MEMANG BETUL SEDAP NASI ARAB BIZMILLA NI | Yaa memang betul sedap Nasi Arabnya Bizmilla by Mila Jirin ni, sebab Sis dah mencubanya. Sis jenis orangnya, kalau semua kata sedap, memang Sis nak mencubanya, sebab duk fikir betul ke sedap, hehehehe.. dan akhirnya ada rezeki, dapat juga merasa Nasi Arab Bizmilla ni..
Korang mesti pernah dengar dan nampakkan di Instagram dan juga di Facebook pasal Nasi Arab Bizmilla ni. Sis pulak memang tau, sebab memang jadi followernya Mila Jirin ni dan juga Bizmilla Catering.. Maklumlah nanti anak nak kahwin dah booking dengan Bizmilla ni., so memang ikuti laaa semua perkembangannya.
Dan kebetulan Nasi Arab Bizmilla ni dah pun sampai ke Johor, so orang Johor mana yang nak mencuba, dah boleh cuba. Sis mula dapat tau pun, tak juga nak terus mencuba, duk bacalah feedback semua orang yang dah mencuba.. dan semalamlah baru bagitau anak, Sis nak cubalah Nasi Arab Bizmilla ni. Alhamdulilah rezeki, dia ada slot ke Plentong dan boleh hantar ke Pasir Gudang.
Nak order pun tak susah, korang pergi je ke Instagramnya @nasiarabbizmillahq dan klik je link wahtsapp di atas bio mereka tu. Nanti korang akan dibawa direct untuk membuat pesanan. Tak susah mana pun.
Sebab ada kawan Sis kata, dia call, pihak Bizmilla tak angkat-angkat.. Hahahaha sapa suruh ko call, wahtsapp aje la, benda mudah nak bagi susah, adeiii..
Kalau wahstapp pun, kejap aje nanti korang akan di layan. Nak order apa, nak tanya apa, semua korang tanya aje laa.. ada banyak pilihan menu Nasi Arab Bizmilla ni yang korang boleh order. Nanti dia bagi catalog untuk buat pilihan.
Yaaa memang sebekas tu banyak sekali ko. Sis makan 4 beranak pun puas, cukup dan banyak.. Ayamnya pun besar-besar.. Dan yang membuat sedap tu Nasi Arabnya tang nasinya.. tidak kering dan tidak keras. Lembut aje Nasi Arabnya..
Dan di sertakan sekali dengan bahan sampingannya termasuk Kuah Kari *ye kot, Sambalnya, dan juga Saladnya. Kalau korang nak add-on lagi pun boleh, bagitau aje dalam wahstapp masa order tu.
Ternyata memang sedap.. Mau tak sedap, 'Resepi Tradisional Dari Bawah Tanah' katanya Mila hehehe.. Anak-anak makan pun selera. Next time boleh cuba kambingnya pulak.. ngencess dah ni..
Yaa sebekas tu laa akan korang dapat dalam set Ayam Triple, penuh sebekas Nasi Arabnya. Padat dan mampat isinya. Masa sampai tu pun panas-panas lagi. Dan korang boleh minta jam berapa korang nak minta hantar mengikut masa korang. Janji dalam waktu slot yang mereka bagitau nanti.
Kalau korang family tak ramai, amik aje jenis single tu, kalau familt dalam 3 atau 4 orang, haa amiklah set Triple macam Sis tu, memang berbaloi dan puashati.
Delivery seluruh Johor mengikut slot yang di buka. Caj delivery pun mengikut korang. Pasir Gudang ni caj penghantaran hanya RM10 sahaja. Nak tau sedap ke tidak, korang cubalah sendiri, baru tau kesedapannya.
Untuk area Batu Pahat/Plentong, korang boleh wahtsapp no +60 12-670 5726 .
Untuk kawasan dan daerah/negeri lain, boleh terus ke @nasiarabbizmillahq ya!
Jangan kata hakak tak payung arrr.. hehehehe.. Makaseh Mila Jirin❤
P/S: Harini dah bermula review Buffet Ramadhan Sis.. di mana? Tungguuuu...