Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

HILANG KEMBUNG PERUT SIS DENGAN GARLIC BALM ZM BEAUTY

$
0
0
HILANG KEMBUNG PERUT SIS DENGAN GARLIC BALM ZM BEAUTY | Korang pernah dengar ke Garlic Balm ni? Ye mungkin banyak garlic balm yang ada, tapi yang Sis nak share ni dari ZM Beauty. Sebaik buka aje penutup botol dia, uii mak uii, dia punya bau bawang putih dia, pure gilee, menangkap masuk ke lubang kecil hidung Sis, kembang kuncup je rasa hahahaha. Bukan Sis nak kata busuk ke wangi ke, tapi korang tau tak bau bawang putih tu macam mana? Bau dia semerbak, bila cium je bau dia, rasa lega, lagi pulak bila dah di jadikan pati minyak macam ni, mesti baunya lagi kuat. 

Kebetulan masa Sis ke Bukit Gambang Resort City (BRGC) baru-baru ni, Sis bawa sekali garlic balm ni, bukannya apa, untuk kot mana tau, boleh di jadikan kegunaan Sis nanti. Sebabnya Sis baca banyak faedah dan kegunaannya garlic balm ni. Tu yang Sis rasa nak berjalan jauh ke BGRC tu Sis bawak.
Alhamdulilah betul apa yang di sangka, kebetulan memang berguna betul garlic balm ni untuk Sis. 


Siang tu Sis ke Waterpark Bukit Gambang, sakan ko mandi manda kat sana, tenggelam timbul dalam air, sampai tak ingat darat hahaha. Cuaca pulak mendung-mendung berarak kelabu aja, untuk elakkan dari selsema ke batuk ke, Sis colek gak sedikit untuk cuba ke anak saudara tu, kebetulan dia baru bangun tido, sebelum dia terjun kolam, Sis suruh Emaknya sapu sedikit kat dada dan belakang badan untuk dia lebih rasa selesa. 
Alhamdulilah, berejam-rejam mandi dalam kolam, elok aje budaknya, tak batuk dan tidak selsema lepas mandi. Sebelum tidur pun Adik Sis minta sedikit nak sapu kat anaknya lagi.


Dan malamnya, selepas habis sakan mandi di Waterpark Bukit Gambang, malamnya tu perut Sis kena kembung, angin dan sebu perut. Memang tak selesa rasa. Dah minum air panas pun tak lega juga. Last baru teringat garlic balm ni, try cuba sapu kat perut dan pusat. Dalam tak sampai pun 1jam, Sis bawak baring sambil bukak IG dan FB, hilang rasa kembung perut Sis. Lega dia tu di sertai dengan kentut bunyi-bunyi, mesra-mesra aje bunyinya hahahahaha tapi serius laa memang lega sangat!.

Lepas ni memang kalau Sis kemana-mana, mesti bawaklah garlic balm ni, tak boleh tinggal. Senang, saiznya pun sedang-sedang aje, senang nak sumbat masuk bag aja. 
Bagi korang yang nak cuba dan dapatkannya, Sis kongsikan kat bawah ni ya. Sebelum tu, meh kita baca apa faedah dan kegunaannya Garlic Balm by ZM Beauty ni. 


Kegunaan Garlic Balm membantu:

Merawat batuk dan selsema
Menghilangkan kahak
Menghangatkan badan
Merawat kembung perut
Boleh dijadikan minyak bayi

Kelebihan Garlic Balm ZM Beauty:

#GarlicBalm ini adalah alternatif #GarlicOil untuk memudahkan mak-mak bantu redakan masalah selsema, kahak, batuk, masalah kembung perut anak-anak.
Tak berangin dan tak panas. Jadi InsyaAllah sesuai digunakan untuk anak semasa dalam pantang.
Sesuai untuk semua peringkat usia, daripada bayi hingga ke dewasa boleh menggunakannya.
100% homemade, tiada bahan terlarang atau bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam balm ni.
Tiada sebarang penggunaan essential oil dalam balm ini. Ia adalah 100% menggunakan bahan semulajadi iaitu bawang putih asli, minyak zaitun dan beeswax (lilin lebah).
Produk Muslim dan telah mendapat kelulusan KKM

Cara Guna Garlic Balm:

Sapukan di telapak kaki, belakang badan, dada (rusuk kiri dan kanan), tengkuk, ubun-ubun, bahagian sinus (dahi dan tepi kiri & kanan hidung).
Kalau kembung perut, sapu pada paerut dan pusat.

Dapatkannya di sini: 

Wahtsapp : Zuraini 01132484182







P/S: Sis walau dah dewasa tua, tapi memang rajin kena perut kembung, kadang Suami kata 'dah macam baby' hahahaha. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.