Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4424

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI NEGERI JOHOR 2021

$
0
0
JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI NEGERI JOHOR 2021 | Tak sampai seminggu je pun lagi kita akan masuk ke bulan Ramadhan. Korang dah selesai ganti puasa? Alhamdulilah tahniah buat korang semua. Moga tahun ini sebagai wanita, kita di kurangkanlah dengan 'cuti puasa' tu kan. 

Persediaan nak sambut puasa pula macam mana? Korang dah bersedia? Jangan buat last minit ya, nanti sesak semua tempat. Untuk Sis, segala barang dan bahan dapur dah siap semua belanja, hanya barang basah untuk masak aje la memang beli mana yang perlu. Lagipun tak risau, Kedai Acheh area rumah Sis ni banyak jee sini. Tak dan lee nak pi pasar weii, kompom ramai orangkan.. 

Dan sebagai perkongsian, harini Sis nak kongsikan bersama korang Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Johor 2021 tahun ini. Johor je ke? Ye laa sebab Sis menginap dan tinggal di Johor, untuk negeri lain, korang google aje laa ya.. hehehehe.

Dibawah ini adalah jadual waktu berbuka puasa 2021 zon Johor Pulau Aur dan Pulau Pemanggil, Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Pontian, Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas Johor sahaja yang Sis ambil dari laman web rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Klik untuk Jadual Waktu Berbuka Puasa 2021 versi PDF. Kotlah korang nak print dan tampal kan..



Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Johor 2021

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Johor 2021

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Johor 2021

Makluman : 
*Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
*Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Niat Puasa Dan Niat Berbuka Puasa 

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Johor 2021

Walaupun setiap tahun kita berpuasa, adakalanya kita terlupa akan bacaan niat dan doa berbuka puasa ini. Seperti yang kita tahu, kita akan berpuasa selama sebulan pada bulan ramadan. Dan ini wajib bagi seluruh umat muslim di seluruh dunia.

Menurut jumhur ulamak mazhab syafie, niat berpuasa perlulah di baca pada setiap malam untuk berpuasa esok harinya. Tapi takde masalah pun kalau korang nak baca niat berpuasa sebulan sekaligus. Ikutlah mana yang korang rasa lebih senang. Islam itu mudah kan.. 

Semoga kita SIHAT dan di PANJANGKAN UMUR untuk bertemu Ramadhan.. aamiinn..


P/S: Tahun pertama puasa tanpa Emak .. Al-Fatehah.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4424