GAME PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA | MINGGU ni adalah minggu cuti sekolah pertengahan tahun untuk anak-anak kan?. Walaupun Sis ni takde anak kecil yang bersekolah rendah dan menengah, tapi bab cuti sekolah ni memang Sis take a noted, sebabnya Sis ada ramai anak saudara yang masih kecil dan bersekolah, so time cuti sekolah ni memang Sis tunggu.
Salah satu sebabnya, time cuti sekolah anak saudara akan datang rumah Sis untuk bercuti, dah macam gaya 'balik kampung' gitu. Memasing memang tunggu time cuti, sebabnya bila cutilah baru dapat keluar rumah dan bolehlah ke sana ke sini walau ke rumah Sis (Mak Long) aja.
Ye laa kita pun faham kann, jika hari sekolah, walau tidak sekolah bersemuka, kelas PdPR tetap di jalankan di rumah, kalau dah hari-hari mengadap kerja sekolah dan fokus kepada pembelajaran dalam kelas PdPR, kalau tak anak, kita sebagai Mak Pak pun bosan gak kan..
Contohnya, adik-adik Sis laa, memasing kekadang hampir fed-up dengan kelas PdPR ni, ada masa stress nak layan semua kelas. Mana tak, kalau anak sampai 4,5 orang? Tak ke jadi 'Mak ko ijo' kann, macam-macam perangai anak keluar, lain laa kalau anak dah sekolah menengah, dah boleh handle sendiri. Situasi tu memang Sis faham sangat, sebab dah laluinya dulu.
Dan untuk menceriakan dan melapangkan minda anak-anak saudara ketika datang bercuti ke rumah Sis, Sis dah sesiap sediakan game percuma untuk kanak-kanak dan dewasa untuk mereka bermain di plays.org. Rasanya ramai jugalah yang dah tau pasal game percuma ni.
Yaa jangan kata anak-anak saudara je, game plays.org ni memang jadi game Sis untuk bermain ketika mood tengah blur nak cari idea nak update blog, siap bookmark sesiap masa mula terjumpa game ni tau. Paling suka main game ni sebab dia takde iklan ads, so kalau time ko main tu, memang takde gangguan iklan, tak payah nak tunggu atau klik 'X' okay.. tu yang seronoknya, budak pun tak bosan.
Kalau korang 'kaki game', haa plays.org ni memang banyak gilerr game dia okay, lebih dari 100 game yang tersedia untuk korang search dari pelbagai kategori. Contoh; Arcade Classics, Awe Shoot!, Cartoon Games, Comics Games, Education, Solitaire dan banyak lagi...
Bukan setakat game, tapi untuk pembelajaran minda anak-anak pun ya. Ada certain game tu memang menguji iQ anak-anak ketika bermain. Sampaikan memasing berlumba nak menang kalau nak selesaikan game tu, so memang eloklah untuk perkembangan minda anak-anak.
Kalau Sis semua Sis suka main, suka cuba semua game, sebab lain game dia lain cabarannya, walau nampak macam game bebudak je oii tapi bila ko dah start main, selagi tak selesaikan misi dalm game tu, aje gilerr duduk tak bangun hahahaha..
Budak-budak kann cepat jemu, so dengan adanya lebih 100 game dalam plays.org ni, memang budak sakanlah bermain tanpa habiskan data telefon. Mak Pak pun senang hati nak buat kerja dengan tenang sebab semua gamenya tidak ada unsur ganas dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Tapi kalau dah teruk nau 'gian' nya tu, terpaksa jugalah yaa Mak Pak control, jangan sampai pulak 'ponteng' kelas PdPR yaa.. semua masih di bawah pemantauan juga. Dan anak-anak pun kena faham juga, dah Mak Pak kasi 'green light' so pepandai ko lee nak adjust masa bermain dan belajar, ye dakk?..
So kalau korang nak dapatkan game percuma untuk kanak-kanak dan dewasa, korang boleh laa ke plays.org okay, jangan kata hakak tak payung yerr..
Have fun and selamat bercuti anak-anak..
P/S: Tak sabar tunggu anak-anak saudara semua 'berkampung' di rumah, yehaaaa...