Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4476

RINDUNYA NAK BERCUTI MERENTAS NEGERI!

$
0
0
RINDUNYA NAK BERCUTI MERENTAS NEGERI! | Korang pun mesti rindu juga kan nak bercuti merentas negeri? Ke korang dah pi merentas? Jeng jeng jeng... jangan buat hal aaa kang bayo RM10k kang hahahaha.. Kalau dalam kepala otak ni macam-macam tempat dan negeri nak Sis pergi bercuti bersama Family. Rindu sangat nak pi ramai-ramai semua bawak adik-adik semua bercuti. 

Last yang Sis pergi bercuti satu Family besar, dua tahun lepas, kitaorang pergi ke Langkawi. Alhamdulilah masa tu arwah Emak masih ada, dan walau tidak berapa sihat, tapi syukurlah berkesempatan juga dapat bawa Emak pergi bercuti sekali. Tak kisahlah pergerakan Emak terbatas sebab pakai kursi roda, namun kami tetap bawa Emak. 

Rindunya Nak Bercuti Merentas Negeri

Bukan senang nak sepakat berkumpul semua adik-beradik pergi bercuti sekali, tu pun masa tu anak bujang Sis sorang aje yang tak mengikut, sebab dah balik ke Politeknik, so takboleh nak amik cuti nak bercuti. Kalau tak cukup semua anak beranak dan adik beradik, ipar duai semua dalam satu percutian. 

Kalau ada rezeki memang nak pergi lagi, sebab Langkawi memang pergi banyak kali pun, memang takkan puas le berjalan. Bukan kata berjalan, tak puas menyoping pun ya hahaha.. kalau boleh kena stay lama sikit kat sana, baru le puas jalan-jalan cari makan dan juga menyoping hehehe..

Itu pun masa Sis pergi, semua urusanStaycation Hotel semua anak Sis yang sulung dan juga adik yang bongsu yang uruskan. Kitaorang yang lain just follow jer.. 

Rindunya Nak Bercuti Merentas Negeri

Rindunya Nak Bercuti Merentas Negeri

Masa yang kitaorang pergi tu pun sana sini kebanyakkan Hotel semua pack.. sebab masa tu tengah cuti sekolah. Itu yang bila dapat aje Hotel Riverra Inn ni, yang tempatnya strategik dan harga berpatutan. cepat-cepat kitaorang booking sebelum penuh. Sebab kami kena amik 6 bilik saiz besar. So memang kena cari Hotel yang sesuai laa.. lagipun kan Sis kata Emak Sis guna kursi roda, so taknak laa cari Hotel yang takde lift. 

Hotelnya pun tak jauh dari Pekan, so memang senang nak keluar dan masuk. Yang bestnya dekat dengan Pasar Malam, kami jalan kaki ke depan Hotel je hehehehe.. 

Rindunya Nak Bercuti Merentas Negeri

Yang menjadi kesukaan dan kegembiraan anak-anak sedara bila menginap di sini adalah, ada swimming pool.. haaaa ini memana budak pun, kalau ada swimming pool memang terloncat lee nak terjun kolam. Memang tak sangka juga Hotel yang kami staycation ni ada swimming pool, sebab kalau lihat dari depan Hotelnya, kecik jee nampak.. tapi servis tip-top.. 

Selesa pun yaa, Sarapan pagi pun kenyang. Hari-hari selama 4 hari 3 malam kami di sini, memang puas laa makan. Menunya bertukar-tukar. Cuma nak ke Cafenya dari Hotel tu, korang kenalah berjalan. Sebab Cafe dan Swimming Poolnya berada di belakang Hotel. Ala pepagi exercise kan.. Okay le tu.. 

Rindunya Nak Bercuti Merentas Negeri

Dan yang paling Sis suka kalau ke Langkawi ni, tang jalan time malam di Pantai Cenang dia.. aduh memang soploh kali ko bawak Sis ke sini pun Sis tak jemu oii.. memang suka nengok kemeriahan 'gelagat manusia' di Pantai Cenang ni. Ada pesta Api, ada live band, dan yang bestnya ada tempat mengurut kaki hahaha.. 

Tang tu Suami lee yang duk sakan duduk mengurut..ermmmm.. Arghh rindulaaa Langkawi... Bilalah dapat merentas negeri ni kan.. tapi kalau dah boleh merentas sekalipun, Sis 'hold' dulu lee, kasi reda dulu keadaan wabak Covid19 ni baru boleh berani nak pi..

Tapi kalau ada peluang sekali lagi ke Langkawi, Sis teringin nak staycation di The Datai Langkawi pulak.. Sebab masa kitaorang tengah cari Hotel pun, adik ada sebut the Datai Langkawi ni, tapi masa tu musim cuti, so harga agak mahal sikit. Lagipun kami nak amik sampai 6 bilik wooo.. hahahaha.. 

So takpe, next time boleh plan Honeymoon gan Suami je pi the Datai Langkawi tu, tengok tempatnya pun memang sesuai untuk berbulan madu hehehehe.. pergi berdua lagi manyak syokkkkk.. 

Apa-apa pun kenangan bercuti ke Langkawi 2 tahun lepas memang menjadi kenangan indah buat Sis dan adik-adik, kerana itulah percutian terakhir bersama Emak dengan kami semua.. Sedih kalau di kenangkan..tapi alhamdulilah, sekurangnya Emak dapat merasai percutian bersama anak-anak dan cucu-cucunya.. alhamdulilah.. 

Korang pula kalau dapat merentas negeri, korang nak bercuti ke mana? ..tak kisahlah nak pi mana pun, yang penting #StaySafe dan ingat selalu 'KIta Belum Menang' yaaa... #KitaJagaKita .. 


P/S: Selamat bercuti penggal anak-anak.. tak sabar tunggu anak-anak sedara nak datang rumah ni.. yehaaaa.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4476

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.