EPISOD AKHIR LAYANGAN PUTUS, AKU PUASHATI DENGAN ENDING DIA! | SIAPA yang ikuti drama bersiri Layangan Putus ni, pasti tau jalan cerita dan bagaimana kisah rumahtangganya Kinan dan Aris. Dari mula episod satu hingga ke episod terakhir, jalan ceritanya memang menyakitkan hati.
Yang tak boleh tahan emosi memang kalau boleh di jauhkan dari tengok drama ni. Sis sendiri kalau tengok pun, mulut ni tak boleh diam, duk asyiklah 'maki hamun' perangai si Aris. Yang tak memaki tu tak tau laa, korang memang takde perasaan kot, hahahaha..
Marah, maki bukan sebab terjadi pada diri kita ke, tapi Sis sebagai perempuan, isteri dan ibu, memang akan beremosi sama macam Kinan. Takkan laa ko nak diam bila Suami ko menipu, curang sampai buat maksiat dengan perempuan lain? Bukan hanya di luar rumah sahaja, tapi sampai membawa ke atas katil ko Suami Isteri dalam rumah sendiri? Kalau jadi pada diri sendiri, kau boleh tahan ke? #$%^&*
Tapi ini adalah kisah benar dalam kehidupan yang di jadikan sebuah drama. Yang paling terkesan sekali tiap kali menonton adalah pelakon-pelakon yang membawa watak dalam drama ni, semuanya memang terbaikkk dan memang masuklah dalam scene watak mereka. Lagi-lagi watak Aris dan Kinan..
Baik watak Kinan, Aris dan juga Lydia, semua berlakon membawa watak memasing dengan hebat sekali. Tapi adegan di ranjang mereka, kena tutup mata, gilerr real ko mereka bercium hahaha. Banyak pengajaran yang boleh di ambil dalam drama ini, terutama kita ni sebagai isteri.
Jangan terlalu percaya dengan Suami, biarlah ada syak wasangka sikit, kalau tak aaaa jadilah macam Kinan tu, lurus bendul. Sampaikan Aris pergi holiday dengan si Lydia pun ehhh dia masih tak percaya juga, sampailah kawannya dapatkan bukti penerbangan.. ishhh gerammm betulll...
Sebaik-baik Isteri macam Kinan tu pun, ehhhh Suami buat hal.. dan korang kena hati-hati juga dengan orang yang dekat dengan Suami kita, walau kawan opis sekalipun.. serkap jarang laa sesekali, biar megelupur sikit Suami tu kan.. macam Kinan tu haa, pandai dia, rajin telefon opis bertanyakan Suami dia.. haa dari situ, tau laa Suami tu menipu ke jujur ke..
Tapi untung juga Kinan, dalam pada merasa tertekan, ada sahabat yang sentiasa bersama mereka. Malah sahabat mereka jugalah yang menyedarkan Kinan tentang apa yang berlaku antara Aris dan Lydia. Cuba kalau kita hadap sengsorang, mau boleh jadi gilerr ekkk ..
Bagi korang yang belum nengok lagi, drama bersiri Layangan Putus ni korang boleh tonton di WeTV semua episod penuh (1 hingga 10 episod), dan kalau korang nak cepat tonton kesemua episod drama dalam WeTV tu, korang daftar dan beli jadi member VIP, nanti drama bersirinya akan terus korang dapat tonton sebelum orang lain nengok.
Sis masih tak boleh move on dengan drama Layangan Putus ni. Cuma pesan Sis laa pada mereka yang seperti Lydia tu.. kalau dah tau itu Suami orang, sebelum pergi jauh lagi, kan boleh elak, elaklah selagi boleh, dari kau memusnahkan rumahtangga orang dan mengecewakan hati sesama perempuan. Kau perempuan dia pun perempuan.
Ibarat kata Kinan 'Ikhlas', tapi akhirnya?... tak semudah ucapan ikhlas yang terucap di bibir, tapi dalam hati? Sakitnyaa terlukanya hanya Tuhan aje yang tawu.. dan orang seperti Lydia tu kena ingat, macam mana harini sakitnya hati Kinan, begitu jugalah akan sakitnya hati kau nanti bila Aris akan ingat selalu akan Kinan.
Kau kawin sekalipun, hati Aris tetap pada Kinan, akan tetap ingat Kinan, sebab? Mereka ada anak bersama, mereka dah bersama bertahun-tahun, bukan mudah nak lupakan dalam sekelip mata oiii..
Yaaa episod akhir Layangan Putus, Sis puashati dengan ending dia, kenapa dan mengapa? Korang kena tonton sendiri.. tapi untuk tonton fast track episod akhir tu, korang kenalah daftar beli sebagai VIP, sebab yang VIP sahaja yang boleh menonton episod akhirnya terdahulu sebelum penonton lain.. so macam Sis, Sis dah tau laaa apa kesudahannya..
Kalau korang nak tau apa kesudahannya, korang kenalah beli VIP untuk fast track tu yaa.. lagi satu korang boleh tonton semua drama yang ada dalam WeTV tu lebih awal sebelum tayangan episodnya berlangsung, kadang tu seminggu awal pun ada okay.. so kira bertuahlah korang dapat tonton awal sebagai VIP.
Best tak best? hehehehe
Izin tak izin, mereka tetap akan kahwin, macam dalam kes Lydia dan Aris ni, sebab? Dah terlanjur berzina.. izin atau tidak, tetap akan kahwin kan.. tu nasib dalam drama tu takde plak kata Lydia mengandung, kalau tak... ermmm kau rasa apa perasaan Kinan dan anaknya Raya?.. adeiii urut dada Sis ko..
Lepas habis drama Layangan Putus ni, agak-agak drama apa pulak menyusul yaaa.. kalau nengok dalam WeTV tu, memang ada drama baru bersiri terbaru, cuma belum lagi nak tengok.. memang senang nak tengok bila dah ada WeTV ni.. tak payah nak mencari di facebook ke Youtube ke.. download apps atau website dia jer, mudah dan tanpa iklan.. sound sistem pun okay sangat..
So korang kalau nak tonton drama bersiri yang hebat seperti Layangan Putus ni, boleh laa korang ke laman website WeTV ni okay..
Ikuti Layangan Putus setiap Jumaat & Sabtu, jam 7PM.
Tonton PERCUMA & eksklusif di WeTV
VIP tonton 1 episod baru lebih awal
Tonton di https://bit.ly/LayanganPutus_WeTV
Selamat menonton ..
P/S: Itu dalam drama, kalau realitinya, Sis rasa dah berparang kot hahahaha semua pinggan periuk terbang dalam rumah hahahahaha..