BANYAK KHASIATNYA BERSAHUR DENGAN BUBUR SARANG BURUNG VESBO | Jujurnya Sis orangnya tidak begitu gemar makan atau minum sarang burung ni. Tak kiralah yang viral ke tak ke atau apa je laa.. tak tau le kenapa, rasa dia tu tak boleh nak hadam masuk tekak hahaha.. kalau Suami dan anak sulung Sis ya suka, pantang nampak minumannya, mesti nak beli.
Dan ramai yang tahu bahawa sarang burung layang-layang mempunyai khasiat yang besar dan ia menjadi salah satu ubat tradisional dalam perubatan Cina. Ia didakwa mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam.
Selain itu, ia mampu memulihkan penyakit asma, menguatkan daya ingatan dan kecergasan minda, menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung & buah pingang selain ianya merupakan agen pemutihan kulit yang sangat baik dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.
Syarikat Vesbo Malaysia telah memasarkan produk sarang burung mereka dengan menghasilkan bubur nasi sarang burung segera yang amat sedap, berkhasiat dan semestinya halal. Dan baru-baru ni Sis tertarik untuk mencubanya dan menjadikan menu bersahur Sis dan Suami. Dan ternyata sedap pulak di tekak Sis. Rasa cendawannya tu menjadikan rasa bubur sarang burung ni sedap di makan.
Penyediaan untuk bubur sarang burung Vesbo ni amat mudah. Dan isi kandungannya adalah campuran sarang burung premiun, beras, oat dan rumpai laut yang menjadikan ianya mudah dinikmati hanya bancuh dengan air panas atau korang boleh masak dengan kreativiti korang tersendiri.
Vesbo Malaysia adalah produk keluaran tempatan dan mempunyai sijil HALAL, GMP, HACCP. Vesbo Instant Porridge ni ada 2 jenis. Satu dalam kotak dan satu lagi dalam cup cawan macam Sis pegang tu haa.. lebih mudah nak menyediakannya walau di mana aje korang berada.
Cara Penyediaan Vesbo Instant Porridge ni pun senang.
- Buka cup penutup, dan buka paket instant porridge di dalamnya dan tuang ke dalam cup tu.
- Kemudian tambahkan air panas ke dalam cup
- Gaul-gaul sehingga sebati
- Tutup dan tunggu sekejap dalam lebih kurang 3/4 minit hingga buburnya kembang
- Kalau nak tambah bahan lain, boleh masukkan sekali.
Bila agak dah kembang, boleh terus di makan. *MAAF, Sis lupa nak amik gambar buburnya dah kembang, duk kejarkan waktu bersahur adeiii..
Kalau korang nak tau, Bubur Sarang Burung Segera Vesbo keluaran Malaysia ini dipilih sebagai Pemenang Jenama Makanan Sarapan Sihat yang Terbaik di Asia oleh LuxLife Magazine (London). Sarang burung ini juga mampu mengubati KANSER dan HEPITITIS B. Ini kerana sarang burung telah terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan mengandungi nutrien dan garam mineral seperti glikoprotein, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, dan vitamin yang lebih mudah diserap oleh badan manusia.
Setiap hidangan Vesbo mengandungi khasiat setara dengan secawan susu segar atau sebotol minuman kolagen. Oleh itu, ia boleh diamalkan sebagai makanan untuk kecantikan kulit dan meningkatkan sistem imun badan.
Bubur segera Vesbo mula dipasarkan di Malaysia sejak 2016. Ia juga dieskport ke Korea Selatan, Singapura dan China. Selain itu, ia juga dijual di dalam syarikat penerbangan Scoot sejak 2019.
Untuk maklumat lebih lanjut, atau korang yang ingin mencuba dan mendapatkannya, korang boleh melayari laman web rasmi di www.vesbo.my/our-products. Vesbo juga dijual di Shopee dan Lazada.
P/S: Bagus sungguh, Suami suka benar makannya, Sis sampai dah repeat order dah..