BUFFET RAMADAN DINNER LEGOLAND MALAYSIA RESORT | JUMAAT lepas Sis penuhi jemputan dari Legoland Malaysia untuk hadir ke majlis perlancaran festival 'Build The Thrills Festival' dan juga sekali berbuka puasa #buffetramadan di sana. Rasanya agak lama juga Sis tak ke Legoland ni.
Buat pertama kalinya, LEGOLAND® Malaysia Resort telah mengubah taman tema mereka menjadi dunia litar lumba. Festival Build The Thrills ini telah pun bermula pada 15 April lepas dan akan berakhir pada 26 Jun 2022 ini. Apa yang akan menarik perhatian orang ramai, festival ini ada menawarkan pelbagai aktiviti dan pertunjukkan setiap hari untuk pengunjung yang datang ke taman tema ini.
Ini termasuk peluang untuk menyaksikan dan mengambil gambar bersama model LEGO® Ferrari 512 M berskala besar, dengan berat 280kg, pada 2700 x 1200 x 700 mm, versi 3D bersaiz sebenar. Dan yang terujanya kan, replika ini mengambil masa 164 jam untuk direka bentuk dan 480 jam lagi untuk membinanya dengan 78,496 bata. Perghh bukan senang yaa.. nampak mudah, kalau tengok secara dekat, sangat mengagumkan.
Korang boleh baca info dan aktivti selanjutnya festival tu dengan klik link di bawah ini yaa..
[Baca Juga] : READY, Get Set, Legoland! Build The Thrills Festival
Selesai aja majlis perlancaran tu, kitaorang semua bergegas ke Hotel Legoland untuk berbuka puasa di Bricks Family Restaurant mereka. Tengok jam dah hampir jam 6.50pm, so dalam kepala fikir, mesti dah ramai dan fullhouse. Dan sangkaan Sis ternyata betul.
Time ni Sis dah blur dah hahahaha.. duk fikir macam mana ni, nak amik gambar makanannya dulu ke, nak ceduk makanan dulu ke, sebab rata-rata semua orang dah mula ceduk makanan dan kalau bangsa Cina siap dah duduk makan lagi hahahaha.. ko ngase?...
[Baca Juga] : Buffet Ramadan Dinner Legoland Malysia Resort 2021
Nak taknak, atas nama 'kerja', okaylah takpelah, kita round pusing-pusing sambil amik jugalah gambar, jangan tidak kann.. walaupun makanannya dah 'lompong-lompong' dalam tray tu, tapi Sis ko gigihkan juga amik gambar mana yang dapat jer laa untuk Sis kongsikan di sini.
Pilihan menu dia banyak, lebih dari 200 menu ada, ada menu western, dan juga menu masakan kampung. Taknak makan nasi pun, ada juga bubur dan aneka mee dan pasta.
Tapi yang jadi perhatian Sis adalah Smoked Duck dan juga Daging Lemak Cili tu (ye ke tak ek namanya) haaa.. cuma agak masin sikit rasa lemak daging tu haaa.. tapi okaylah.. Di sebabkan masa Sis sampai semua orang dah ceduk makanan, so memang banyaklah makanan yang dah 'selesai', makanya amik je laa mana yang ado dulu, korang kena tunggu mereka topup lagi.
Bab makan buffet ni kena sabar, jangan berebut macam soploh hari tak makan oii.. jangan risau, memana hotel kalau buffet, mereka akan topup menu tu kalau habis, so korang kena sabar okay.
Di bahagian luar sana mereka letak bahagian bakar-bakar, so korang bolehlah dapatkan Kambing Golek, Ikan Bakar, Otak-Otak, Kebab, aneka pasta, aneka mee dan juga bermacam jenis menu grill laa di situ. Pastikan jaga SOP yaa.. jangan rebut-rebut..
Bahagian pencuci mulut dan buah-buahan pun banyak pilihan. Shushi pun ada, jeruk pun ada, semua ada laa.. nak cite semua pun tak tau nak tulis namanya hahahahaha.. cuma gambar, mana yang ado je laa Sis dapat letak yaa..
Sambil makan pun korang akan di hiburkan dengan selingan penari-penari Zapin dan Joget. Bebaik kalau time makan tu, jangan pulak ko heret pinggan tu ke pentas yaaa hahahaha.. pantang dengar zapin ekk terus nak masuk line muahahahaha..
Bertemakan Flavors Of Nusantara Buffet, harga buffet ramadan di Legoland Malaysia Resort ini memang menjadi perhatian pengunjung luar. Baik dewasa mahupun kanak-kanak. Tapi paling happy kanak-kanak laa kan, dapat makan dan dapat bermain di taman tema.
Surau juga di sediakan di tingkat 3. Sejadah tersedia, telekung sila bawa sendiri. Dan perlu di ingatkan, sila amik wudhuk terlebih dahulu sebelum masuk Surau, sebab dalam Surau tu tiada tempat amik wudhuk ya.. harap maklum..
Buffet Ramadan Dinner Legoland Malaysia Resort
Flavors Of Nusantara Buffet
Harga per-seorang :
RM138nett Dewasa
RM70nett Kanak-Kanak
*Additional 10% Off for Annual Pass holders
*Each purchase of the Dinner Buffet is entitled for a SEA LIFE Malaysia access at RM20 ONLY!
Untuk tempahan :
Call : +607 560 3808/3884 atau
Email : admin.fnbhotel@legoland.my
Info lanjut : https://bit.ly/LLMRBUKAPUASA
Video : https://fb.watch/ccOVQKy34o/
*Daily performances throughout the month of ramadan except Tuesday
P/S: Huru-hara sangat kali ni, sampai gambar OOTD dekat restaurant pun takde, kita tepek gambo dalam Surau hahahaha..