SELAMAT PAGI KHAMIS 1 JULAI 2021 | Pagi ni agak lewat duduk bukak 'opis' ni haa.. dari semalam perut agak tak sihat, nak kata 'diarhea' tapi tidaklah juga, tapi memulas macam haperr.. tu pun hanya pada jam 4am macamtu laa bangun 'membuang'.. lepas tu elok dah tidur.. cuma pagi ni agak rasa tak selesa aje perutnya..
Entah apa salah makan semalam, tapi semalam anak Sis yang masak. Mungkin juga sebab Sambal Ayam tu pedas sangat.. atau sambal kicap makan cecah dengan Tauhu Inti tu.. entah laaa..
Yaa semalam Yana masak, dia masak dua jenis menu aja, Sambal Ayam dan Tauhu Inti, tapi sambal kicap tu memang ada stok dalam peti ais.. Sis aje yang makan cecah, ikutkan Tauhu Inti tu dah sedap makan macamtu jer..
Mana yang ekonominya terkesan lagi, sana sini semua dalam keadaan terdesak dan mendesak.. yang masih boleh bertahan, alhamdulilah.. tapi ramai aje yang kita tak tau mereka dalam kesusahan tapi mereka malu nak minta pertolongan atau mereka tidak mahu menyusahkan semua orang..
Dalam keadaan sekarang ni kita kena pandang-pandang, amik tau dan biarlah di katakan 'kepoh' sekalipun, janji apabila kita jadi amik tahu hal orang, kita tau mereka perlukan pertolongan semua orang. Bukan sekadar duit atau bekalan makanan, tapi sokongan moral kepada mereka.
Time gini memang semua stress, struggle nak teruskan kehidupan, ujian dan dugaan semua orang tak sama, jadi kita kena bijak berkata-kata. Jangan nanti dalam nak beri nasihat dan kata-kata sokongan kepada mereka, kita tak sensitif, so ada yang berkecil hati dan 'sakit hati'.. sebab kita tak duduk di tempat mereka, so berjaga-jaga..
Moga dengan kedatangan Julai ini, hari-hari mendatang jadi lebih dipermudahkan dan lebih memberi berita gembira buat kita semua. Dan Allah tarik semua sikit demi sedikit kesusahan kita dan gantikan dengan rezeki yang berlipat ganda..
Kita doakan moga semuanya akan cepat berakhir dan kita boleh jalani kehidupan kita seperti dulu juga.. rindu nak travel, rindu nak duduk makan luar, rindu nak jumpa keluarga dan kengkawan, pergi jalan sana sini, pergi event dan berkunjung rumah saudara-mara semua.. rindunyaaa kannn...
Kepada semua warga 'kayangan', berpada-padalah... jangan pentingkan diri sendiri, sama-samalah kita patuhi SOP dan duduk rumah dalam waktu kritikal ni..janganlah amik kesempatan 'sambil menyelam minum air', sibuk pi makan durian dalam dusun, sedangkan yang kami semua nak beli durian sekilo pun fikir dua tiga kali.. huhuhu sedihlah dengan merrka ni..
So pagi ni tadi Sis sarapan Mushroom Soup aje, bikin seperiuk makan dengan roti gardenia...sedap ko... godak pulak kopi 'in Love' dari arissto, nikmatnyaa sarapan pagi Khamis harini.. moga perut ni eloklah sekejap lagi.. adeiiii..
Sambil dalam kepala fikir nak masak apa harini.. cadangnya nak masak Daging Masak Kurma aje, letak kentang dan karot kan.. sedap juga.. Okay dah, nanti sambung lagi ya..
Selamat Pagi Khamis 1 JULAI 2021 ❤
P/S: Pagi ni jiran perjiranan Sis ada kematian.. Moga dipermudahkan semua urusannya.. Al-Fatihah..