Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4477

AKU DAH PAKAR MEMOTONG IKAN BESAR!

$
0
0
AKU DAH PAKAR MEMOTONG IKAN BESAR! | HEBAT tak Sis ko hahaha.. baca tajuk je cewah macam pakar apa je laa kan, rupa pakar memotong ikan jerr, tu semua orang boleh buat.. Ye laa, kalau perempuan ke lelaki ke tak reti motong ikan, nak jadi apa oiii.. tapi ini dalam cite ni lain sikit, ikan bukan sebarang ikan, pakar bukan sebarang pakar, kalau dah Ikan Kerapu besar seberat 5 kilo tu, ko ngase??.. 

Rasanya macam nak pitammm oii.. bila Suami tunjuk aje ikan hasil pancingan dia Ahad lepas, Sis dan anak-anak dah telopong mata nengok sambil berkata; 'Besonyaaaaa, macam mana nak potong tu?'.. adoiiii lagi dan lagi.. yang ado haritu ikan mancingnya pun masih ada lagi belum masak, ni tambah lagi stok, alhamdulilah, rezeki dari laut.. 

Aku Dah Pakar Memotong Ikan Besar

Sebelum-sebelum ni kalau Suami bawa balik ikan besar sebesar ikan kerapu ni, tak kisahlah ikan apa punn, Sis memang akan hantar kedai untuk potong ikannya, tapi bila makin lama, makin hari nengok kedai tu potong, terus Sis rasa nak mencuba memotongnya sendiri aje dirumah walau memang akan selerak laa segala celah bedah sinki dan dinding dapur, huhuhu..

Tapi takpe, try and error, alhamdulilah, sekarang aku dah pakar memotong ikan besar hahahaha.. Suami pun agak tak sangka juga okay, Bini dia boleh ptong ikan sebesar gitu sendiri, tapi kekadang tu ada gak perlukan bantuan Suami atau anak-anak untuk pegang ketika nak memotong jadi kepingan.. kalau buat sengsorang, memang susah sikit. 

Aku Dah Pakar Memotong Ikan Besar

Tengok je laaa oii betapa besarnya saiz ikan kerapu tu dengan tapak tangan anak Sis tu. Tak ke jenuh nak buang sisiknya, then nak adjust saiz kepingannya adoiii.. kalau tak ye ye ni, bagi perempuan yang menjadi kuku dan jari mereka, memang idokkk le ko nak buat kann.. habis hancusss jari oiiii.. 

Tapi tak kisahlah, kerana terbayangkan kesedapan isi ikan tu kalau di buat stim, Sis ko redah je laaa. Malam tu juga Sis potong-potong dan cuci terus simpan, nanti nak masak dah senang. Cuma kepala, ekor beserta satu kepingan aje, Suami sedekah pada kawannya. Rezeki kita kongsi bersama. 

Ada juga Ikan Ketarap Suami dapat.. ikan tu memang peberet Sis, harini Sis nak bakar aje dan tabur dengan daun limau purut, arghhh sedapnyaaaa... 

Ikan Kerapu Stim Thai

Maka menu malam semalam kami, Ikan Kerapu Stim Thai dari dua kepingan ikan kerapu hasil pancingan Suami, alhamdulilah.. puashati juga laaa semalam kami makan. Kepingan ikannya besar, dan isinya lembut.. Sis tak berapa suka ikan kerapu, tapi kalau saiz besar gini, memang sedap masak stim aje.. 

Yang Ikan Kerapu Bara sebelum ni, belum lagi di usik, Suami kata nanti cuba masak Asam Pedas, tapi sedap kerr kerapu masak asam pedas? Jarang Sis masak oii.. biasa kerapu ni masak Tiga Rasa atau Stim Thai or Nyonya jerr.. ermmm takpelah nanti kita cuba.. 

So lepas ni, kalau Suami bawak lagi besar ikan, don't worry, aku dah pakar memotong ikan besar hahahahaha.. jangan di bawa balik Ikan Duyung je, Sis penggal terus leher ikan Duyung tu hahahaha..


P/S: Makan ikan selalu baguskan? Tapi boleh kecacingannn oiii hahahahaha.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4477

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Pokemon para colorear


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tropa Quotes


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Sapos para colorear


Smile Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE