami, sebab ada Kak Maria Tunku Sabri bersama untuk berbuka puasa sama. Sis sampai Jumaat petang, so Jumaat malam tu Sis dah berbuka puasa malam pertama di sini, tapi Jumaat tu Sis takde buat 'kerja', orang punyalah ramai, full house ko, banyak makanan dah di ceduk, so kitaorang enjoy makan jerr.. malam Sabtu esoknya baru Sis dapat berpeluang amik gambar menu-menunya sebab Sabtu tu kami keluar awal sebelum orang ramai serang hahaha.. 

Menu dia sini ada lebih 80 menu yang dihidangkan. Rata-rata menunya semua adalah masakan kampung kita, memang Sis perhatikan kurang sangat ada menu western, so kalau korang bawa family, memang ibu ayah korang suka laaa menu-menu di sini. Antaranya ada; Aneka Asam Pedas, Kambing Golek, Ikan Masak Lemak Tempoyak, Nasi Kandar bersama aneka lauk-pauk, Mee Claypot TomYum, Lemang & Rendang, juga ada Roti Prata Terbang dan bermacam-macam lagi. 

Buffet Ramadan Dinner Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

Buffet Ramadan Dinner Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

Buffet Ramadan Dinner Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

Dan paling 'rare' sekali kan, menu di sini ada Telur Ikan Goreng ko, cuma tak tau laa ikan apa, maybe telur ikan Tenggiri atau ikan-ikan lain, tapi memang sedap gilerr.. kalau orang Johor macam Sis, memang suka arrr makan telur ikan goreng macamtu.. 

Memang kitaorang enjoy habis makan, penuh meja ko, semua lauk-pauknya sedap, mana laaa tak kecur, kalau boleh semua nak di amik, tapi jangan gelojoh, kang membazir sayang je kann.. Tapi yang paling sedap dan enjoy gilerr makan adalah Kue Tiaw Goreng panas air tangan Chef Zack's. Sedapnya sebab ianya di goreng secara live dan panas-panas bila makan, perghh sedap betui.. 

Buffet Ramadan Dinner Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

Buffet Ramadan Dinner Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

Buffet Ramadan Dinner Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

Kalau pencuci mulutnya pun meriah, beraneka kuih-muih dan berjenis kek di sajikan. Minuman pun meriah, ada air panas dan juga minuman sejuk. Tapi paling berulang Sis minum air Lai Chi Kang sejuk tu haaa, sedapnya woooo, sejukkkkk... ais kacang pun ada gak, tapi Sis tak cubalah sebab dah dapat Lai Chi Kang hehehehe.. 

Tapi kannn, paling betul meriahnya, di saat-saat akhir tu, korang layan Roti Tisu atau Roti Canai Terbang, perghhh memang dah macam lepak mamak pulak gayanya.. Kak Maria paling suka betul roti canai mereka, sedap, lembut dan garing... Sanggup beratur menunggu giliran sebab nak makan roti canai tu.. korang kena cuba.. 

Buffet Ramadan Dinner Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

Buffet Ramadan Dinner Geo Resort & Hotel, Genting Highlands


Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR lagi, korang boleh ke facebook pages Sis di atas, atau klik SINI aja.. situ banyak gambar menu yang Sis upload.. 

So korang kalau ada jalan-jalan naik ke Genting Highlands tu, bolehlah singgah makan buffet ramadan di sini yaa.. Buffet bertemakan Citarasa Selera Geo ini di sajikan sepanjang bulan Ramadan bermula 4hb April sehingga 2 May 2022. So masih sempat lagi kalau korang nak mencubanya .. 

Geo Resort & Hotel 
Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue, 
69000 Genting Highlands, Pahang
Phone: 03-9213 0838

Harga buffet Ramadan ;
RM138nett Dewasa 
RM69nett Kanak²  (12 tahun ke bawah)
RM75nett Warha Emas (65 tahun ke atas)

Untuk sebarang pertanyaan & tempahan ; 
Whatsapp : www.wasap.my/60192367838 atau 


P/S: Tinggal seminggu aja kan nak raya, ermmmmmmm... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4489

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Tiwala Quotes and Selos Quotes Collections


Love with Heart Breaking Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes