Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

KIBAR BENDERA MERAH UNTUK BANTU HAIWAN PELIHARAAN

$
0
0
KIBAR BENDERA MERAH UNTUK BANTU HAIWAN PELIHARAAN | Sekali lagi Sis pun tak tau sejak bila kempen kibar bendera merah untuk batu haiwan peliharaan ni di mulakan, tapi yang pasti ianya satu kempen yang memang perlu kita amik tau. 

Yaa bukan kita manusia yang memerlukan makan, tapi jika kita sendiri 'tuan' kepada kucing peliharaan kita pun, nak makan pun 'ikat perut', apatah lagi jika kita ada haiwan peliharaan. Kena juga beli makanan untuknya dan mana pulak nak dapat bantuan kewangan jika kita sendiri pun susah. 

Maka jika korang ada haiwan peliharaan dan kurang berkemampuan dan inginkan bantuan makanan, kibarkan bendera merah di rumah korang untuk meminta bantuan makanan haiwan peliharaan atau jika kucing korang sakit untuk di bawa ke klinik. 

Tapi bukan hanya tumpu pada kucing sahaja, tetapi anjing juga.. Kalau ayam? lembu? burung? Ermmmm eh entah laaa, janji haiwan, boleh je kot.. tapi ada ke orang bela lembu dalam bando ni oiii... kalau diperkampungan yee laa.. tapi lembu boleh bagi makan rumput ya.. sekian.. 

Kibar Bendera Merah Untuk Bantu Haiwan Peliharaan

Terkini, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) komited membela nasib haiwan dengan melancarkan Kempen Kibar Bendera Merah. Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika berkata, inisiatif itu bertujuan membantu pemilik yang terkesan akibat pandemik Covid-19 mendapatkan bantuan untuk haiwan peliharaan mereka.

Menurutnya, langkah itu juga diambil kerana berlakunya peningkatan kes pembuangan kucing dan anjing peliharaan ke jalanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pembuangan haiwan berlaku kerana pemilik tidak mampu untuk terus memelihara kucing dan anjing peliharaan mereka kesan faktor ekonomi.

Akibatnya banyak kucing dan anjing terpaksa dihumban ke jalanan sedangkan haiwan itu sudah lama dipelihara, malah menjadi sebahagian keluarga mereka. Akhirnya kucing dan anjing yang dibuang ke jalanan mengalami kecederaan, trauma, penyakit berjangkit dan mati kerana tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling. 

Amat menyedihkan apabila ‘muka baharu’ di jalanan berada dalam keadaan takut dan kekok menyesuaikan diri dengan risiko ancaman kebuluran, serangan dan pergaduhan selain tidak mengerti untuk bermandiri mencari makan dan akhirnya mengalami kecederaan, penyakit malah kematian

Sikap ambil peduli dengan bertanya khabar keperluan bekalan makanan untuk kucing dan anjing jiran secara tidak langsung akan membantu individu terbabit menghadapi tekanan ekonomi dalam tempoh pandemik Covid-19.

Keprihatinan masyarakat sekeliling sebenarnya membantu mengatasi masalah pembuangan kucing dan anjing di jalanan sekali gus mengekang masalah kezaliman haiwan akibat tekanan perasaan pemilik yang terpaksa memikirkan keperluan hidup untuk kucing dan anjing peliharaan mereka.

Orang ramai diseru agar bersama-sama menyertai kempen kibarkan bendera merah demi kelangsungan hidup haiwan peliharaan dan bersama-sama kita menyelamatkan banyak nyawa daripada terseksa dan mengekalkan sifat kasih sayang dalam kalangan masyarakat.

Jom, Kibar Bendera Merah Untuk Bantu Haiwan Peliharaan korang ... 


P/S: Sis ada dua ekor kucing dewasa, dan dua ekor kucing kanak-kanak.. ermm so far alhamdulilah, rezeki mereka, makan Royal Canin.. so bersyukurlah ko wahai kucing-kucingan aku.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422