Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467

BETUL KE IKAN SIAKAP HARGANYA MAHAL?

$
0
0
BETUL KE IKAN SIAKAP HARGANYA MAHAL? | SELAMA Sis ni jadi surirumah laa dan membeli ikan, ini kali laa baru Sis tau dan terkejut dengar harga ikan siakap yang mencecah seribu ringgit tu haaa ekoran dari kes viral sebuah keluarga makan seafood di Langkawi tu. Memang tergelak dan terkejut membacanya. 

Tak taulah mana betul mana tidaknya, siapa yang coverline dan siapa yang salah, tapi kalau pemahaman Sis, dua-dua pun ada salahnya. Sis pernah gak ke Langkawi dan makan seafood atas kelong macamtu. Tapi pengalaman Sis, Suami pilih ikan dalam sangkar, then pergi ke kaunter timbang, staff bagitau berapa harga 100gm, kemudian bagitau masak apa then masa nak bayar dah dapat agaklah berapa harganya. 

Tapi kes yang ni, harga pun tak di sebut, dan katanya pelanggan tu pun tak tengok besar mana ikannya, kira semua serah ke tuan kedai, memang laaa kena 'pancung' hahahahaha.. mana-mana pun macamtu okay, termasuk kalau makan di kedai seafood darat pun. 


Betul Ke Ikan Siakap Harganya Mahal?

Suami Sis seorang kaki pancing, so bila dia terbaca kes viral ni, dia sendiri pun gelak, sambil kata; 'Mana ada ikan siakap sampai beribu harga' kekekeke.. kalau kata ikan sangkar bela bertahun-tahun, then kenapa jual?, tentunya laa mahalkan harganya, sebab dah amik kira bayar kos vaksin, mandul, makan vitaminnya lagi dan macam-macam laa penjagaannya, yang pelanggan pun satu hal, main belasah OK jerrr apa kata tuan kedai hahahaha.. 

Tapi betul ke ikan siakap harganya mahal? 

Yaa ikan siakap murah TAPI kalau ikan siakap tangkap laut. Paling mahal kalau Sis jumpa, ikan siakap hasil memancing Suami seberat 7.8kg dan Suami try pi hantar kedai seafood nak jual, tapi mereka hanya nak bayar RM200 sahaja, padahal tu ikan laut tu, bukan ikan bela okay, lagi fresh rasanya... 


Tapi Suami tak jual pun, takde rasa niat pun dah mancing pastu nak jual, memang bawa balik dan Sis akan nyiang kerat-kerat simpan buat lauk kami sekeluarga, puas makan. Kadang goreng aje pun sodap oiiii.. 

Betul Ke Ikan Siakap Harganya Mahal?

Kalau di Pasar Borong Pandan,Johor sini, ikan siakap di jual mengikut set. Ada yang 3 ekor RM20, ada yang sekor RM10 dan ada juga di jual harga paling mahal pun hanya RM18 jer sekilo. Tu pelik kalau sampai makan ikan siakap seberat 7.37gm katanya sampai seribu harganya, aje gilerr macam tak masuk akal.. tapi entahlah.. 

Ye laa kita hanya mampu menidakkan dan buat andaian, tapi kita tak bayar kan, so memang tak tau laa apa perasaannya, tapi kalau kena kat kita, mau terduduk gakk weii nak bayonya.. benda dah masuk perut, nak taknak kena bayar.. takkan ko nak lari berenang balik darat hahahahaha.. 


Apa-apa pun so far kalau Sis nak makan ikan siakap, memang ikan siakapnya hasil memancing Suami, kalau makan di kedai pun, agak jarang kami amik siakap, ni pun lama gilerr tak membeli ikan di pasar huhuhu.. dalam freezer tu masih ada lagi tu beberapa keping ikan siakapnya, tak tau nak masak apa oii huhuhuhu.. 

Okaylah, ini hanya pandangan Sis aje, jadikan semua kes yang berlaku sebagai tauladan. Hak pengguna sentiasa ada, so jadilah pengguna yang bijak. Dan untuk peniaga juga, tak semua 'customer is right' okay.. 


P/S: Ikan Siakap ni masak Stim Nyonya atau Stim Limo yang sedap.. yumsss.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4467

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.