HILANG MOOD AKU GARA-GARA SAKIT TENGKUK SALAH BANTAL | Dah masuk hampir 5 hari dah kesakitan tengkuk dan bahu yang Sis tanggung ni gara-gara tersalah bantal atau tersalah tidur ke, sampai hilang mood nak buat apa aje aktiviti, termasuk aktiviti makan huhuhu.. Yaaa nak makan pun jadi selera tu terbantut dek gara sakitnya dah naik ke kepala.
Tunduk sikit, pusing sikit, sakitnya menangkap di bahu juga di leher, kemudian akan naik sakitnya ke kepala.. paling Sis risau bila mula naik ke kepala.. bukan tak pernah kena salah bantal atau salah tidur ni, tapi kali ni sakitnya naik kepala, tu yang jadi risau, sebelum ni tak pernah pulak sakit sampai naik kepala. Mungkin kurang tidur juga, menjadikan angin satu badan..
Ye laaa sibuk bizi dengan memasak raya kan, masa berehat tu agak terbatas, tapi Sis tak amik kisah pun, janji bahagia.. cuma ehhhh boleh pulakk datang sakit salah bantal atau salah tidur ni time raya, hilang mood okay..
Puas duk sapu macam-macam minyak dan juga ikut petua yang kengkawan bagi dan yang Sis tau.. pun sama juga.. kalau tak tahan Sis telan laa panadol, hilang kejap sakit, lepas tu ehhh datang balik sakit..
Akhirnya semalam tak tahan, Sis post di wall facebook tanya petua dan ubat yang kawan-kawan pernah kena dan tau ubatnya.. ada yang mereka kongsi dah pun Sis cuba.. cuma semalam ada kawan ni kongsi yang adiknya boleh mengurut dan suruh Sis cuba urut, takut salah urat atau angin kan..
Sama jugalah kata Suami, dia suruh Sis urut.. kalau tak PKP memang Suami dah bawa Sis pi tempat mengurut biasa kami pergi tu, tapi sebab PKP ni, memang tak bukak laa.. so Sis cubalah adiknya kawan tu yang pandai mengurut minta datang ke rumah..
Lama juga dia mengurut, hampir dua jam, okay tak okay kita tengok nanti harini, so far bangun pagi ni nampak okay je ni takde pulak dah sakit bahu dan leher ni, sakit bekas mengurut tu biasa laa kan, pecah angin.. cuma kepala tu ada rasa sakit sikit-sikit jer lagi.. mudah-mudahan membaik laaa hendaknya..
Dan malam tadi pun Suami balik ada belikan ubat di farmasi.. sekali beli ubat makan harian Sis, di belinya ubat sakit urat dan ubat bisa atau demam.. Sis makan juga malam tadi sebelum tidur..
Sis ni orangnya paling takut sakit.. kalau sakit memang cepat-cepat nak cari ubat dan buat rawatan.. dalam kepala dah kata, kalau tak baik juga ni esok lusa, memang nak serah diri aje ke KPJ.. mana laa tau kan, salah urat lain pulak.. sebab Sis dah ada pengalaman anak slip disc, ingatkan sakit bahu biasa, rupanya slip disc, so memang sangat-sangat takut..
Korang doakan yaa moga takde apa yang serius.. Dan di bawah ni Sis kongsikan beberapa tip untuk meredakan sakit tengkuk akibat salah bantal atau salah tidur.. mana tau bermanfaat buat korang kan..
Tips Hilangkan Sakit Tengkuk Akibat Tersalah Bantal atau Tidur
Tepuk-Tepuk Bantal
Cubalah cara ini jika korang sakit tengkuk atau sakit leher. Sebelum kepala lena di atas bantal, cubalah korang ‘tepuk-tepuk’ dan pusing-pusingkan dulu bantal tersebut supaya isi-isi bantal tersebut sekata. Kemudian, letak kepala jangan main ‘booomm-booom’ tau. Dapatkan posisi tidur yang tepat atau selesa terutama bahagian leher ok.
Tuam Tengkuk/Leher
Kalau terkehel leher akibat salah tidur, lakukan dua cara bertuam. Mula-mula tuam dengan air suam-suam panas (guna tuala pun boleh, perahkan sedikit, kalau tak nanti meleleh-leleh pula) di sekitar tengkuk atau leher yang sakit.
Setelah itu, tuam lagi dengan menggunakan tuala yang sudah direndam dengan ais (buat macam waktu kita demam tu). Cara ini dilakukan untuk menyihatkan otot yang tegang supaya menjadi ok semula.
Urut Lembut
Untuk melegakan otot-otot tengkuk atau leher yang sakit ketika menoleh atau timbul rasa perit atau tegang, cuba urut-urut lembut di sekitar leher. Cara sebegini berguna untuk melegakan otot-otot saraf pada leher.
Lakukan Peregangan Ringan
Melakukan peregangan ringan dengan duduk tegak dengan kepala lurus. Kemudian, perlahan-lahan, tunduk kepala ke bawah… kira sampai lapan. Kemudian kembali ke posisi tegak, pusing ke belakang, kira sampai lapan. Lakukan perkara yang sama ke arah kiri dan kanan.
Jemur Bantal
Biasalah kan… tip sakit tengkuk yang terakir ini turun-menurun! Cubalah jemur bantal. Tekstur bantal setelah dijemur akan menjadi lebih empuk dan selesa untuk digunakan. Tidur pun akan jadi lebih sihat.
Semua yang di atas dah pun Sis cuba.. biasanya memang berkesan, cuma kali ni je laa sebab naik ke kepala jadi lambat pulak reda sakitnya.. tapi nasib baik juga ada Garci.Pro, bila sapu je ada rasa lega tiap kali nak tidur.. walau sakitnya tak hilang, tapi Garci.Pro dapat melegakan kesakitan..
P/S : Kesian juga pada bantal, tak memasal di persalahkan huhuhu.. habis kena bantaiii..