Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4471

HAPPY BIRTHDAY TO MY BLOG!

$
0
0
HAPPY BIRTHDAY TO MY BLOG! | ALHAMDULILAH, harini dah masuk 1 Ogos 2021, ini bermakna bulan ini adalah bulan hari kelahirannya blog Sis yang ke 12 tahun sejak 2008 kemunculannya di alam maya ni. Dulu nama blog Sis adalah linmdnoor.blogspot.com, kemudian pada tahun (lupa dah), Sis bertukar dan beli domain dan Sis eri nama baru sislin76.com, sehinggalah kini. 

Kenapa tukar nama blog? Sebab nak orang lebih mengenali blog Sis dengan nama Sis Lin. Cuma entah kenapa entah, terletak pulak 76 di belakangnya (tahun kelahiran Sis) hehehe.. tapi seingat Sis tak silap, memang terpaksa letak, sebab nama domain sislin.com sudah ada yang empunya, so kenalah guna sislin76.com. 

Seingat Sis laa, masa mula Sis create blog, ada dua kali Sis delete. Dah buat cecantik then Sis delete, sebabnya... Sis pening kepala, serabut tengok blog sendiri masa tu.. lepas tu Sis 'create' balik blog baru, Sis mulalah kenal sorang-sorang blogger dan belajar 'design' dengan blogger bernama DhirFara, haaa selepas tu laaa, Sis gigih buat balik blog, dan cantikkan blog ikut kreativiti Sis. Lelama tu pandai, puashati... dan terus Sis menulis sampailah sekarang hehehehe.. 

Happy Birthday To My Blog!

Macam-macam dugaan dan pengalaman pahit dan manis sepanjang Sis menjadi penulis blog ni. Yang paling tak lupakan, kengkawan yang sekarang Sis kenal, semuanya dari alam maya yakni dari blog ni.. termasuklah blogger masakan tersohor Mat Gebu tu dan juga blogger Retna. Mereka berdua ni paling lama gilerr Sis kenal (2008) dari alam maya hinggalah dah berlaga pipi hehehehe.. 

Merekalah yang Sis kenal dulu yang di katakan blogger paling lama 'otai' ketika tu, banyaklah yang Mat Gebu kongsikan tips dan juga beri kata semangat untuk terus menulis ni. dan Retna pulak dah macam family Sis dah, ulang alik dari KL- JB kami berjumpa dan travel sesama... tapi sayang... ramai juga blogger yang ketika dulu Sis kenal, now dah 'pencen' dari menulis blog. Nak sebut satu-satu pun ramai sangat.. 

Tapi tak bermakna tak aktif atau takde blog, kita tak berkawan.. berkawan tu banyak cabang.. janji pandai jaga persahabatan tu, insyaAllah kekal laaa lama..

Ye laa sejak dah ada facebook, dah ada instagram, jadi lebih mudah nak menulis dan upload gambar. Sis dulu buat facebook pun, Retna yang suruh hahahaha. Macam blog ni, kalau nak menulis, banyak kerjanya, nak editnya, nak tengok codingnya, huiiii kalau takde kesabaran, mau 'pencen' gak Sis ko ni hahahahaha...

Tapi sebab minat... so hingga ke harini laaa Sis masih menulis dan masih lagi setia dengan blog Sis. Lagi sekarang ni, sejak blog dah jadi 'tambah' sumber pendapatan, makin menjadi-jadi Sis update hehehehe.. sampaikan sekarang dah jarang sangat bukak facebook dan instagram.. 

Since 2008 - 2021 

Terima kasih buat semua pembaca blog Sis sejak dulu lagi.. apa yang Sis kongsikan hanya sebagai perkongsian bersama aja.. mana yang tersilap, terasa hati dan terasa pedas makan cili tu, 'nasiblah ya', inilah tempat luahan Sis.. jari ni menulis ikut sukahati, so sukahati Sis le nak tulis apa. 

InsyaAllah selagi ada minat ni, selagi panjang umur, selagi ada elektrik dan wiFi, Sis akan terus menulis dan menulis.. banyak sebenarnya nak di kongsikan, tapi ONE DAY ... hari itu pasti akan datang... 

Happy Birthday to My Blog ❤


P/S: Eh, jap, blog korang masih lagi ada masaalah reading list ni? 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4471