Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4450

MASAK SUP KETAM UNTUK ANAK

$
0
0
MASAK SUP KETAM UNTUK ANAK | ALHAMDULILAH setelah beberapa kali juga mulut anak Sis,Yana duk bercakap nak makan Sup Ketam, akhirnya dapat juga masak Sup Ketam untuk anak Sis tu. Dah berapa kali Ayahnya pergi mencari ketam, tapi takde musim agaknya, so susah nak cari ketam sepit biru. 

Yaa bukan ketam bangkang atau ketam nipah yang di cari, tapi anak nak ketam biru. Di minta masakkan Sup katanya kalau ada. Nak kata mengidam, tak pulak mengandung, tapi katanya tekak nak makan, so takpelah gigih laaa Emaknya carikan. 

Sis cari dalam Komuniti Scientex facebook, akhirnya terjumpa satu seller ni yang menjual ketam segar yang baru naik dari laut. Sekilo RM30, walau tak besar saiznya, tapi isinya padat giler dan manis. Sis masak semuanya sekali, habis di makan sekali hadap. 


Masak Sup Ketam Untuk Anak

Dan kebetulan masa masak sup ketam tu, adik datang plak, so dapatlah merasa memasing makan sekali sup ketam, syukurlah rezeki berbagi sama mereka. Kemain suka Mia dapat makan ketam, dia suka makan ketam. Cuma ketam saiz kecik, so bercinta gak ler nak mengopeknya hahaha..

Sis campurkan juga dengan lobak merah dan juga kentang, so dapatlah juga makan sup ketam ada isi sayuran kan, tak lerr nampak kosong aja. Cuma takde daun sup dan bawang goreng aja. Faham-faham aje laa bebudak, mana nak daun-daun hijau tu.. 

Tapi betullah, manis giler isi ketamnya, walau saiz kecik, tapi puashati makan.. next time nak beli lagi laa.. boleh masak sup ketam lagi dan makan puas-puas.. alhamdulilah.. 

Korang yang di Pasir Gudang kalau nak beli, boleh jer cari seller jual ketam ni di komuniti Scientex facebook tu.. no contact dia dah hilang pulak gara-gara uninstall wahtsapp haritu, tak sempat nak back-up hohohohoho.. 


P/S: Mak doakan Kakak sihat-sihat di sana dan Allah pelihara Kakak walau di mana Kakak berada... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4450