BUFFET RAMADAN DINNER IKEA | SEMALAM malam duk bukak facebook lalu lalang orang share buffet ramadan dinner IKEA ni haa.. boleh di katakan, lama juga IKEA tak buat buffet ramadan dia, tu yang orang ramai memang tertunggu-tungu, termasuk gak Sis. Tapi fikir nak ke IKEA Tebrau tu, then dengan jalan jem dan orang ramai nak berbuka, menjadikan nak pergi fikir dua tiga kali.
Kalau tanya Suami Sis, lagi laa dia geleng kepala, takat kalau nak makan pi IKEA time bersahaja, dia okay, tapi kalau memang pergi time orang menunggu dan duduk makan berbuka tu, memang Suami pilih makan di rumah ajerr dari nak bersesak hahahaha, dah faham sangat dah perangai dia.
Tapi teringin gak nak mencubanya huhuhu.. takpe la, kot mana tau angin Suami bertukar nanti, dapatlah merasa buffet ramadan dinner IKEA ni nanti. So korang kalau nak cuba, dah bolehlah yaaa, Sis kongsikan di sini untuk korang yang tertanya-tanya.
Kalau korang nak tau macam mana suasananya buffet ramadan dinner IKEA ni, silalah pergi mencuba yaa.. Sis kongsi sekadar untuk info korang aja..
Jom Iftar Buffet Ramadan IKEA
Penggemar Ikea, jangan lepaskan peluang untuk iftar ala buffet di sini. Yer, kat Ikea pun ada buffet. Tersangatlah berbaloi dengan harga murah sangat.
Promosi sah di cawangan Ikea Damansara, Cheras, Batu Kawan & Tebrau.
Lokasi: Ikea Damansara, Cheras & Batu Kawan
Tarikh: 11 - 28 April 2022 (Isnin - Khamis)
Masa: 7 - 9.30 malam
*siap dapat voucher Ikea RM10 lagi!
Lokasi: Ikea Tebrau
Tarikh: 11 - 29 April 2022 (setiap hari)
Masa: 6.30 - 9 malam
*siap dapat voucher Ikea RM5 lagi!
Untuk pertanyaan dan info lanjut, korang boleh contact : ikea tebrau buffet
Kredit gambar (sebagai hiasan) : gambar admin sendiri
Kredit info : Sumber dari facebook sana sini.
P/S: Rindunya nak makan meatball IKEA tuuu ... ngencessss oii..