Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

BUFFET RAMADAN DINNER OPERO HOTEL SOUTHKEY

$
0
0
BUFFET RAMADAN DINNER OPERO HOTEL SOUTHKEY | MUNGKIN ramai tertanya-tanya 'Di manakah Opero Hotel ni?', atau ramai memang nampak bangunannya yang bersebelahan dengan SOGO tu, tapi tertanya-tanya, 'Dah buka ke?'.. Yaaaa, hotelnya dah buka sepenuhnya sejak 14hb Mac 2022 yang lalu, masih baru, fresh dan 'bau kedai' orang kata hehehehe.. 

Bersempena dengan bulan ramadan ini, Opero Hotel Southkey juga tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan bulan ramadan ini dengan mengadakan #buffetramadan buat semua pengunjung hotel mereka yang berada di Johor mahupun luar Johor. Hotel bertaraf 4 bintang ini menyajikan lebih 200 menu sajian air tangan dari Chef Mahady yang pasti tidak akan mengecewakan korang. 

Buffet Ramadan Dinner Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan Dinner Opero Hotel Southkey

Sis berkesempatan untuk pergi menikmati buffet ramadan dan berbuka di sana pada hari ke-tiga berpuasa baru-baru ni. Melangkah masuk ke hotelnya wowww nampak mewah, elegant dan moden sungguh dekorasi hotel Opero ni yaa.. dalam hati kata, ni tempat orang 'have-have' ni hehehehe.. 

Untuk buffet ramadan mereka, korang kena turun ke Level LG di Grand Florius Ballroom mereka. Disitulah buffet ramadan mereka di adakan. Ruang dewan yang luas, selesa dan tenang, pasti kalau makan susah nak balik ni hahahaha.. 

Buffet Ramadan Dinner Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan Dinner Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan Dinner Opero Hotel Southkey

Menu-menu mereka yang menjadi tumpuan semestinya Kambing Golek Kuzi, Sis sendiri pun sukakannya, sebab isi dagingnya juciy dan sedap di makan dengan nasinya sekali (nasi apa ek, lupa laa). Juga pelbagai menu 'main dish' yang tersedia. Antaranya; Sotong Goreng Tepung, Aneka Kerabu, Sup Ekor Pedas, Rendang Daging, Salmon Baked Cheese, Seafood On Ice, Brisket, Ayam Panggang, Satay, Laksa Johor, Ikan Bakar, Yong Taufu dan bermacam-macam lagi... 

Yang bestnya, Sis terjumpa Uncle Putu Mayam yang biasa Sis beli di Permas tu hahahaha.. hebat betul Uncle, sampai masuk Opero Hotel yaaa. Tapi Putu Mayam dia memang sedap, ada aneka rasa okay.. Korang cubalah nanti.. kalau dengar bunyi 'Pet, pet pet.. Putu Mayam', haaa dia laaa tu hahahaha.. 

Buffet Ramadan Dinner Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan Dinner Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan Dinner Opero Hotel Southkey

Psttt jangan lupa juga tunjuk bakat korang membuat aiskrim cone korang nanti guna mesin tu haaa.. rata-rata kengkawan Sis yang buat, takde yang berjaya elok cantik macam staff McD tu buat hahahahaha... tapi rasa aiskrimnya semua kata sedap.. Sis tak makan, sebab overdose makan manis malam tu oii.. so sedor diri sat muhasabah hahaha.. 

Lagi satu, sebagai penutup, korang jangan lupa mencuba Bubur Kacang Durian dia (lupa nak amik gambar dalam mangkuk), perghhh mantop meletop top top.... Sis sangat sukakannya walau Sis nengok, yang lelain takde pun amik makan, maybe memasing dah kekenyangan baham kambing hahahaha.. nasib baik Sis simpan space sikit, kalau tak rugi tak makan oiii.

Buffet Ramadan Dinner Opero Hotel Southkey

Buffet Ramadan Dinner Opero Hotel Southkey

Yang bestnya, sepanjang korang menikmati hidangan berbuka puasa, korang di hiburkan dengan persembahan Ghazal. Apalagi, sambil makan, terlenggok-lenggok badan dan bahu yaaa.. lagi-lagi kalau dia nyanyikannya lagu '4 Dara' tu hahahah memasing mengelenyah nak menari ekkk hahahaha.. 

Surau juga mereka sediakan di Tingkat 4. Sangat selesa dan sangat luas. Sejadah ada tersedia, cuma telekung korang kenalah bawa sendiri ya. Tempat amik wudhuk juga ada dalam Surau tu, cuma toiletnya aje jauh dari Surau, so better sila ke toilet dulu sebelum masuk Surau ya.. 


Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR lagi, korang boleh ke facebook page Sis di atas tu, atau klik SINI aje okay.. 

So apalagi, jom buat tempahan sekarang .. 

Buffet Ramadan Dinner Opero Hotel Southkey 
No 2, Jalan Southkey 1/2, Kota Southkey, Johor Bahru, Malaysia
07-336 7888

Bazar Makan-Makan’ 
Tempat : Grand Florius Ballroom, Level LG
Bermula 4 April - 2 Mei 2022 
Dari jam 6.30pm hingga 10.30pm

Harga untuk seorang : 
RM148nett untuk Dewasa
RM69nett untuk Kanak-kanan
[Complimentary vouchers for every 10 purchased vouchers!].. 

Untuk tempahan : wasap.my/601136800899


P/S: Harga memang mahal, tapi dengan menu tersedia, memang puashati makan.. cuma Sis ko tercari-cari, 'Takde Asam Pedas ek?'.. hurmmmmm... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422