BELI PETAI BANYAK SANGAT, AKU BUAT PETAI JERUK | KORANG suka makan petai? Kalau dalam family Sis ni yang makan Sis, Suami dan juga Yana, Kakaknya dan anak bujang memang tak makan, jangan kata makan, bau pun dah pening hahahaha.. Tapi bukan kata petai je Sis makan, jering (jengkol), kerdas, tempoyak juga cencaluk pun Sis makan.. Maklumlah 'orang kampung'..
Tapi rasanya 'orang bandar' pun ada yang suka makan semua tu kan, pembuka selera oiii, kalau dapat depan mata memang makan nasi tak kira pinggan oii, seram i hahahaha..
Petai ni Sis beli jauh nunn dengan Kak Laila, founder Masak Apa Tak Jadi Hari Ini (MATJHI), sejak dia berpindah ke kampung, kalau nengok di facebook dia, bestnya laaaa suasana kampungnya, cuma Sis tak berapa pasti di mana kampungnya sebenar, tak silap terbaca Gerik ke apa entah, tapi memang best oiii.. siap ada sungai dan gunung ganang belakang uma.
Tau-tau bila Kak Laila tunjuk gambar petainya yang matanya bolat gilerrr, apalagi, dua kali termiss nak order, then sekali lagi Kak Laila open order, cecepat Sis wahtsapp Kak Laila, alhamdulilah dapat juga. Sis beli RM30, tapi bila sampai rasanya Kak Laila beri lebih ni, kemain banyak.
Dan bila dah beli banyak sangat, aku buat Petai Jeruk je laaaa...
Eh, jap, Petai Jeruk ke, Jeruk Petai ek? Hahahaha...
Resepi Petai Jeruk
Petai
Garam kasar
Air Suam
Asam keping
Cili padi
Cara-cara Membuatnya :
Kupas petai atau boleh je rebus terus dengan tangkainya dalam periuk.
Rebus petai dalam sepuluh hingga lima belas minit
Kemudian, tutup api dan biar sejuk
Kopek dan ambil isi petai
Basuh serta toskan sekejap
Selepas itu, bancuh garam kasar dalam satu sudu besar dengan air suam
Masukkan dalam bekas plastik atau balang kaca
Masukkan isi petai tadi
Masukkan asam keping dan cili padi
Perap selama tiga hari
Korang ada jawaban untuk soalan Sis tu?.. sebab Sis makan, Sis kopek lagi petainya.. ada orang kata, terus makan aje sebiji gitu.. gulp...
Tapi Sis tau, petai pokok Kak Laila ni memang elok, ada gak yang Sis kupas tengok isi dalam, kemain cantik, takde ulat dan hitam dalamnya.. bolehlah rasa konpiden gak kalau nak makan terus sebiji gitu, kalau tidakkk.. dah macam Zombie laaa Sis ko makan petai dalamnya ulat hahahahah.. eeee..
Dapat 4 bekas, beri kat sahabat terdekat, alhamdulilah berbagi rezeki sesama.. Orang yang paling happy sekali nampak petai, sapa lagi kalau bukan Suami Sis, dia makan macam makan kacang hahahahaha
P/S: Malam tadi mimpi panjat pokok tinggi giler, pastu jerit tak boleh turun, terkejut Suami tidur hahahahahaa LOL...