JANGAN SILAP LANGKAH BELI HARTANAH, NANTI BOLEH MUFLIS! | MERUJUK pada tajuk tu, korang baca jangan ingat benda ni main-main dan amik remeh ya, sebab banyak dah kalau kita baca sana sini dan banyak kes terjadinya muflis adalah di sebabkan silap langkah beli hartanah tanpa merujuk kepada beberapa perkara.
Yaaa kalau ikut keperluan, memang semua orang nak beli hartanah, tapi kalau ikut kemampuan? Adakah korang benar-benar mampu untuk memiliki hartanah lebih dari satu atau lebih dari itu? Tambah lagi sekarang ni, ekonomi negara kita tidak begitu memberangsangkan selepas negara di landa wabak Virus Covid-19 dan industri hartanah tempatan antara yang terjejas, dan nampaknya berdepan cabaran sekali lagi apabila berlakunya penularan pandemik Covid-19 pada tahun ini.
Sebab apa Sis kata fikir dulu sebelum membeli, contoh paling senang Sis nak bagi adalah kes jualan telur. Viral isu telur yang sekarang ni susah nak cari dan beli, so mereka yang 'tamak' bila terjumpa, mereka membeli dengan kuantiti yang banyak tanpa berfikir panjang. Sedangkan telur tu ada tarikh luputnya, takkan hari-hari nak masak telur, takkanlah nak penuhkan peti ais dengan telur, ianya juga tidak elok untuk kesihatan telur dan diri kita juga. So akhirnya telur tu membusuk dan di buang.. siapa yang rugi?..
Jadi sama juga kesnya dengan apa yang Sis nak kongsikan harini, jangan silap langkah beli hartanah, nanti boleh muflis kita kalau tidak betul-betul merancang. Nak beli hartanah kena ada perancangan, kena siap sedia dari segi kewangan, baik untuk masa sekarang atau untuk masa hadapan kita.
Baru-baru ni Sis pergi ke saru 'showhouse' menemani kawan Sis, cadangnya dia nak beli hartanah baru, yang ada sekarang katanya dah okay, cuma katanya nak beli untuk investment akan datang. So okaylah Sis follow aje la meneman dia.
Sis perhatikan pihak hartanah tu explain kat dia satu per-satu mengenai hartanah yang dia nak beli, dari harga dan juga bayaran bulanan. Sis tak begitu fokus laa, sebab taknak masuk campur. Bila dah selesai, dalam kereta Sis tanya kawan tu, 'Jadi ke membeli?'..
Kata kawan Sis, 'Nanti dia fikirkan, sebab nak buat kira-kira dulu'. Okay Sis faham dan sokong apa yang dia kata tu. Walaupun Sis tau kawan Sis tu mampu dari segi kewangannya untuk membeli rumah, tapi bila duduk sembang dengan dia, Sis kagum dengan cara kawan Sis berfikir dan mengira 'budget' kewangan dia.
Memang benar, nak beli hartanah ni kita kena ikut kemampuan kita, kita kena tau berapa harga hartanah tu dan bandingkan dengan kira-kira pendapatan kita untuk kita keluar setiap bulan. Itu untuk bayaran bulanan. Okaylah ko mampu bayar. Tapi kita kena fikir pulak, mampu bayar untuk harini, tapi esok, lusa dan masa akan datang? Adakah kita sihat bekerja? Adakah kita masih mampu lagi nak membayar?.. haaa itu yang kawan Sis kata.
So dia kena fikir semasaknya untuk buat kira-kira juga kewangan dia di masa akan datang setelah membeli hartanah baru. Dia ada isteri dan anak-anak untuk di beri makan, jika pengiraannya masih dalam tahap kemampuannya, inshaallah dia akan beli katanya. Jika tidak, bukan masa yang tepat untuk dia beli hartanah sekarang..
Secara idealnya, masa 'terbaik' untuk membeli hartanah yang dah lama korang impikan tu ialah semasa harga permintaannya yang tengah menurun mula berpatah balik dan akan meningkat semula. Ini dikenali sebagai fasa "bottoming-out" atau di mana harga hartanah rumah jatuh ke paras yang paling rendah.
Bank luluskan pembiayaan kita bukan kerana kita mampu, tapi kita layak. Tapi sekarang pun bank dah lebih ketat. Agak susah nak lulus. Ukurlah baju di badan sendiri. Jadi, berhati-hati semasa buat keputusan untuk beli rumah, kerana ada juga yang muflis sebab pinjaman perumahan lebih kurang 13% daripada keseluruhan kes.
Jadi, jika korang ingin membeli hartanah sekarang, Sis rasa cara yang paling bijak ialah untuk mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam memiliki rumah. Korang tak sepatutnya tengok samada korang mampu untuk menanggung kos permulaan untuk memiliki rumah saja, tetapi kena juga tentukan samada korang mampu atau tak, nak cari duit bayaran bulanan, selain menyesuaikan diri dengan perbelanjaan lain. Silap langkah boleh jadi muflis nanti.
Apa yang nak Sis katakan di sini, jika belum mampu nak membeli, tak apalah, menyewa dulu pun dah cukup memadai, janji ada tempat tinggal untuk sara anak bini. Bersyukur dengan apa yang ada, doa banyak-banyak inshaaalah akan ada rezekinya satu hari nanti untuk memiliki hartanah sendiri.
Usaha tangga kejayaan.. Nak seribu daya, taknak banyak alasannya..
P/S: Impian Sis, moga Allah beri rezeki untuk Suami Sis, beli tanah dan bina rumah di tepi laut satu hari nanti.. aamiinn..