Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

SUP TULANG GEARBOX 'SAJIAN WARISAN' BUFFET RAMADHAN DI HOLIDAY VILLA JOHOR BAHRU JADI PLIHAN UTAMA AKU

$
0
0
SUP TULANG GEARBOX 'SAJIAN WARISAN' BUFFET RAMADHAN DI HOLIDAY VILLA JOHOR BAHRU JADI PLIHAN UTAMA AKU | Panjangnya tajuk, hehehe tapi takpe, biar panjang asalkan ko faham apa yang nak Sis sampaikan tu hahaha.. yaaa Sup Tulang Gearbox di Buffet Ramadhan Holiday Villa Johor Bahru Centre (HVJBCC) ni kemain sedap gilerr, nasib baik Sis ko balik tak giler hahahaha..

Tapi tak tau laa ek kalau tekak korang, bagi tekak Sis yang pengemar Sup Tulang Gearbox, memang sedaplah, di tambah pulak makan dengan sambal kicapnya, perghh ko boleh bayangkan tak betapa hitamnya kuah dalam mangkuk Sis tu dan kemudian di hirup pepanas dan kemudian lidah ko pijorr dek kepedasan sambal kicap tu, adeiii terkecur plak menaip ni oii hahahaha.. 

Sis memang pengemar Sup Gearbox, so memana Sis pergi, kalau ada Sup Tulang Gearbox, tak kira lah sup plain ke atau merah ke, memang Sis akan tuju dan ceduk dulu. So kalau korang nak cuba, bolehlah nanti korang datang ke Buffet Ramadhan di Holiday Villa Johor Bahru Centre ni yang bertemakan 'Sajian Warisan'. 

Sup Tulang Gearbox 'Sajian Warisan' Buffet Ramadhan Di Holiday Villa Johor Bahru Jadi Pilihan Utama Aku

Lebih dari 300 menu yang akan di sajikan sepanjang bulan Ramadhan bermula dari 16th April sehingga 12th May 2021, bertempat di Fern Pine Cafe aras 9, korang dapat nikmati beraneka menu pelbagai citarasa yang pasti membuat korang 'blur' nak makan yang mana satu dulu time berbuka hehehe..

Tapi untuk Sis sendiri, sudah semestinya seperti yang Sis bagitau awal tu haa, 3 menu di atas ni menjadi pilihan utama Sis. Yaitu Sup Tulang Gearbox, Daging Beryani dan juga Ikan Bakar ala Portugese. 3 menu ni memang pembuka selera betul ketika makan. Di makan pula bersama Nasi Beryani,Ayam Golek, Roasted Whole Lamb, Penang Char Kuey Teow dan Satay. 

Korang boleh bayangkan tak betapa penuhnya meja Sis dengan segala macam menu yang Sis amik, hahahaha.. ye laa kena cuba semua, kalau tak, mana kita nak tau yang mana sedap dan tak sedap kan, tapi sedap tu Subjektif jer.. nak tau, sila datang sendiri merasainya.. 

Sup Tulang Gearbox 'Sajian Warisan' Buffet Ramadhan Di Holiday Villa Johor Bahru Jadi Pilihan Utama Aku

Sup Tulang Gearbox 'Sajian Warisan' Buffet Ramadhan Di Holiday Villa Johor Bahru Jadi Pilihan Utama Aku

Sup Tulang Gearbox 'Sajian Warisan' Buffet Ramadhan Di Holiday Villa Johor Bahru Jadi Pilihan Utama Aku

Lauk-pauk lain juga tak kurang hebatnya, ada Sambal Udang Petai Terung Pipit, Ikan Masak Assam Pedas, Ketam Masak Ala Thai, Sotong Goreng Tepung dan beraneka jenis Kerabu seperti Kerabu Daging, Kerabu Sotong, Kerabu Taugeh, Kerabu Perut dan bermacam lagi jenis. 

Tak lupa juga Sambal-sambal dan Ulam-ulaman yang berderet tersusun siap batu lesung di meja hidang. Antaranya, Sambal Belacan, Sambal Cencaluk, Sambal Mangga, Telur asin, aneka jenis Ikan Asin, dan juga Jeruk-jeruk, yang pasti semuanya memang 'dari mata turun ke perut' le gamaknya kalau ko nengokk hahahaha.. 

Kalau tak makan nasi jangan risau, ada juga makanan Western di sajikan seperti Spageti, Macaroni, Sup Cendawan dan juga aneka Salads bersama bermacam jenis Sos pilihan. 

Sup Tulang Gearbox 'Sajian Warisan' Buffet Ramadhan Di Holiday Villa Johor Bahru Jadi Pilihan Utama Aku

Sup Tulang Gearbox 'Sajian Warisan' Buffet Ramadhan Di Holiday Villa Johor Bahru Jadi Pilihan Utama Aku

Sup Tulang Gearbox 'Sajian Warisan' Buffet Ramadhan Di Holiday Villa Johor Bahru Jadi Pilihan Utama Aku

Biasalah kan kalau time puasa ni, semua nak mencari manisan dulu sebelum makan atau selepas makan. So di sini ada banyak pilihan pencuci mulut yang korang boleh makan. Dan tentunya jugalah yang jadi pilihan sana sini kalau makan Buffet Ramadhan ni, semua akan cari Durian Goreng kan? Hahaha yee jangan risau, kat sini ado Durian Goreng. 

Selain Durian Goreng, akan ada juga Cempedak Goreng, Keropok Lekur, Samosa, Karipap, Jemput-jemput, aneka Kuih-Muih Tradisional, Puding, Agar-Agar, Buah-buahan, juga aneka Bubur seperti Bubur Lambuk. Bubur Pulut Hitam dan juga Tapai. Haa pilih laa nak makan apa ya.. nak sebut satu-satu banyak nau.. Eh jap, nak makan Wafer panas pun ado hehehe.. 

Sup Tulang Gearbox 'Sajian Warisan' Buffet Ramadhan Di Holiday Villa Johor Bahru Jadi Pilihan Utama Aku

Sup Tulang Gearbox 'Sajian Warisan' Buffet Ramadhan Di Holiday Villa Johor Bahru Jadi Pilihan Utama Aku

Sup Tulang Gearbox 'Sajian Warisan' Buffet Ramadhan Di Holiday Villa Johor Bahru Jadi Pilihan Utama Aku

Minuman pun jangan cakap ler, dah macam kenduri kawin, berderet dan berjenis minuman ada korang boleh minum, dari panas hingga ke sejuk. KopiO Ais, Ais Kacang, Aiskrim dan Leng Chee Kang pun ado.. 

Dah habis makan, boleh laaa jenjalan di tepi tu sambil bermain 'Tikam' plak. Korang dulu kecik-kecik mesti pernah main 'Jajan' macam ni kan? Gaul-gaul dalam balang tu, then amik satu kemudian koyak tengok apa nombor 'lucky' korang tu, untung nasib dapatlah mainan yang tergantung ni. Macam Sis haritu dapatlah bawak balik sticker satu pack hahahahaha.. jadi lerr.. 

Sup Tulang Gearbox 'Sajian Warisan' Buffet Ramadhan Di Holiday Villa Johor Bahru Jadi Pilihan Utama Aku

Untuk melihat LEBIH BANYAK GAMBAR lagi, korang boleh pergi ke Facebook Page --> AKU SIS LIN dan lihat banyak lagi menu dan gambar sekitar di tempat makan di Holiday Villa Johor Bahru Centre ni yang Sis upload di situ. 

Jualan baucer 'Early Bird' korang dah boleh beli sekarang dengan harga istimewa hanya RM88nett Dewasa sahaja.
 
Harga biasa adalah RM108nett Dewasa & RM50nett untuk kanak²/Warga Emas. 

Sajian Warian Buffet Ramadhan Holiday Villa Johor Bhru Centre 
Tempat : Fern Pine Cafe [Tingkat 9th]
Bermula 16th April hingga 12th May 2021
Dari jam 6.30pm sehingga 10pm

Untuk tempahan korang boleh hubungi:

HVJBCC 07-2903367 atau 0166794278
Email : hvjbcc@holidayvillajb.com.my 

Patuhi SOP yang di tetapkan.
Surau yang selesa juga di sediakan.

P/S: Pertama kali Sis makan Buffet Ramadhan di sini, ternyata tidak mengecewakan, berbaloi dan semua sedap. Alhamdulilah.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles

Girasoles para colorear

mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes

Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes

OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes

Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes

Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes

5 Tagalog Relationship Rules

Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017

Re:Mutton Pies (lleechef)

FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE

Sapos para colorear

tagalog love Quotes – Tiwala Quotes

Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog

Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes

Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes

Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes

BARKADA TAGALOG QUOTES

“BAHAY KUBO HUGOT”

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.