Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4490
โ†ง

10 JENIS MENU MAKAN MALAM AKU HANYA RM68 SAHAJA!

$
0
0
10 JENIS MENU MAKAN MALAM AKU HANYA RM68 SAHAJA! | MESTI korang teruja, terkejut dan tertanya-tanya, kok murah yaย 10 jenis menu hanya RM68 sahaja?.. Yaa betul, Asian Barbecue set dari menuย ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—ง๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ ini hanya RM68 sahaja. Dan semestinya laa dari hotel lima bintang tak lain tak bukan Renaissance Johor Bahru Hotel yang kali keduanya Sis mengordernya..ย 

Kalau dah sampai kali kedua ko order, so ko faham-faham aje laa kan, mestilah puashati, sedap dan berbaloi di makan bersama family. Kalau sebelum ni Sis amik set Asian Hawker Food untuk makan tengahari, so ini kali Sis order pulak Asian Barbecue untuk makan malam Sis sekeluarga.ย 

Untuk set ini, dia ala masakan Thai gitu laa, sebab ada Kerabu Mangga tu, tapi di selitkan pulak dengan gaya ala melayu dengan menu Ayam Percik tu haaa.. memang betul ngam lerr kalau di makan sekali.ย 

Banyak okay, kalau untuk dua orang makan ni cukup berbaloi, sebab ada certain menunya di beri dua bekas, ye laa kata makan dua orang kan, tapi kalau ikut muatan perut kami anak beranak, cukup sangat di makan untuk empat (4) orang, sangat cukup.. sebab tu Sis kata berbaloi benor...ย 

Thai Mango Salad

Percik Barbecue Chicken

Thai Mango Salad
Percik Barbecue Chicken

Haa inilah dua menu yang Sis kata tadi, satu ala Thai, satu lagi ala Melayu gitu...tapi jujur cakap, Thai Mango Salad dia sedap, anak Sis,Yana pun sukakannya.. cuma si bujang tak berapa suka, sebab rasa masam hahahaha.. tapi Percik Barbecue Chicken tu haaa anak bujang bedal seketul dia sorang je okay.. sedap katanya..ย 

Sambal Squild

Sweet Chili Prawn

Sambal Squild
Sweet Chili Prawnย 

Untuk yang suka pedas tapi tahap pedas 'ado-ado' jer, haa korang boleh makan dua menu ni. sebab ianya tidak begitu pedas dan tidak terlalu kepedasan, alaa acaner nak cakap ek, rasa pedas-pedas manis macamtu laaa.. Saiz sotong dan udangnya memang besar, saiz XL ko, boleh share berdua, jangan gado-gado okay.. hahahaha..

Lemongrass Corn Rice

Malay-Styled Spiced Clear Chicken Soup

Lemongrass Corn Rice
Malay-Styled Spiced Clear Chicken Soup

Untuk dua menu ni kira pembuka selera dan menu kenyang laa. Senang kata melayu kata itu Nasi Serai laa.. haa gitulah, rasanya ada memang rasa serai dan nasinya lembut, tidak kering.. kalau kering ko curahlah sup ayam tu yaa ke dalam nasi hahahaha.. Supnya ada sedikit pedas-pedas, sama juga masa mula set pertama Sis makan, rasa lada putihnya tu kuat beno, tu yang menyebabkan pedas di bibir..ย  tapi okaylah, banyak isi dalam supnya..ย 

10 Jenis Menu Makan Malam Aku Hanya RM68 Sahaja!

Spicy Peppery Beef

Spicy Peppery Beef
Sauteed Sausages
Baked Cheese Corn on the Cob with Vege

Kalau ko tu tekak western sangat kan, nak makan nasi pun nak juga makan western, haaa don't worry, set ni siap sekali dengan menu western haaaa.. berbaloi tak? Order satu set, tapi dapat menu antarabangsa gitu hahahaha.. Sis memang puji laa keenakkannya Spicy Peppery Beef tu, dagingnya lembut dan sangat juicy. Nampak je kering, tapi kalau ko gigit, ermmmm .... Dan lelain tu, siaplah dalam set tu sekali, cuma Sis dah tuang ke dalam pinggan semua, senang nak makan kan..ย 

Bubur Cha-Cha

10 Jenis Menu Makan Malam Aku Hanya RM68 Sahaja!

Bubur Cha-Cha

Dan sebagai pemanis mulut, mestilah ada kannn, untuk set Asian Barbecue ni mereka beri Bubur Cha-Cha dua bekas untuk dua orang.. pekat, terasa beno buburnya, tak lokek isi kata Yana.. so far memang menu masakan dari Cafe BLD Renaisaance Johor Bahru Hotel ni tak pernah laaa mengecewakan..ย 

Dan untuk gambar bekas-bekas tu, haaa itulah antara dalam sepuluh menu tu, ada yang di sediakan dua bekas setiap satu menu. so korang tak payah berebut makan, di jamin cukup dan terlebih makan kalau makan berdua ni..ย 

10 Jenis Menu Makan Malam Aku Hanya RM68 Sahaja!

Untuk tempahan, korang boleh order delivery, takeaway atau melalui online Grab. Bermula dari jamย 11am hingga 8pm. Setiap hari buka untuk tempahan. Caj penghantaran juga bergantunglah pada jarak kawasan korang.ย 

Asian Temptation Set ni ada 4 pilihan set, ikutlah selera korang nak yang mana, harga dan menu pun berbeza. So far Sis makan dua set ni memang sedap semuanya. Jangan tak percaya, 10 jenis menu makan malam aku hanya RM68 sahaja okay!! hehehehe..ย 

Korang boleh tengok full menunya di sini -> bit.ly/RenJBTakeaway .ย 

Order Online : bit.ly/CafeBLDTakeaway


Ada rezeki nak cuba lagi dua set mereka tu, nampak pun sedap juga..ย 


P/S: Rindu betul nak makan buffet hotel kan... ermmm, lambat lagi lee gayanya ni ekkk...ย 
โ†ง

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4490

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes โ€“ Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes