RAIKAN 'MAKAN BESAR' TAHUN BARU CINA DI PULAI SPRINGS RESORT | DALAM beberapa hari aje lagi kaum Cina akan menyambut tahun baru cina kan. Kalau ke sana ke sini, semua tempat dah rancak mempromosikan pakej jualan dan makanan sempena tahun baru cina. Lagu raya cina pun dah berkumandang dah, meriah gilerr suasana tiap kalau nak raya cina ni kan?.
Dan seperti biasa, adat 'makan besar' untuk kaum cina sempena tahun baru cina, wajib di adakan sehari sebelum dan hari-hari berikutnya selagi dalam perayaan tahun baru cina. Bagi family Sis yang ada darah keturunan cina, kalau dulu, adat 'makan besar' ni kitaorang rajin buat steamboat dan masak-masak menu berlauk jer, tapi bagi mereka yang sibuk dan takde masa nak memasak, korang boleh raikan makan besar tahun baru cina di Pulai Springs Resort.
Haaa tu dia, bukti kami dah datang makan dan mencubanya hahahaha.. eh eh ada Cik Lily Putih yaaa.. Yaa Sis dah berapa kali juga datang ke Qing Palace Chinese Restaurant di Pulai Springs Resort ni. Bukan sahaja untuk menikmati makanan sempena raya cina, tapi juga datang mencuba promo Eat All You Can mereka juga, memang masakan mereka superb sedap.
Dan untuk tahun ini, sekali lagi Qing Palace Chinese Restaurant ini turut mengadakan promo 'Chinese New Year Eve Reunion Set Menu' mereka dengan hidangan-hidangan yang di sediakan oleh Chef Lim Ming Chong ,di mana kesemuanya adalah sesuai dinikmati oleh pelbagai kaum termasuk kaum Muslim.
Tahun ni, Masterchef Lim Ming Chong dan pasukannya akan menyajikan set hidangan istimewa sehari sebelum Tahun Baru Cina, dan hari pertama sambutan Tahun Baru Cina sehingga 15 Februari 2022. Jom kita lihat menu yang di sediakan yang sudah pun Sis mencubanya.
Restoran Cina Qing Palace turut menawarkan 3 jenis Yee Sang iaitu Yee Sang Salmon, Yee Sang Royal Abalone Slice dan juga Yee Sang Itik Panggang bermula 1 Januari hingga 15 Januari 2022.
Yee Sang Salmon - RM68+ (S) @ RM128+ (L)
Yee Sang Royal Abalone Slices - RM68+ (S) @ RM128+ (L)
Yee Sang Itik Panggang - RM78+ (S) @ RM138+ (L)
So far sepanjang makan Yee Sang di sini, Yee Sang mereka memang menepati tekak Sis. Bagi mereka yang baru nak belajar makan Yee Sang, boleh try makan di sini, sedap sesuai dengan tekak melayu.
Selain Yee Sang, ada set menu isti,ewa yang mereka sajikan, korang boleh nengok gambar di bawah ni yaaa.. kecur pulak air liur i hahahaha..
Pen Chai atau Poon Chai
Ikan Kerapu Stim gaya Hong Kong
Pulut Nasi Daun Teratai
Deep Fried Nian Gao
Tembikai Susu Bersama Sagu dan Aiskrim
Menu-menu di atas memang di katakan menu hot yang mesti korang cuba di sini. Dan menu tu juga adalah menu dalam set tahun baru cina tahun ini.
Restoran Qing Palace menawarkan 3 jenis set menu 8 hidangan (8 course menu) bermula hari pertama Tahun Baru Cina. So hari pertama raya tu kalau agak tak tau nak makan mana bersama family, bolehlah ke sini ya.
Chinese New Year Eve Reunion Set Menu
Set Menu A : RM790+ semeja (10 orang)
Set Menu B : RM910+ semeja (10 orang)
Set Menu C : RM1380+ semeja (10 orang)
Selain dari Restoran Cina, Restoran Cinta Terrace mereka juga turut menyajikan bufet makan malam Chinese New Year Eve BBQ Nite Buffet pada 31 Januari 2022. Makan malam ini korang boleh nikmati bermula dari jam 6.30pm hingga 9.30pm dengan harga RM75+ seorang dewasa dan RM37.50+ untuk kanak-kanak.
Juga Restoran Cinta Terrace menawarkan Chinese New Year Day Buffet Lunch pada 1 Februari 2022 dengan harga RM55_ seorang dewasa, juga RM7.50+ untuk kanak-kanak. BBQ Dinner pula di tawarkan pada 1 Februari 2022 bermula jam 6pm hingga 9.30pm berharga RM69.90+ seorang dewasa dan RM34.50+ untuk kanak-kanak.
Semua harga tertakluk kepada SST ..
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, korang boleh hubungi :
Qing Palace: 017-733 8724 / 016-733 2919
Cinta Terrace Restaurant: 016-733 2918
Pulai Springs Resort. 20km, Jalan Pontian Lama
Website: www.pulaisprings.com
P/S: Rindu betul nak makan pecking duck dia, sedap gilerrr...