Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4491

DISKAUN SAMAN JPJ 70% SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2021

$
0
0
DISKAUN SAMAN JPJ 70% SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2021 | CAKAP aje bab saman ni, memang semua orang ngeri oii, entah ada ke tidak. Lagi kalau yang memang keluar gunakan highway tu, kadang bila menekan pedak minyak tu, tak hingat dunia kan, sapo le tuuu hahahahaha.. 

Sis ni pantang pegang stering oii, dapat stering, masuk highway, memang tak toleh dah kiri ke kanan ke batang kamera tu tepi jalan tu, padahal signboard kemain beso kann kasi peringatan, punn ehhhhh terbabas gak melebihi had laju hahahaha..

Kalau dengan Suami, memang dia pesan sebelum dia tidur sebelah, katanya; 'Jangan laju-laju, saman bayo sendiri' kekekek..tapi bila dia lelap je apalagi, pecutt vrooommmmm.. tau-tau Suami sedar katanya; 'Oii kejapnya dan Seremban' hahahahaa.. gitulah selalunya...

Entah kena tangkap gambo ke tak ke, tak tau.. kalau drive malam ye laa nampak flash kamera tu, kalau siang, memang tak toleh hahahaha.. sabo je kann.. so nak pastikan korang tu ada saman ke tak, atau memang tau ada saman yang banyak tertunggak, haaa korang bolehlah bayar sekarang. 

Sebabnya sekarang ada diskaun saman JPJ 70% sempena bulan kemerdekaan 2021. Details semua ada di bawah ni okay.. 

Diskaun Saman JPJ 70% Sempena Bulan Kemerdekaan 2021

Diskaun Saman JPJ 70% Sempena Bulan Kemerdekaan 2021

Diskaun Saman JPJ 70% Sempena Bulan Kemerdekaan 2021

Bersempena dengan bulan kemerdekaan Malaysia 2021, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuatkuasa semasa tawaran tersebut kecuali kes dalam sebutan mahkamah.

Tempoh Tawaran Diskaun Saman JPJ 70% (2021)

Tawaran pengurangan saman ini berkuatkuasa bermula 18 Ogos hingga 16 September 2021.

Urusan pembayaran notis saman ini boleh dibuat di semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC), kiosk. 

Atau secara atas talian melalui portal mySIKAP JPJ https://public.jpj.gov.my/
Atau korang boleh cuba check dan bayar saman di https://www.myeg.com.my/

Info lanjut layari facebook Page Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Selamat membayar saman korang.. 


P/S: Bab saman ni Suami urus.. Sis jarang amik tau hehehehe.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4491

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes