Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

'SAYANGI MALAYSIAKU' SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-61

$
0
0

'SAYANGI MALAYSIAKU' SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-61 | Seperti semua sedia maklum, tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah Sayangi Malaysiaku. Tema ini dipilih bagi merai dan mempertingkatkan lagi semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia.
Oleh itu, semua warganegara harus membuktikan manifestasi kasih sayangnya kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh perasaan bangga. 

Korang dah kibar bendera ke ? Rumah ? Kereta ? 



Tema Hari Kebangsaan 2018

Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku’. Tema ini dipilih bagi merai dan menaikkan lagi semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam era Malaysia Baharu ini, pastinya nilai penghargaan dan kasih sayang diperlukan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.


Logo Hari Kebangsaan 2018

Logo Hari Kebangsaan tahun ini telah dicipta oleh Nik Zulkifli Nik Hitam menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.


Maksud Logo Hari Kebangsaan 2018

Logo ini membawa maksud warganegara yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara. Penggunaan warnanya pula adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri.


Lagu Hari Kebangsaan 2018

Selain logo, turut dilancarkan lagu bertemakan Hari Kebangsaan 2018 bertajuk Kita Punya Malaysia yang berentak pop dan dicipta penyanyi Sam Bunkface.




LIRIK LAGU KITA PUNYA MALAYSIA - BUNKFACE

31 Bulan 8, 57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara 
Selamanya...
Kita Merdeka

Sayangi Malaysiaku 
Sayangi Malaysiaku 
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Jangan lemah bangunlah 
Buat baru semula 
Percayalah hari ini 
Kita punya 

Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara 
Selamanya...
Kita Merdeka

Sayangi Malaysiaku 
Sayangi Malaysiaku 
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Merdeka x3 

Kita Merdeka 
Sayangi Malaysiaku 
Sayangi Malaysiaku 
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Ini Kita Punya






P/S: 2018 Malaysia Merdeka 61 tahun, umur Sis sudah 42tahun, korang umur berapa ? ..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear