Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

JOM LEPAK DI HARD ROCK CAFE PUTERI HARBOUR, JOHOR!

$
0
0
HARD ROCK CAFE KEEMPAT KINI DIBUKA DI PUTERI HARBOUR, JOHOR! | WOW, ada yang dah pergi ke tu? Yayy.. you are awesome hahaha.. bagi mereka yang memang suka dan menantikan pembukaan Hard Rock Cafe keempat ini, sudah tentunya laa mereka tau kemana arah nak di tuju. Dan yaaa Hard Rock Cafe ianya kini berada di Pueri Harbour Johor yo!!.

Jujurnya Sis bukan orangnya yang kaki lepak tempat sebegini, satu hal sebab Sis kurang suka akan 'kebisingan', nak borak pun susah oii, tapi sesekali kalau nak pergi nak santai-santai, tak jadi masaalah buat Sis, lagi pulak kalau pergi ke Hard Rock Cafe ni bukannya apa, suka melihat mechandise mereka, lagi-lagi T-Shirt mereka. Kalau masuk memang tak sah kalau tak beli. 

Baru ni pun Sis sekeluarga bercuti ke Penang, pun singgah ke Hard Rock Cafe Penang, sakan Suami membeli belah. Siap beli ole-ole untuk kawan-kawannya yang kirim. Jadilah kan, buat kenangan. 

Selepas Hard Rock Cafe Keempat Mengumumkan Pembukaannya di Johor Bahru baru-baru ini, kini mereka telah beroperasi sepenuhnya bermula Disember tahun lepas dan Sis berkesempatan menghadirkan diri di majlis tertutup meraikan Media pada minggu lepas dan inilah juga kali pertamanya Sis jejak masuk ke dalam Hard Rock Cafe Puteri Harbour (HRCPH) ni. Amazing gilerr wooo.. 

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Hard Rock Cafe yang dibuka di Puteri Harbour ini merupakan cawangan Hard Rock Cafe yang keempat di Malaysia selain di negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka. Restoran dan bar kontemporari ini adalah yang pertama seumpamanya kerana ia mempunyai gaya reka bentuk dalaman moden serta menampilkan susunan berkelas tinggi, mewah dan tersusun rapi dengan tempat-tempat menarik untuk peminat.

Masa mula Sis ke sini, Sis park di park basement Fraser Hotel, then dari situ ada tertera jalan menuju ke HRCPH ni. Tapi korang kena masuk pulak dalam bangunan Pinetree Marina Resort atas tu then baru turun ke bawah sekali guna escalator barulah berjumpa dengan HRCPH ni haa.. jangan risau, sepanjang korang turun guna escalator tu, ada aje papan tanda arah ke HRCPH tu. 

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Bar seluas 557-meter persegi ini boleh memuatkan sehingga 238 orang tetamu yang terdiri daripada ruang makan luar dan dua tingkat dibahagian dalam kafe berserta pentas untuk hiburan secara langsung. Jika korang inginkan 'privacy' korang boleh naik atas, ada ruang tertutup di atas tu. Ruang makan utama dan ruang makan peribadi di tingkat atas boleh memuatkan seramai 100 orang tetamu. 

Korang juga boleh menikmati hiburan muzik secara live band dari ruang makan dalaman yang terletak di aras bawah. Konsep ruang makan ‘Alfresco’ yang menghadap ke pelabuhan yang menawan disertai dengan pemandangan matahari terbenam yang indah merupakan keistimewaan kafe. Cuma kalau cuaca panas sangat, tak dan ler rnak makan luar tu yaa, duk dalam dengar muzik lagi syokk.. 

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Sepanjang korang lepak makan di situ, korang juga boleh cuci mata di Hard Rock Cafe dan boleh berjalan di sepanjang ruangan dinding memorabilia yang memaparkan serangkaian memorabilia dari pemusik legenda dari seluruh dunia. Selama bertahun-tahun, dinding memorabilia telah menjadi ciri khas bagi Hard Rock Café meraikan kepingan unik yang disumbangkan oleh atau dibeli dari bintang rock popular dari era yang berbeza selama bertahun-tahun.

Selain itu, Rock Shop yang terkenal di dunia di bawah jenama Hard Rock ini terletak di dalam kafe tersebut. So korang boleh lihat-lihat dan soping sekaligus di situ. Ia menawarkan pengalaman berbelanja seperti bintang rock bagi mereka yang suka mengumpul koleksi mereka dan untuk peminat Hard Rock Cafe, korang boleh beli dan bawa pulang barang jualan seperti baju, topi, pin dan pelbagai koleksi lain.

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, selain korang lepak minum dengar muzik, korang juga order makanan dengan pelbagai pilihan rasa asli dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan segar. Hard Rock Café menampilkan ‘Original Legendary® Burger’, siri ‘Signature Steak Burgers’, ‘Specialty Entrée’, ‘Bar Bites’ dan pelbagai pilihan salad, sandwic serta pencuci mulut. 

Masa Media Event tu, sempat juga laa Sis merasa pelbagai hidangan menu utama mereka, semua sedap-sedap semuanya uii.. kalau kata mahal harganya tu, tapi padan lerr dengan portion dan rasanya, sangat berbaloi-baloi. Kalau berkira sangat, ko pi kedai mamak je laa yaaa.. hohohoho..

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Memang sungguh happening laaa di sini. Lagi seronok dapat jumpa geng-geng Media masa tu, really enjoy the mements. Sesekali kan, kita berhibur macam ni, tak salah pun, janji jaga batasan tu. Mana yang rasa tak elok di mata, buat bodo sudah. Memang ramai yang tanya, 'di mana tempatnya''sebelah mana tempatnya, yaaa memang kalau dari luar tak nampak, tapi untuk ke sini, korang guna aja waze, pasti sampai..

Sampai sana jangan lupa OOTD bebanyak yaaa.. yang penting jaga dan patuh SOP. 
So apalagi, jom laaa Rock 'N' Roll 😎

Hard Rock Cafe Puteri Harbour
Lot 2 B-2. Residensi & Hotel Marina Resort, 
Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, Nusajaya, Johor

Buka dari jam 12pm to 12am
SETIAP HARI 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hantarkan pertanyaan korang melalui e-mel kepada www.hardrockcafe.com/location/puteriharbour .

Untuk pembelian barangan Hard Rock Cafe, kunjungi Rock Shop secara atas talian di https://shop.hardrock.com.



P/S: Tiberrr Suami kata haritu masa kat Penang. 'Nanti ajak Ayah ke Pueri Harbour pulak' hahahaha.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.