LEPAS BACA TIPS NI, ESOK AKU NAK BELI TEMBIKAI | Entah kenapa, tahun ni takde pulak rasa nak beli buah tembikai, padahal tahun sebelum-sebelum ni, mesti beli sebiji. Kalau tak makan time berbuka, Sis makan time Sahur dengan nasi.. korang pernah cuba? Sedap woo, ni arwah Abah laa yang mengajonya hehehe.. time kecik-kecik dulu kalau Sahur mesti ada buah tembikai..
Cuma tahun ni, boleh pulak masa pi belanja, beli buah oren aje.. dek sebab dah pandai pilih buah oren yang manis, tu lee kejenya asyiklah membeli oren hahahaha.. yee buah oren kalau pandai pilih, kompom dapat isi yang manis. Yaa tips memilih buah oren, pastikan pilih yang 'montot' buahnya lobang besar hahahaha.. Eh tak caya, nanti ko pi pasar, ko belek montot oren tu yaa, kalau lobangnya besar, haaa manis le tu..
Dan tadi lepas aje berbuka, sambil menunggukan Isyak, ehhh sempat pulak membelek FBnya Dr Zubaidi Hj Ahmad. Sis suka baca FBnya dan mencari info kesihatan. Penulisannya ringkas dan mudah faham.
Dan tiba-tiba ternampak posting pasal Manfaat Mengambil Tembikai Ketika Berbuka (Iftar), so Sis nak kongsikan laa di blog Sis.. moga bermanfaat buat semua pembaca Sis..
Manfaat Mengambil Tembikai Ketika Berbuka (Iftar),
Sumber : #HealthDrZubaidi
Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.
Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.
Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.
Mengikut kajian sains pula, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.
Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.
• Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
• Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
• Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g
Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari. Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.
Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.
Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.
Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.
Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung.
#SisSharing
P/S: Haa jom esok beli buah tembikai hehehehe..