Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

KENAPA KESELESAAN SURAU DI HOTEL ATAU RESORT DI ABAIKAN?

$
0
0
KENAPA KESELESAAN SURAU DI HOTEL ATAU RESORT DI ABAIKAN? | Sis terpanggil nak menulis bab ini kerana sejak dari mula dulu bila Sis pergi event #BuffetRamadhan di Hotel atau Resort, perkara Surau ini yang selalu timbul di kalangan kami semua. Baik dalam kalangan rakan Media ataupun orang luar yang email dan PM Sis bertanyakan hal ini. Sampaikan ada yang dah pun mula berbisik di telinga dan berlaku di depan mata, hurmmm...

Sis menulis ni tidak ada kena dengan yang hidup atau pun yang sudah tiada, yang sesak nafas pun tidak ada kena mengena, ini adalah sekadar penulisan luahan sebagai wakil buat semua yang telah menyuarakan, bertanyakan juga yang 'komplen' mengenainya.. benda lama dah berlaku, tapi certain pihak tak berani nak menyuarakan. Tapi harini Sis nak menyuarakannya di blog sendiri..

Memang jadi pertanyaan, 'Kenapa keselesaan surau di Hotel atau Resort di abaikan?' Kenapa? 

Tak kisahlah menu makan ko kemain 'gah' ke, tak 'gah' ke, harga mahal ke harga murah ke, tapi nak mencantikkan, mewangikan, dan memberi keselesaan pada Surau tempat pengunjung atau pelanggan 'menumpang' Solat menunaikan ibadah tidak di utamakan, kenapa?.. 

Tak tau di mana silapnya. Takde ke AJK Surau yang di lantik? Takde ke pihak pengurusan amik peduli ke, dan tidak ada seorang pun ke pekerja Hotel atau Resort mereka yang pergi Surau? Atau mereka ada Surau khas? Dan kerana sebab itu mereka tidak nampak dan tidak tau selesa atau tidak orang luar solat di dalam Surau mereka?.. 

Perkara ini sepatutnya tidak patut berlaku, siapa aje yang selesa nak mengerjakan Solat dengan keadaan Surau yang baunya kepam, masam, lantai karpet basah lembab, sempit dan tempat mengambil wudhuk dan solatnya bercampur dengan lelaki dan perempuan? Ini tidak patut berlaku dalam Hotel atau Resort memana sekalipun. 

Tambah lagi bila waktu Buffet Ramadhan begini. Ramai pengunjung Islam datang makan berbuka, so tolonglah sediakan Surau yang selesa dan bersih juga wangi, so ini sebagai keselesaan semua juga. Bukan kata makan aje sedap orang akan kata, tapi orang akan puji dek Surau kau yang bersih dan selesa. Betul tak?.. 

Kenapa Keselesan Surau Di Hotel atau Resort Di Abaikan?


Kalau pandangan Sis sendiri, jika tidak bulan Ramadhan, setakat tempat Surau yang kecil dan asal boleh, masih boleh lagi di terima, tapi kalau dalam bulan Ramadhan, ramai orang datang makan Buffet Ramadhan, dan keadaan akan jadi sesak, jadi ramai, harap pihak pengurusan Hotel atau Resort sediakanlah Surau yang lebih besar ruangnya dan selesa. 

Contohnya; sediakanlah satu bilik kosong khas untuk Solat, nak pergi Suraunya pun mudah, tidaklah sampai nak berjalan jauh hingga ke belakang hotel atau parking kereta. Rasanya boleh aje kan? Beratus bilik-bilik ada dalam satu bangunan, takkan nak sediakan satu bilik hanya sebulan aje dalam bulan Ramadhan untuk Solat tak boleh? 

Sis bercakap sebab ada certain Hotel atau Resort ada berbuat sedemikian. Pernah berbuka puasa, ada Hotel yang time puasa aje, mereka sediakan bilik khas untuk solat. Bukan solat di surau yang sedia ada, tapi ada bilik khas. 

Kalu takde pun, silalah jaga kebersihan. kewangiaan, dan pantaulah SOP Surau yang sedia ada tu. Ini kalau dah sempit ruangnya, orang pula ramai, tak ke bersesak nak amik wudhuk dan solat. Dah takde jarak satu meter dah. Fikir nak tunaikan kewajiban kita pada Allah, lantakkan aje laa kan, janji siap Solat. 

Yaa kekadang tu, rata-rata kalau mereka nak booking tempahan makan Buffet Ramadhan, mesti akan tanya PM Sis 'Surau dia okay tak?'.. atau 'Ada Surau tak?'.. dan nanti bila mereka dah pergi sana, kalau semuanya tak okay, PM pulak pasal Suraunya yang tidak selesa, dan macam-macam komplennya..tu nasib baik PM, pernah dulu mereka komennya di ruangan komen, tak ke menjatuhkan imej pihak Hotel atau Resort tu. Benda ni dah lama berlaku dari mula Sis join Buffet Ramadhan, tapi nak menjaga hati semua pihak, Sis diamkan aje.. 

Tapi sekarang, rasa kena luahkan juga di sini sebagai pengajaran dan penambahbaikan. Amiklah ikhtibarkan. Shopping Mall yang besar, yang beribu-ribu orang keluar masuk Suraunya sehari-hari, pun boleh jaga kebersihan Surau, dan ada certain Kedai Makan luar pun punya Surau yang bersih dan selesa, ni Hotel atau Resort yang time Buffet Ramadhan aje yang ramai orang tumpang solat, takkan tak boleh kan?.. 

Hope lepas ni, takde laa lagi berlaku hal semacam ni yaa.. Nobody is perfect, but can make it more better right?.. 

Okaylah tu je luahan harini.. Maaf jika ada yang terasa hati, tapi tidaklah Sis ko sebut nama memana pihak.. jika memana pihak ada membaca, silalah 'upgrade' Surau anda.. sekian.. 


P/S: Korang ada pandangan? Sila komen positif di bawah.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422