Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4491

TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT NEELOFA

$
0
0
TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT NEELOFA | Masa menulis ni pun masih belum ada apa-apa pengesahan sah yang mengatakan Lofar dah pun bernikah atau sah menjadi atau bergelar isteri orang, tapi kabar angin dan desas desus sana sini memang dah nyata dah mengatakan yang Lofar akan menikah hari ini. 

Bukan ler Sis ko nak bergosip ke nak kepoh ke, tapi jujurnya Sis adalah salah seorang peminat Lofar dan Lofar merupakan idola selebriti yang Sis kagumi sejak dia 'Free Hair' lagi. Bermula dari dia mula berhijab dan menjual tudung seawal dulu, Sis memang menjadi pembeli setianya tiap kali keluar keluaran baru hinggalah sekarang. Walau tidak le membeli sepenuh koleksinya, tapi mesti nak beli hehehe..

Buat masa sekarang yang belum Sis ada koleksi dia, adalah Telekung dia. Bukan kata mahal, tapi memang betullah ye agak mahal, tapi takpe, memang niat, one day Sis nak juga beli sepasang Telekung Lofar. Bag mahal-mahal ko boleh beli, takkan Telekung nak buat solat ko nak berkira kan?.. Tapi kalau Sejadah dia, Sis dah ada 4 koleksi dah hehehe.. 

Dari semalam membawa ke pagi ni aaa duk membelek IG Lofar dan IGs family dia hahahaha.. Sis tak sabo nak tengok keayuannya ketika memakai busana pengantin ketika menikah dan bersanding. Dan nak tau kesahihannya sendiri, adakah betul bakal Suaminya itu si 'dia' yang di sebut-sebutkan.. walaupun memang semua dah tau siapa dia, tapi mana lee tau kann.. tup-tup kang Suami aku kita nengok orang lain hahahaha...

Apa-apa pun Sis doakan moga semuanya dipermudahkan buat Lofar dan seluruh keluarganya. Banyak dah dugaan yang melanda kepadanya dan keluarganya, tapi Lofar tabah menghadapinya dengan penuh tenang dan redha.. 

Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Buat Neelofa

Ucapan Untuk Pasangan Pengantin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa jika Nabi SAW mendoakan orang yang baru menikah baginda membaca: “BARAKALLAH LAKA WA BARAKA ‘ALAIKA WA JAMA’A BAINAKUMA FIL KHAIR (semoga Allah memberi berkah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan).” (Sunan Tirmizi No: 1011) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Apabila seseorang mendapat kebaikan, kita digalak mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan buat mereka.

2. Apabila ada orang yang berkahwin, kita disunahkan memberi ucapan dan mendoakan kepada pasangan pengantin yang kita raikan:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ

“BARAKALLAH LAKA WA BARAKA ‘ALAIKA WA JAMA’A BAINAKUMA FIL KHAIR

(Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan keberkahan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan).

Marilah kita ucapkan doa ini apabila mengunjungi majlis walimah atau mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dengan doa penuh keberkatan dan kebaikan ini. Semoga keberkahan juga melimpah pada kita yang mendoakan.

Aamiinn, insyaAllah .. 

UPDATE !!

Neelofa selamat menjadi Isteri yang SAH kepada PU Haris Ismail pada jam 11.40am pagi tadi, Sabtu 27 March 2021 , alhamdulilah..

Selamat Pengantin Baru Lofar ❤
 

Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Buat Neelofa



P/S: Bagai pinag di belah dua, sama cantik sama padan.. Moga kekal bahagia ke Jannah Lofar dan PU Riz... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4491

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes