DOAKAN UMRAH PERTAMA AKU INI DIPERMUDAHKAN | YA ALLAH, syukur alhamdulilah, dengan izin dariNya dan restu dari Suami, Sis diberi peluang untuk menunaikan ibadah Umrah untuk kali pertama pada tahun ini dalam norma baharu. Alhamdulilah ...
Tak tau nak gambarkan bagaimana perasaannya. Alhamdulilah, semua persiapan sebelum berangkat Allah permudahkan. Dan ketika korang baca posting ni, mungkin Sis sudah berada di KLIA untuk menunggu berlepas dari Kuala Lumpur ke Madinah tengahari (jam 2pm) ini.
Korang doakan keselamatan, kesihatan dan kekuatan fizikal dan rohani Sis dan jemaah-jemaah lain juga ya. Inshaallah Sis akan doakan semua pembaca di sini diberikan rezeki dan diberi peluang juga untuk mejejakan kaki ke tanah suci Mekah, inshaallah... aamiinn..
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ“Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin” : ”
Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke rumah Mu. Jauhilah kami dari wabak merbahaya juga mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya Allah.
Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kami di Malaysia. Tenangkanlah hati mereka. Jangan Kau cetuskan rasa rindu kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu Mu ya Allah. Kau hilangkan lah rasa rindu kami kepada mereka semasa kami berada di sana. Ya Allah, kami pergi ke rumah Mu semata mata untuk beramal ibadah kepada Mu. Janganlah Kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau sukarkan perhubungan antara kami.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَHamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
Aaamiinn ya rabbal alaminn..
Cuti menulis dari : 2 Mac sehingga 13 Mac 2022
(jika diizinkan inshaallah update guna handphone)
Travel agent (Umrah Premier) : Attiq Travel
Bimbingan Mutawif/Mutawifah : Tuan Hj Shahrizal& Isteri Ummu Nurin
P/S: Bismillahi tawakkaltu alallahi la hawla wala quwwata illa billah ....