NASI TOMATO, MENU TERBARU SDS BAKERY & CAFE SEMPENA RAMADAN INI | SETIAP kali masuk ramadan, akan ada satu hari yang Sis dan family akan berbuka di SDS Bakery & Cafe ni. Dan yang paling dekat dan Sis suka pergi di Johor Jaya, yakni situ adalah cawangan SDS pertama di Johor.
Buat pengetahuan korang, SDS ni mulanya hanya berada di Johor sahaja yaa, negeri-negeri lain takde, so kalau orang luar dari Johor memang akan rasa pelik dan tak tau, 'apa itu SDS' hahahaha.. tapi sekarang, SDS dah memperluaskan cawangannya, now dah ada di Bangi dan beberapa tempat di luar Johor. Korang boleh semak cawangan-cawangan mereka di laman sosial mereka atau google je lerr..
[Baca Juga] : Lunch di SDS Bakery & Cafe Johor Jaya
Terkini, bermula harini 6 April, SDS Bakery & Cafe menghidangkan menu terbaru berbuka puasa bertemakan 'Raya Sama-Sama' yang didatangkan dengan 4 hidangan Nasi Tomato. Dengar jer nasi tomato, woww agak menarik bukan..
Dan Sis berkesempatan juga mencubanya pada majlis 'Raya Media Review' mereka di cawangan SDS Gelang Patah Nusantara sana. Memang jauh betul dari rumah Sis tapi bila sampai sana tengok Cafenya, waaa cantikk gilerr, luas dan meriah suasana.
Harga untuk setiap hidangan Nasi Tomato tu bermula dari RM18.90++ hingga RM23.90++. Ada 4 jenis hidangan Nasi Tomato yang korang boleh cuba. Antaranya adalah :
Nasi Tomato bersama Rempah Chicken Chop
Istimewanya set ni, ayamnya diperap mengunakan pes otak-otak, so rasa juiocy pada ayam tu sangat berbeza. Sis sukakannya.
Nasi Tomato bersama Ayam Kunyit
Untuk set ayam kunyit ni, bagi Sis biasa aja, sesuai untuk anak-anak makan sebab tak pedas dan simple je rasa dia. Anak-anak mesti sukakannya.
Nasi Tomato bersama Beef Rendang
Yaa set rendang daging ni sedap. Isi dagingnya lembut dan basah-basah, tidak kering dan rasanya pun sedap..
Nasi Tomato bersama Sambal Sotong
Ramai sukakan set menu sambal sotong ni. Sotongnya besar dan sambalnya tidak terlalu pedas dan rasanya pun sedap..
Juga SDS Bakery & Cafe ramadan ni telah memperkenalkan 2 minuman istinewa iaitu 'Soya Brown Sugar Bandung Cincau' dan 'Soya Brown Sugar Pandan Cincau' yang korang boleh add-on dalam setiap menu ala-carte mereka!.
Nampak manis kan? Yee memang manis hahahaha.. yang suka manis-manis dalam kehidupan mereka, bolehlah cuba ya.. Untuk Sis, kacau sekali lalu dan terus sedut jer, pun dah manis oii hahahaha.. tapi rasa memang sedap. Anak sedara Sis,Mia suka yang rasa bandung cincau tu haa..
Bermula harini juga korang boleh dapatkan 'SDS Raya Hamper' bertemakan 'Hamper for Blessings' dengan harga serendah dari RM88 hingga RM258. Hamper mereka ni mengandungi biskut-biskut raya kegemaran semua ya. Lebih-lebih lagi Tat Nanas mereka, memang sedap.
Bukan hanya biskut raya, tapi ada juga set box Kuih Lapis untuk korang cuba atau hadiahkan kepada kengkawan dan family. Harga untuk setiap box adalah dari RM38.80 to RM75.80. Tapi jujurnya laa, biskut dan kek lapis mereka memang sedap. Korang kena cuba atau jadikan hadiah pada hari raya ketika kunjung mengunjung.
Untuk tempahan awal, korang boleh buat tempahan pre-order SDS Raya hamper and cookies via “WhatsApp” application atau call hotline mereka di 012-7660589.. atau korang juga boleh dapatkannya secara delivery pembelian di SHOPEE atau LAZADA, pun ada, so terus hantar depan rumah korang atau sesiapa yang korang nak kirimkan.
Cantikkan tempatnya, yang ni SDS Bakery & Cafe Gelang Patah tau, besar dan meriah suasana kelilingnya, Sis suka betul sini.. sempat juga belikan kek birthday buat Mia masa tu.. happy Mia bila kawan-kawan Ayyom yang 'beratus' tu nyanyikan lagu birthday untuknya hahahahahaha..
So apalagi, jomlah berbuka di SDS ya kengkawan. SDS Ramadan menu ni bermula harini 6 April hingga 22 May 2022 di semua SDS cawangan : Bangi, Bandar Seri Putra, AEON Mall Nilai, Taman Nusantara, Taman Impian Emas, AEON Mall Tebrau City, AEON Mall Kulaijaya, KSL City, City Square, Taman Universiti, Johor Jaya, Kota Tinggi, Desaru, Paradigm Mall, Taman Perling, dan The Mall, Mid Valley Southkey.
Untuk info lanjut dan pertanyaan, korang boleh ke Facebook page at www.facebook.com/sdsgroups . Selamat berbuka puasa korang ...
P/S: Dah hujung-hujung ramadan, bila dah takde idea nak masak, haaa baru Sis akan ke SDS berbuka puasa hahahaha.. biasanya begitulaaa...