SUSU PISANG FARM FRESH BOLEH TAHAN SEDAP JUGA! | SIAPA sini dah mencubanya? Sedapkan? Sis suka rasanya, tidak berapa manis dan rasa betul pisang dia. Kombinasi susu bersama pisang dan juga gula merah, sangat sesuai dengan tekak 'orang tua' ni hahahaha..
Anak Sis lerr kata kelmarin masa Sis minum susu pisang ni, Sis kata, 'Eh, sedaplah, tak manis sangat, rasa susu rasa pisang'.. boleh si anak bujang kata, 'Tekak orang tua betul Mak ni laa' hahahaha sengal betul ko Amat.. abis tekak orang muda rasa apa haaa??...
Kalau sebelum ni Sis berkali-kali membeli dan mencuba susu pisang Nilofatu, so kali ni bila dengar aje Farm Fresh keluarkan susu pisang jenama mereka, terus Sis order dengan kawan Sis,Suzie dan sekali 4 botol Sis order, tapi masuk pre-order dulu, sebab susunya laku keras hahahaha..
Biasanya laaa, setiap bulan atau selang bulan, peti ais rumah Sis ni, mesti kena penuh dengan susu. Sejak PKP dan semua ada di rumah, lebih-lebih anak bujang tu, so memang kena ada susu dalam peti ais, tak kisahlah susu apa atau minuman apa, yang penting kena ada.
Dan kebiasaannya, Suami akan beli susu Farm Fresh aje, kalau tak Suami beli, Sis beli.. gitulah.. dan kebetulan kawan Sis,Suzie up dekat status wahtsapp dia, so terus aje Sis mesej dia dan order. Nasib baik juga dia ada delivery, so terus sampai depan rumah..
So, bila dapat rasa susu pisang Farm Fresh ni, okaylah rasa dia, sebab rasa pisang tu lebih terasa berbanding susu. Masih ada rasa susu tapi tidak terlalu manis macam susu pisang Nilofa, Nilofa punya afak manis bagi tekak Sis, dan dia ada rasa sedikit vanilla.. tapi susu pisang Farm Fresh ni, kurang manis dan betul rasa susu..
Tak sangka, susu pisang Farm Fresh boleh tahan sedap juga... Jap jap... ini pengakuan jujur Sis sendiri okay.. korang yang belum cuba, ko cubalah dulu baru nak komen.. tekak memasing, lain-lain...
Kan dah kata rumah Sis ni kena ada susu atau minuman berkahsiat lee gituh hahaha.. padahal manis aje ekkk... so kalau beli berkotak, berdozen, memang kena 'jerit' memasing.. sehari sekotak, kalau kena Mak dia lepas pandang sikit, ehhhh tau-tau susut ajeee semua..
Lagi si anak bujang tu, pantang nampak... selagi tak habis, selagi tu laaa duk bedukkk siang malam.. kadang malas nak bebel, tapi kalau dah melampau.. berbulan Sis tak beli, hahahahah.. tapi ehhh Ayahnya pulak pi beli... ermmmmm...
Korang kalau nak dapatkan susu pisang atau Bana Milk Farm Fresh ni, boleh contact Suzie www.wasap.my/+60137766580/FFBananaMilk delivery sekitar Pasir Gudang & Johor Bahru.
P/S: Bila nak keluar susu Honeydew ekkk?..