Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

TIAP MALAM TIDUR DENGAN DIFFUSER LEBIH MENENANGKAN

$
0
0
TIAP MALAM TIDUR DENGAN DIFFUSER LEBIH MENENANGKAN | Siapa yang tau kebaikan dan manfaatnya guna diffuser ni, mereka tau laa, jika yang kurang faham dan tidak pernah tau dan membaca, mereka akan ingat diffuser ini biasa-biasa aje, sama dengan Sis juga dulu.. 

Tak kisah laa diffuser BRAND apa sekalipun, yang penting pastikan ianya bermanfaat. Dan pilihan Sis buat masa ni Young Living ajerr.. lama duk perhati kengkawan pakai, tapi diamkan aje. Harga satu dah mahal, satu lagi nak ON sepanjang malam takut bil elektrik pulak naik, tapi bila banyakkan research dan baca testimoni pengguna, akhirnya diri sendiri ingin mencubanya..

Dan sekarang, hampir setiap malam, sebelum tidur mesti nak ON diffuser ni dan letak Essential Oils yang membuatkan diri kita selesa dan nyenyak tidur sepanjang malam. 

Korang tau tak, terdapat banyak kebaikan menggunakan aromaterapi dalam kehidupan harian? Terdapat banyak cara untuk menggunakan minyak pati ni, antaranya ialah secara topikal (sapu pada badan), dimakan, atau melalui diffuser (peresap).

Tiap Malam Sebelum Tidur Aku Mesti On Diffuser
My Name is OwLin 

Bagi penggunaan diffuser, ramai orang menggunakannya untuk menyingkir bau busuk bahkan menghalau serangga seperti nyamuk. Tapi sebenarnya terdapat beberapa kebaikan lain yang ramai orang tidak tau. Contohnya pengalaman Sis sebagai pengguna diffuser ni, ianya membuatkan Sis tidur lena dan mudah tertidur. 

Kebiasaannya tiap malam Sis akan guna diffuser bersama Essential Oils pilihan Sis. Sudah semestinya Lavender dan Peppermint. Sampai dah nak hampir habis dah dua minyak tu.. guna jimat-jimat hehehe, dan terkadang bertukar-tukar laaa juga dengan Essential Oils lain tiap malam.. tapi paling kerap dua tu laa Lavender dan Peppermint. 


Tiap Malam Sebelum Tidur Aku Mesti On Diffuser

Lavender untuk rutin waktu malam korang
Nak tidur ni kena ikut mood dan kawal emosi, baru tenang aje. Dan mereka yang rasa bahagia akan berada dalam mood yang paling baik dengan rehat yang mencukupi. Sebab itulah Lavender adalah satu kepentingan bagi mana-mana pakar kebahagian. Aromanya yang menenangkan menjadikannya satu elemen utama pada meja sisi katil, bekas perhiasan dan di mana sahaja yang mudah untuk dicapai sebelum tidur.

Korang juga boleh sapukan aroma klasik yang menenangkan ini pada dada, pelipis dan tapak kaki bagi membantu korang beralih daripada seharian yang sibuk ke malam yang mendamaikan.

Peppermint untuk minda yang cergas
Kalau korang seharian melakukan kerja yang aktif pasti suka menggunakannya. Sama ada di gym, ketika di studio yoga, bermain sukan kegemaran atau berkejar-kejaran dengan anak-anak di siang hari, aktiviti fizikal sebegini boleh membantu tubuh dan minda korang menjadi cergas. Setelah penat, guna atau sapu Peppermint ni pasti menyegarkan.

Lebih-lebih lagi, kesan dingin Peppermint merupakan pelengkap yang sempurna ketika bersenam, terutamanya apabila korang urutkannya pada otot leher, bahu dan kaki. Memang sangat membantu khusus bagi surirumah macam Sis ni haaa.. 

Tiap Malam Sebelum Tidur Aku Mesti On Diffuser

Diffuser minyak pati juga adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan tekanan dan kegelisahan. Minyak pati mempunyai kesan langsung pada bahagian otak yang mengawal kegelisahan dan tekanan, dan pendedahan terhadap minyak pati ni boleh mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah yang membolehkan seseorang bertenang.

Menurut sebuah kajian tahun 2017 oleh Northumbria University, pelajar yang berada dalam bilik dengan diffuser minyak pati memperoleh hasil 5% hingga 7% lebih baik bagi ujian memori berbanding dengan pelajar yang tidak terdedah dengan aroma minyak pati.

Selain membersihkan udara dalam bilik, diffuser juga boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan pernafasan. Diffuser dengan minyak pati jenis antibakteria, antispasmodik, dan ekspektoran berfungsi mengurangkan, menyembuhkan dan melindungi korang daripada masalah pernafasan.

Terdapat banyak diffuser minyak pati yang terapeutik bagi membolehkan korang tidur lagi nyenyak dengan bau-bauan bunga yang boleh merehatkan minda, sekaligus membuatkan korang lebih tenang dan menggalakkan rasa mengantuk. Terpulang pada citarasa dan emosi juga mood korang. 

Tapi biasanya yang Sis guna Lavender dan Peppermint tu aja, kadang Sis campur gak Lavender dengan Jade Lemon, kekadang dengan Peace & Calming It (walaupun baunya agak kuat, tapi menenangkan)..ikutlah mood sebelum tidur.. yang pasti lena... 

Sampai Suami pun dah pandai minta letak minyak apa yaa hehehehe... dia suka bau Peppermint dan Jade Lemon. Nafas segar katanya...

So korang ada yang guna juga ke?..
EO wislist : Stress Away & R.C 


P/S : Terima kasih pada Retna, dia yang banyak beri 'gift' minyak Essential Oils YL ni kat Sis. Bertambah koleksi.. Moga dimurahkan rezeki ko selalu Ret.. sangat bermanfaat buat aku..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.