PERCUTIAN DI ARABIAN BAY RESORT@BUKIT GAMBANG RESORT CITY (BGRC) MENJANJIKAN KEPUASAN | Destinasi percutian untuk seisi keluarga. Menjanjikan suasana mendamaikan, pelbagai aktiviti turut disediakan untuk diterokai selain kemudahan-kemudahan demi keselesaan pengunjung.
Di Pahang, destinasi percutian yang ‘wajib’ dikunjungi terutama sempena musim cuti sekolah adalah Bukit Gambang Resort City (BGRC) yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Kuantan. Jika perjalanan dari Johor Bahru, melalui jalan Mersing-Endau-Rompin-Pekan, hanya mengambil masa kira-kira 4jam (ikut pemanduan masing-masing).
Dikelilingi rimba seluas 219 hektar, BGRC menawarkan percutian dan hiburan untuk keluarga yang tiada tandingannya. Dibuka pada Jun 2009, BGRC menawarkan beberapa tarikan pelancongan iaitu Taman Safari Bukit Gambang (TSBG), Taman Tema Air Bukit Gambang dan Active Academy.
Pada 8hb Ogos 2018, Sis bersama JDT Blogger bertolak ke BGRC dari Johor Bahru melalui jalan Mersing kira-kira jam 6am. Sis bersama 3orang teman, Sunah, Nona dan juga Fatin yang sama-sama dalam sebuah kereta menuju ke BGRC. Alhamdulilah perjalanan kami lancar. Hanya berhenti rehat sarapan di Bandar Mersing sekejap.
Kami sampai pada jam 11.30am lebih kurang begitu dan terus ke lobi untuk check in. Sahabat-sahabat JDT Blogger lain juga sudah sampai. Masing-masing semua sedang menunggu urusan di kaunter untuk check in. Di sebabkan kali ini kami adalah 'special guest', jadi kami di benarkan check in awal dari waktu yang sepatutnya (lihat pada gambar).
Sebaik sahaja selesai urusan check in, kami semua menuju ke bilik masing-masing. Di BGRC ni ada pelbagai resort (yang ni nanti Sis cerita kemudian). Untuk kali ini kami di tempatkan di Arabian Bay Resort. Betul-betul bersebelahan dengan lobi resort. Yang bawa kereta jangan risau, ada ruang parking kereta berdekatan dengan tempat resort. Keselamatan juga terjamin.
Sebaik sahaja masuk ke bilik kami, alhamdulilah, besar, luas dan selesa. Di Arabian Bay Resort yang Sis tinggal ni, terdapat 2 bilik, 2 bilik air (dalam bilik), 1 hall beserta balkoni, dan juga 1 ruang dry kitchen beserta juga peti ais dan pemanas air. Bilik air pun siap heater.
Bagi yang bawa family macam Sis ni, memang sangat selesa. Baik untuk ibu bapanya atau pun anaknya. Bilik tidur dan ruangnya luas, katil yang besar dan bersih. Satu bilik ada tingkap, satu bilik lagi tiada tingkap.
Kedua-dua bilik ada toilet beserta kelengkapan mandi semua dan juga heater.
Setiap bilik tersedia almari, meja solek beserta cermin, dan juga desktop tv. Ala Tv tu bagi Sis bukan keperluan pun, sebab sedang bercuti kan, mana ada masa nak tengok tv, balik je terus tido, kena pulak tilamnya empuk, aircondnya pulak sejuk, memang lena laa tidur hingga ke Subuh.
Ruang tamunya juga boleh di katakan luas dan selesa. Walaupun tiada tv di luar tapi selesa nak duduk dan berbual bersama keluarga. Balkoninya pun sesejuk mata memandang.
Ikut nasiblah, ada yang dapat menghadap pemandangan yang indah, kira beruntunglah. Sambil dapat cuci mata di waktu pagi dan petang, Bilik Sis balkoninya menghadap belakang, jadi takdelah pemandangan yang indah. Tapi tak tau juga kalau akan datang dah naik pulak pembangunan baru kan.

Ruang dapur keringnya pun sesuailah dengan keluasan sedia ada. Tidak nampak sempit dan selesa. Juga di sediakan peti aias dan pemanas air. Macam biasalah juga di sediakan teh, kopi dan juga air mineral.
Bagi Sis memang sangat selesa dan rasa lapang.
Makluman: TIADA strerika di sediakan disediakan di dalam bilik. Ruang menggosok di tingkat 3.
Juga TIADA hair dyer di sediakan di dalam bilik. Sebab Sis cari tak jumpa.
Sejadah juga sila bawa sendiri.
Jika bercuti di sini, korang jangan risau tentang makanan pagi, tengah hari dan lunch. Di sini semua ada dan tersedia. Arabian Coffee House, di sini korang boleh sarapan, makan tengah hari juga makan malam. terletak betul bersebelahan ruang lobi. Masa check in tu mesti korang perasan. Menu-menunya semua sedap-sedap.
Yang bestnya bagi pengemar kambing macam Sis ni, selama 3 hari 2 malam menginap di sini, mesti ada menu kambing. Masakannya aje berbeza. Tapi memang sedap!.
Antara menu pilihan makan tengah hari Sis pada hari pertama menginap di sini.
Lamb with Black Pepper. Kan Sis kata, selama 3 hari kami di hidangkan dengan menu kambing. Mana boleh lepaskan peluang, memang menu kegemaran Sis heheheh. Jadi memang menu ni lah Sis tuju dulu hehehe. Lain-lain ada juga masakan ikan, ayam, sayur dan juga sup. Serta ada ulam-ulaman dan beraneka sambal belacan, termasuk juga Budu dan cencaluk.
Untuk menu pencuci mulut, macam-macam jenis ada. Sis pun tak tau nak namakan apanya. Makan je semua sedap hahaha. Ada juga huah-buahan dan juga air minuman pelbagai.
Kalau yang tak nak makan nasi, ada juga tersedia roti bakar. Korang pilihlah, memang kenyang punya, jangan risau.
Dan untuk menudahan korang nak ke Taman Safari Bukit Gambang (TSBG), dan Taman Tema Air Bukit Gambang, korang jangan risau, ada Tram di sediakan. cuma yang Active Academy aje korang kena berjalan sikit ya, hehehe.
Takpe yang itu nanti Sis cerita update kemudian okay.
Untuk kemudahan lain, ada juga Surau selain kalau korang solat di bilik, ada karaoke, taman permainan ala 'fun fair' untuk kanak-kanak, kedai-kedai cenderamata, sewa basikal untuk pusing-pusing keliling, ATM pun ada, cafe kecil untuk korang lepak petang juga ada, dan juga swimming pool di luar Arabian Bay Resort selain Taman Tema Air Bukit Gambang. Dan rasanya ada lagi kemudahan lain yang Sis tak sebutkan.
Memang BGRC menjanjikan kepuasan kepada setiap percutian korang.
Sampai masa nak check out pun rasa tak nak balik huhuhuhu.
Sampai masa nak check out pun rasa tak nak balik huhuhuhu.
Untuk maklumat lanjut, pertanyaan dan tempahan anda bolehlah menghubungi talian
+609 548 8000/ 8111/ 8112/ 8113 atau fax ke +609 548 6666
atau menghantar email ke enquiry@bgrc.com.my
Facebook : BukitGambangResortCity
Instagram : BukitGambangResortCity
Website : www.bgrc.com.my
P/S: Dulu Sisdah pernah pergi dah BGRC, tapi jauh beza dulu dengan sekarang. Sekarang lagi HEBAT!!! Upgrade sudah! Syabas BGRC !!