Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467

BUFFET RAMADAN DINNER HARD ROCK HOTEL DESARU COAST

$
0
0
BUFFET RAMADAN DINNER HARD ROCK HOTEL DESARU COAST | SESEKALI ini kali kita pi buka puasa makan jauh sikit dari rumah. Kalau dari Pasir Gudang tempat Sis ke Hard Rock Hotel Desaru Coast (HRHDC) ni, ada dalam 43km lebih macamtu, jauh kann.. tapi jauh perjalanan, puashati makan. Sebabnya semua menu-menu yang di hidangkan sangat sedap dan rasa puashati bila makan. 

Bukan laaa kata yang sebelum-sebelum ni tak sedap, semua pun sedap, ada kelebihan dan kekurangannya, Sis kata macamtu sebab rasa berbaloi datang jejauh, dan makanan #buffetramadan nya semua sedap. So takde laa kau rasa frust kan drive jejauh.. gitulah maksud Sis. 

Bertemakan 'The Malaysian Endemble Dinner Buffet', makanya semua hidangan yang di sediakan memang sangat menepati citarasa selera bagi sesiapa saja yang suka makan pelbagai variasi makanan. Masakan Melayu ada, Cina ada, India ada, semua pun ada. 

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Lebih dari 150 hidangan yang di sajikan, sememangnya semuanya nampak begitu mengiurkan. Masa Sis sibuk amik gambar tu, mata dah tertumpu dengan menu Seafood Masak Lemak Cili Api tu, punya laaa nampak sedap, ternyata memang sedap. Rata-rata semua orang ceduk lauk tu hehehehe.. 

Ye laa, biasa mana-mana Hotel akan ada Seafood On Ice kan? Tapi tak semua orang pandai makan, so Chef Izzudin kata, dia beri kelainan dalam makanan laut dengan memasak kesemuanya dalam satu menu. Betul juga kata Chef kan, memang bagus idea gini. Sis suka sebab ketam dia besau hehehe.. 

Main dish dia memang semua boleh di katakan sedap, ada Paru Goreng Bercili, Kambing Kuzi, Sayur Lemak Pucuk Ubi, Ayam Masak Merah, Kari Ikan, Sayur Kangkung Goreng Belacan dan beberapa jenis menu lagi. Walaupun korang akan nampak tak banyak menunya, tapi bila kau makan memang sangat 'worth it' okay.. Alaaa buka puasa ko bukan makan banyak mana pun kann.. 

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Bukan itu saja, beraneka jenis Kerabu pun ada, Sis sampai ceduk kesemuanya nak rasa sebab nampak sedap beno dan memang betul sedap, lebih-lebih lagi Kerabu Seafood tu haa adoiii dua kali ceduk hohohoh... Yang bestnya lagi, bagi korang yang bawa anak-anak, buffet ramadan HRHDC ni juga ada menyediakan kaunter menu untuk kanak-kanak okay. 

Maksudnya, ada di sediakan menu seperti, Mac and Cheese, Spageti Carbonara, Goreng-gorengan seperti Nugget, HotDog, dan lelain tu haaa.. so sangat Children Friendly yaa, ye laa bebudak kan, bukan makan sangat nasi berlauk, so kenalah sediakan menu kesukaan mereka. Nice kan?.. 

Juga ada Bubur Lambuk, Sup Ekor, Roti Nan, Roti John, aneka ulam-ulaman, berjenis sambal sambalan, Keropok, Kerepek, buah-buahan, Lemang Serunding juga Kuih-Muih Tradisional. Yang bestnya, ramai tak tau Kuih Seri Muka tu adalah perasa durian hahaha.. Sis makan kemain banyak, sebab sedap gilerrr ko hahahaha.. lagi satu kan, ada Kuih Dangai juga, pun sedap.. 

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Haa yang atas Sis cerita tu, tu bahagian dalam, so korang jalan pulak ke bahagian luar restoran, situ pun ada juga menu-menu panas yang tersedia. Jangan lupa mencuba Mee Bandung mereka yang memang di buat khas kata Chef. Istimewanya kuah Mee Bandung ni lain dari yang lain. Sekali cuba memang nak lagi. Menu ni mereka buat rotatation, kalau harini Mee Bandung, esok Laksa Johor, lusa Kari Nyonya, begitulah kesemua menu-menunya berpusing. 

Juga ada masakan panas seperti Bihun Goreng, atau nanti ada Mee Goreng, Kue Tiaw Goreng, juga ada bahagian grill, korang boleh makan Satay, Otak-Otak, Ayam Roasted dan paling Sis suka Lamb Chop tu, perghhh makan pepanas, curah sos lada hitam, bila makan tak ingat ada kolestrol oiii hahahahaha.. 

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadan Dinner Hard Rock Hotel Desaru Coast

Dan di bahagian luar tu jugalah di sediakan aneka minuman panas seeprti Teh Tarik, Nescafe Tarik dan pelbagai minuman ceduk, dah macam bazar ramadan pulak yaa hehehe.. Korang juga akan di hiburkan dengan persembahan Ghazal di bahagian luar tu. Tapi duduk dalam pun still boleh dengar juga. Cuma Sis lebih suka hiburan tahun lepas, sebab tahun lepas buffet mereka ada 'Live Band' berserta nyanyian live, tu baru rockkkk hahahaha.. 

Kemudahan Surau juga di sedakan. Surau di tingkat lobby belakang Cafe Elephant. nampak pintu dewan besar tu, haa tu laa Surau, tapi wudhuk, korang kena pi toilet yaa.. Sejadah ada di sediakan, telekung kena bawa sendiri. 



Nak tengok LEBIH BANYAK GAMBAR menu-menunya lagi, korang klik laa Facebook Pages Sis di atas tu ya, atau klik SINI aja. So korang jika ada kesempatan, bolehlah datang mencubanya ya. 

The Malaysian Endemble Dinner Buffet
Buffet Ramadan Hard Rock Cafe Desaru Coast 
Bermula dari : 7 April sehingga 2 May 2022
Dari jam : 6.30pm hingga 10pm 

Harga Per-Seorang : 
Dewasa : RM 118nett
Kanak-kanak : RM 59nett

Tempahan secara GROUP : 
Buy 10 Free 1

Untuk tempahan : 
Call : +607 838 8888 atau
Email : fnbmarketing@hrhdesaru.com

Sedap itu subjektif, nak tau, kenalah cuba sendiri yaa.. 


P/S: Korang dah beli baju raya ke?.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467