Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

GARA-GARA TENGOK ATLET OLIMPIK, AKU BELI FACEMASK KN95 NI

$
0
0
GARA-GARA TENGOK ATLET OLIMPIK, AKU BELI FACEMASK KN95 NI | IKUTKAN dah melambak facemask kat rumah ni, satu kotak simpanan khas facemask tu penuh dengan facemask dari pelbagai jenis dan warna, tapi ehhh tetap juga nak beli lagi. Ni semua gara-gara tengok atlet olimpik aku beli facemask KN95 ni hahahaha.. 

Kadang tu memang suka belek dan tengok dalam Shopee, macam-macam jenis, corak dan warna ada, makin lama makin cantik facemask. Cuma tu lerr, ikutkan beli ikut keperluan aje kan, tapi sekarang facemask ni kalau beli tak rugi mana pun, memang kita wajib kena pakai pergi mana-mana. Tapi masaalahnya, sekarang ni nak pergi memana pun takde, so nak pakai bilanya? Hahahaha.. 

Tapi jujurnya laaa, kalaulah negara kita Malaysia ni kes Covid19 ni dah beransur baik dan pulih , insyaAllah Sis tetap nak pakai facemask, sebab fobia nak berdepan dengan orang ramai, masih dalam keadaan berjaga-jaga. Ye laa viruskan, kita mana nak nampak. Dah rasa macam, sana sini ada virus oii.. 

Dulu sebelum Covid19 ni pun, waktu Sis pergi Korea, rakyat mereka memang sentiasa pakai facemask, kadang duk tenung gak facemask dia, lain dari lain, dan bila dah kena macam ni, mereka dah biasa dah. Macam kita ni tak biasa, tu yang kadang pakai sekejap, dah semput hahahaha.. 

Gara-Gara Tengok Atlet Olimpik, Aku Beli Facemask KN95 Ni

Gara-Gara Tengok Atlet Olimpik, Aku Beli Facemask KN95 Ni

Kalau sebelum ni Sis beli jenis KF94 3ply 3D Protection Filter Mask, so selepas nengok majlis perasmian pembukaan sukan Olimpik baru-baru ni, dan bila nengok atlet Malaysia dan lelain tu pakai facemask KN95 4ply ni, terus Sis belek Shopee dan membelinya. 

Kalau pakai KF94 tu je dah rasa semput, bila pakai KF95 ni waduh... lagi rasa double tercungap oii.. sama macam pakai double facemask gak rasanya. Cuma dia agak selesa sebab ada ruang jarak antara hidung dan mulut tu dengan facemask kita, sebab ada muncung tu laaa..tak reti nak tulis macam mana hahaha.. 

KF94 tu pun dah okay sebenarnya, tebal dan selesa juga, tapi sebab nak double protection lagi, so beli plak jenis KF95 ni. Lebih tebal, lebih protect dan lebih selesa. Suami pun Sis beri dia guna yang ini. Sis dah pakai dah, cuma haritu masa pakai, banyak urusan, so sampai terlupa nak selpie bagai hahahaha.. 

Nanti laa Sis posing masa pergi cucuk vaksin dos 2 hehehehe.. 
Baju vaksin i pun dah sampai, hahaha tiberrrrrrr... 

Gara-Gara Tengok Atlet Olimpik, Aku Beli Facemask KN95 Ni

Gara-Gara Tengok Atlet Olimpik, Aku Beli Facemask KN95 Ni

Bezanya topeng muka jenis KN95 4ply boleh menapis virus pada kadar 95 peratus, bakteria (100 peratus), debu (100 peratus) dan debunga (100 peratus).

Fungsi facemask 3ply sama seperti KN95, iaitu boleh menapis virus pada kadar 95 peratus, tapi hanya menapis bakteria pada kadar 80 peratus, debu (80 peratus) dan debunga (80 peratus). So ikutlah korang nak lebih protect pilih yang mana. Cuma harga KN95 lebih mahal sedikit jika di jual di pasaran luar. 

Dan kebetulan orang kata rezeki kan, duk belek Shopee tu, sekali ada sale 99% off ko, so Sis dapat beli facemask KN95 ni dengan harga hanya 98sen sahaja hahahaha.. Tu yang Sis borong banyak sampai 30pcs. Geram punya pasal hahahaha.. puashati.. 

Bagi korang yang nak membelinya, cari aje laa di Shopee, ada yang murah dan ada yang mahal, tak kisahlah, janji pakai facemask ketika berada di luar okay. SOP jaga, jangan jadi 'beruk' di tepi jalan tu huhuhuhu.. nyampah kita 👿


P/S: Kita usaha, kita patuh, kita elak, tapi sampai bila nak macam ni?????.. cer jawab???... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456