Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427

TELUR PINDANG SEDANG DALAM PROSES MEMASAK

$
0
0
TELUR PINDANG SEDANG DALAM PROSES MEMASAK | BAGI siapa yang biasa makan dan suka akan Telur Pindang ni, memang kalau nampak aje, pasti terliur kan, tapi kalau di belah utara sana, mereka panggil 'telur busuk', yaaa kawan Sis sendiri pun kata begitu, sebab orang Utara tak berapa gemar akan rasa dan bau telur pindang ni.

Kalau ada yang suka pun, mungkin segelintir aja.. tapi sama juga di Johor ni, ada yang suka dan ada juga yang tak suka, so terpulang pada tekak memasing. Dan buat masa ni telur pindang sedang dalam proses memasak untuk Sis berikan kepada tetamu sebagai buah tangan di majlis perkahwinan anak Sis.. 

Nak memasaknya pun kena lama, paling tidak 4 hari 3 malam kena rebus. Lagi lama lagi sedap. Bagi Sis, memang tak lengkap goodies kalau takde telur pindang ni hehehehe.. 

Telur Pindang Sedang Dalam Proses Memasak

Dah dua hari ini sangat-sangat bizii Sis sekeluarga, mengemas rumah, mencuci, megelap dan meyental apa yang patut, dah macam hari raya pulak.. bukanlah kata hari biasa tak buat tu semua, tapi lain rasanya bila ada 'hari istimewa' ni.. ikutkan takde apa nak di kemas, tapi Ayahnya yang beriye beno buat semua benda.. termasuk mengecat rumah.

Memang majlis besar bersandingnya di dewan, Sis tak perlu buat apa-apa sebab Sis amik full pakej dengan Bizmilla, tapi sebab Sis ada buat majlis Yasinan dan malam berinai, so sudah tentu laa keadaan di rumah akan meriah dan sibuk sekali, sebab Sis ada psang pelamin dan juga khemah. 

Aktiviti Mengemas Rumah

Harini team wana_damaireka akan datang memasang pelamin di rumah. Kami dah habis kemas dah, menunggu team mereka je ni sampai dan memasang. Memang tak sabar nak nengok hasil mereka.. siap ada permintaan Mak perantin nak pelamin macam NunHa hahahahaha ko ngase? hahaha..

Maaflah jika mungkin lepas ni Sis takde update apa-apa yaa, sebab dah mula sibuk, esok pulak nak merewang bunga rampai dan lepas tu bila telur sudah siap masak, nak rewang pulak membungkus telurnya, phewwww gilerr penat weiii kawinkan anak ni, tapi alhamdulilah kami excited dan tak sabar nak menjamu tetamu.. 

Moga Allah berikan kami kesihatan yang baik dan dapat buat yang terbaik untuk anak Sis.. dan buat tetamu yang akan hadir, sila patuh SOP dan jaga jarak dan pergaulan korang ya.. takut dah jumpa kawan, lupa pulak yaa SOP hahahahahaha #peringatanbuatdirisendiri juga hehehehe..

Korang doakan yaa semuanya berjalan lancar.. segala update persiapan perkahwinan anak Sis, Sis akan update di IGs Sis ya.. stay tuned dan follow dekat-dekat hahahaha macam retis je ekkkk.. ada aku kezzahhh... 


P/S: Terima kasih korang untuk pageviews 16 000 000 juta blog Sis ❤

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427