Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4471

MAKAN BUFFET RAMADHAN 'SELERA MALAYSIA' DI ANANTARA DESARU COAST DAH MACAM BERCUTI DI LUAR NEGARA

$
0
0
MAKAN BUFFET RAMADHAN 'SELERA MALAYSIA' DI ANANTARA DESARU COAST DAH MACAM BERCUTI DI LUAR NEGARA | Siapa yang pernah datang ke Anantara Desaru Coast & Villa ni, mesti setuju dengan apa yang Sis tulis pada tajuk tu. Yaa sejujurnya ini adalah pertama kalinya Sis menjejakkan kaki sampai ke Anantara Desaru Coast & Villas ni. Memang ada berbisik-bisik, dan ada juga pasang angannya, 'Bilalah nak sampai dan bercuti di sini ya'..dan akhirnya, alhamdulilah 'Bisikan Hati' Sis tu sampai juga ke sini..

Memang sangat teruja mendengar namanya, apatah lagi kalau lihat persekitaran dan semua view di Anantara Desaru Coast & Villas ni. Dan tak hairanlah kalau ada yang mengatakan nak bercuti di sini kena 'have-have'... ternyata yee memang benar, memang sangat indah pemandangan dan berbaloi laaa dengan keselesaan dan kemudahan yang kau bayar tu. 

Sis yang baru aje sampai ke sini walau hanya ke Turmeric Restaurantnya aja, pun dah teruja. Apalagi kalau dapat menginap di sini, memang laaaa satu kepuasan oii, dah macam bercuti di luar negara aje gayanya kalau datang sini. 

Dan bagi korang yang ada bertanya Sis mengenai Buffet Ramadhan di Anantara Desaru Coast & Villas ni, yeee memang ada, ni Sis nak kongsikan dengan korang laaa ni.. Walau jauh perjalanannya dari Pasir Gudang ke sini, tapi ianya satu kepuasan bagi diri Sis bila sampai dan makan di sini. 

Meh ler baca apa yang bestnya Buffet Ramadhan di Turmeric Anantara Desaru Coast & Villas ni..

Makan Buffet Ramadhan 'Selera Malaysia' Di Anantara Desaru Coast Dah Macam Bercuti Di Luar Negara

Makan Buffet Ramadhan 'Selera Malaysia' Di Anantara Desaru Coast Dah Macam Bercuti Di Luar Negara

Makan Buffet Ramadhan 'Selera Malaysia' Di Anantara Desaru Coast Dah Macam Bercuti Di Luar Negara

Buffet Ramadhan bertemakan 'Selera Malaysia' di Anantara Desaru Coast Resort & Villas ini mengetengahkan menu berkonsepkan Thai Malaysian yang memang menjadi kesukaan ramai baik rakyat tempatan mahupun pengunjung luar. 

Untuk Sis sendiri pun bila mendengarnya, dah terbayang masakan Thai yang sedap-sedap dengan pelbagai pilihan selain Kambing Golek yang biasa ada di Buffet Ramadhan Hotel-Hotel. Dan untuk tahun ini, Turmeric restoran asli Malaysia di Anantara ini, akan menyajikan makanan tempatan Thai, Masakan Cina dan Antarabangsa sepanjang bulan Ramadhan. 

Menu makan malam Selera Malaysia sempena Ramadhan nanti, akan menampilkan buffet mewah dan sajian yang meriah. Antara pilihan yang menjadi tumpuan adalah; Som Tam, Neau Dad Deaw, Fresh Barbeque & Carved Lamb, Gaeng Massaman Gai, Tod Mun Pla, Ayam Percik, Ekor Masak Asam Pedas dan Kambing Golek bersama Nasi Bukhari. 

Makan Buffet Ramadhan 'Selera Malaysia' Di Anantara Desaru Coast Dah Macam Bercuti Di Luar Negara

Makan Buffet Ramadhan 'Selera Malaysia' Di Anantara Desaru Coast Dah Macam Bercuti Di Luar Negara

Makan Buffet Ramadhan 'Selera Malaysia' Di Anantara Desaru Coast Dah Macam Bercuti Di Luar Negara

Main course memang mengenyangkan, maklumla kan makanan Malaysia dan Thailand di gabungkan, mau tak meriah. Lagi pulak menu Thai kaya dengan pilihan makanan yang berjenis sayuran seperti Kerabu dan Rojak, so memang ramai laa yang menyukainya. Nanti korang cuba Kerabu Mangga dia, sedap kat tekak Sis ni. Cukup rasa dan bahannya. 

Tapi pilihan utama Sis masa makan di sini adalah Asam Pedas Ekor tu, hehehehe memang jarang-jarang nak ada, so bila ada tu, memang kena cuba. Ternyata tidak mengecewakan, sedap, dan isi ekornya lembut walau rasa Asam Pedas tu tidaklah begitu pedas, tapi cukup rasa. 

Dan Kambing Golek tu memang wajib cuba, kalau tak cuba, macam tak lengkap makan Buffet Ramadhan ek hehehehe.. dan lagi satu, Satay dan Sup Siam tu, power beb.. Sis makan sorang je, tak nak kongsi sebab sedap hahahaha.. :p 

Makan Buffet Ramadhan 'Selera Malaysia' Di Anantara Desaru Coast Dah Macam Bercuti Di Luar Negara

Makan Buffet Ramadhan 'Selera Malaysia' Di Anantara Desaru Coast Dah Macam Bercuti Di Luar Negara

Makan Buffet Ramadhan 'Selera Malaysia' Di Anantara Desaru Coast Dah Macam Bercuti Di Luar Negara

Untuk pemanis mulut pun banyak juga pilihan yang boleh di makan. Dan yang menariknya, banyak Kuih-Muih Tradisional Melayu yang di hidangkan selain Buah dan juga Bubur Nangka tu. Sebenarnya Sis tak amik Bubur Nangka tu, tapi ada kawan semeja Sis amik, dan bila Sis cuba, fulamakkkk sedapnya, makan boleh juling mata ni hahahaha.. 

Dan lagi satu manisan dalam botol tu, nama sebenar tak tau, tapi ianya macam Puding Manggo dan di tabur atasnya dengan limau bali, sekali ceduk masuk mulut, wowww boleh terbang ke langit bak kata Sunah sedapnya..Hahahaha..

Pilihan minuman pun banyak, puas Sis ko minum Nescafe Panas kaw dia, perghhh.. segar biji mata time drive balik hahahaha.. overall semua memang sedap di tekak Sis, tekak orang lain entah... 

Makan Buffet Ramadhan 'Selera Malaysia' Di Anantara Desaru Coast Dah Macam Bercuti Di Luar Negara

Makan Buffet Ramadhan 'Selera Malaysia' Di Anantara Desaru Coast Dah Macam Bercuti Di Luar Negara

Makan Buffet Ramadhan 'Selera Malaysia' Di Anantara Desaru Coast Dah Macam Bercuti Di Luar Negara

Apa yang membuat Sis kata, bila ke sini macam bercuti di luar negara adalah, suasana sekeliling Turmeric ni ketika senja sangat indah dan cantik sekali. Dari dalam restorannya korang akan dapat view pool mereka dari dalam, dan kalau korang nak makan di luar pun boleh, sambil nikmati pemandangan, memang sangat indah okay.. 

Korang kalau nak LIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR lagi, korang boleh ke Facebook Page AKU SIS LIN ni dan boleh tengok banyak gambar menu dan suasana sekitar Turmeric Restoran yang Sis upload di sana okay. 

Buffet Ramadhan Selera Malaysia di Anantara Desaru Coast & Villas ini akan bermula dari 14 April sehingga 12 May 2021, dari Jam 6.30pm hingga 10pm

Harga : RM128nett Dewasa / RM64nett Kanak-Kanak.
Pembelian awal 'Early Bird' (pembelian sebelum 16 April 2021) : Beli 10 baucer FREE 2 baucer. 

*Setiap pembelian Early Bird berpeluang untuk join 'lucky draw' 2D1N with breakfast for 2 persons @ Anantara Signature Massage at Anantara Spa for 2 persons

Untuk tempahan dan pertanyaan:
Email : desaru@anantara.com
Contact :  07 8280 888

For more information on Anantara Hotels, Resorts & Spas, please visit www.anantara.com. Atau Follow on Facebook: www.facebook.com/anantara; Twitter and Instagram: @anantara_hotels



P/S: Macam 'mimpi' okay bila dapat ke sini, next time boleh jenjalan ke sini tenangkan fikiran, gituh... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4471

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Tropa Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Confidence Quotes – Confident Quotes


Problema Quotes – Pera Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.