TERIMA KASIH CHEF ADU AMRAN KONGSI RESEPI PECEL JAWA | SAMPAI posting ni Sis menaip, kepala masih fikir, di manakah Sis jumpa Chef adu ni selain di Westin Desaru Jumaat lepas haritu. Memang rasa ada terjumpa beliau tapi Sis lupa di mana. Korang kenal ke siapa Chef Adu tu?.
Siapa aja yang tak kenal Chef Adu Amran ni kan, juri untuk rancangan masterchef tu... macam mana korang lihat Chef Adu dalam tv tu, macamtu laa kalau korang jumpa dia face to face. Chef Adu mempunyai suara yang husky, lembut, senyuman dia manis sampai ke telinga (ikhlas betul), dan yang paling utama, Chef Adu ni orangnya asal dari Johor. Johor mana? lupa pulak nak tanya hahaha..
Jumaat baru ni Sis ke Westin Desaru untuk memenuhi jemputan makan sempena media preview #buffetramadan mereka, dan untuk tahun ni Chef Adu berkolaborasi bersama Westin Desaru bagi menyediakan menu-menu citarasa Johor yang turut di bantu oleh Chef AJ, selaku executive Chef di Westin Desaru.. yang tu nanti Sis cite okay.
Memang betul, semua menu airtangan Chef Adu semuanya adalah makanan orang Johor. Ada Laksa Johor, Mee Bandung Maharani, dan banyak lagi.. tapi paling tak boleh Sis tahan tu, Pecel Jawa airtangan Chef Adu... perghhh kalau nengok, nampak biasa-biasa jer, sekali dah rasa, amekkaww dua mangkuk Sis bedal hahahaha..
Sis ni kalau korang tau kan suka makan Pecel Jawa gini, biasa pun Sis buat, tapi guna pes bumbu Pecel Sinti tu haa.. tak pernah lagi buat sendiri.. dan nak jadikan cerita, bila dah makan Pecel Jawa Chef Adu ni, tengah duk menambah cedok, Sis saje laaa tanya Chef 'Chef, bagi la resepi'...
Terkejut kejap... respon dari Chef Adu spontan kata 'Resepi? Boleh, senang aja' hahahaha.. waaa memang tak lokek resepi Chef Adu ni laaa.. Sis saje je usik-usik, sekali betul dia sebutnya satu-persatu resepi Pecel Jawa tu.. terharu pulak kita bila Chef beri resepinya dan juga cara membuatnya, dah macam buku resepi tengah bercakap hehehehe..
Yang paling penting, apa yang Chef Adu terangkan tu, mudah faham dan senang rupanya membuatnya.. lepas ni bolehlah Sis cuba dan buat sendiri kuah Pecel Jawa tu.. kalau menjadi, Sis kongsikan nanti resepinya di sini ya.. exklusif ni weiii.. berbunga-bunga hati Sis ko hehehehe..
Terima kasih Chef, inshaallah akan Sis cuba membuatnya, sebab sedap sangat.. cukup rasa, cukup jawa dan cukup bahan, pakkal lerr kenyang sangat, kalau tak, memang tambah bermangkuk-mangkuk lagiii.. Laksa Johor pun, ingat nak tambah, tapi i kan pemalu hahahahaha..
Bak kata Chef Adu selalu dalam masterchef, 'Sometimes the secret to success is simply to just do it'. So Sis pasti boleh buat itu Pecel Jawa hahahaha..
Korang kalau nak cuba rasa menu airtangan Chef Adu tu, boleh laa beli baucer buffet ramadan di Westin Desaru.. nanti Sis kongsikan ya.. kalau nak info terkini, korang boleh ke facebook Westin Desaru atau ke instagram Chef Adu..
P/S: Makan di Westin ni, macam berada di Bali okay.. Sis suka suasana keliling dia.. cantik gilerr..