Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4494

NASI ARAB DI HARI JUMAAT. ALHAMDULILAH

$
0
0
NASI ARAB DI HARI JUMAAT. ALHAMDULILAH | SYUKUR alhamdulilah, apa yang di niatkan, akhirnya dapat juga di laksanakan. Dah berminggu-minggu memang ada pasang niat untuk 'sedekah Jumaat' Nasi Arab ni pada jiran-jiran, tapi owner yang membuatnya tengah cuti, so kita faham dan setia menunggu.

Hampir juga nak cuba survey dan order dengan seller lain, tapi tu laa orang kata rezeki dan niat tu mungkin Allah dengar dan sampaikan kepada owner, akhirnya alhamdulilah dapat juga Nasi Arab di Hari Jumaat, alhamdulilah..

Niat apa dan hajat apa, hanya Allah yang tahu, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan Sis dan kalian semua dan diberikan kesihatan yang baik untuk melawan sakit wabak merbahaya yang sedang melanda. Maaf jika ada yang terliur dengan Nasi Arab ni, tapi memang sedap betul, sampaikan taknak order dengan orang lain huhuhu... 

Nasi Arab Di Hari Jumaat. Alhamdulilah

Nasi Arab ni homemade dari rumah, bukan kedai atau restoran. Ini pun kawan setaman yang rekemen. Mula pertama rasa, terus suka dengan rasa dan keenakkannya, sangat sedap menepati tekak Melayu yang tak berapa nak Arab ni hahahaha.. 

Lepas dari tu, satu per-satu Sis order bila dia open order. Dan paling banyak Sis buat tempahan dengannya ketika majlis pernikahan anak. Sis order untuk 50 orang makan. Memang puashati gilerr, dan semua kata sedap. Tak lokek bahan dan ayam pun potongan dia besar walau beli yang single pack. 

Untuk harini Sis order 14 pack single. Alhamdulilah tertunailah hajat Sis. 

Nasi Arab Di Hari Jumaat. Alhamdulilah

Portion dia memang banyak, walau pack single. Puashati makan sepinggan. Dah habis dah sepinggan Sis bedal tadi. Harini pun agak awal dia hantar, biasanya selepas solat Jumaat, tapi harini awal, so dapatlah anak bujang makan sebelum pergi solat Jumaat. 

Korang yang nak order dan stay Pasir Gudang, kalau nak buat tempahan boleh buat dengannya. Sis jamin puashati. Tak silap ada juga menu-menu lain dia amik tempahan, termasuk juga Roti Jala Berhias tu.. Puding Buah dia pun sedap, Sis dah pernah order.. kira boleh di katakan air tangannya memang sedaplah, alhamdulilah.. 

Untuk tempahan Nasi Arab :

Set Dulang RM40 
Set Single : RM12 

Boleh wahtsapp : Puan Eryana 018 790 1514


P/S: Laa Ilaha Illa Anta subhanaka inni kuntu minadzholimin .... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4494

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes