Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427

MASAK SUP GUNA PES SUP SIAM ADABI MEMANG MUDAH DAN SEDAP

$
0
0
MASAK SUP GUNA PES SUP SIAM ADABI MEMANG MUDAH DAN SEDAP | Yaa memang mudah dan rasanya pun sedap bila masak sup guna pes Sup Siam Adabi ni. Sis masa mula pertama kali mencubanya, sekali cuba terus jatuh cinta, dan dah dua kali pun mencubanya. Yang pertama mula haritu buat Sup Daging, tapi tak amik gambar sebab selesai masak aje terus keluar rumah, lupa nak snap.. tapi kali kedua ni cuba pulak masak Sup Ayam, ternyata memang sama rasanya sedap.

Korang ada yang dah mencubanya? Sis nampak ramai juga kalangan kawan-kawan Sis dah pun mencubanya, diaorang pun kata sedap. Yang penting nak masaknya sangat mudah, tak payah tambah garam dan segala bahan tumis, just rebus dan siap. 

Mesti korang tak percaya kan? Tapi iyeee memang betul, cuma rebus aje pes Sup Siam Adabi tu dalam periuk, b ila dah mendidih masukkan bahan then siap.. tak perlu tambah garam dan serbuk perisa. 

Sup Siam Adabi

Kalau sebelum ni nak masak sup, kenalah menumis, dengan bahan tumisnya lagi, dan juga segala sup bunjut bagai kan, tu pun kadang ada je tak kena dengan rasanya, tapi kalau korang cuba guna pes Sup Siam Adabi ni, korang mesti akan menyukai rasanya.. susah laa nak cakap sedap macam mana, tapi memang lain dari yang lain.

Cumanya warna kuah sup tu je laa agak lain sikit, dia agak hitam dan gelap sikit, tapi rasa tetap rasa sup yang sedap. Mula Sis cuba, Sis pun macam tertanya, takkan laa tak payah letak garam dan serbuk perasa, tapi bila dah mendidih, kemudian Sis cuba rasa, ternyata memang yaa, cukup dah rasa supnya, paling tak pun, kalau jenis tekak korang kreatif, haa korang tambah laa serbuk lada putih, kasi rasa pedas-pedas sikit hehehe.. macam Sis.. 

Masak Sup Guna Pes Sup Siam Adabi Memang Mudah Dan Sedap

Masak Sup Guna Pes Sup Siam Adabi Memang Mudah Dan Sedap

Untuk resepinya, Sis copy aje resepinya dari tertulis di botolnya tu. 

Resepi Sup Siam Adabi 

Bahan-Bahannya;
  • 300gm Daging atau Ayam
  • Lobak Merah *potong dadu
  • Kentang *potong dadu
  • Daun Bawang atau Daun Sup

Cara Memasaknya;
  1. Rebus Daging dan Ayam dalam periuk berisi 500ml (3 cawan) air *ikut sukatan sendiri
  2. Kemudian masukkan 3 sudu pes Sup Siam Adabi *ikut banyak mana kuah korang
  3. Kacau-kacau sebentar kemudian masukkan lobak merah dan juga kentang
  4. Masak hingga semuanya benar masak.
  5. Tutup api dan hiaskan dengan Daun Bawang atau Daun Sup. 

Mudahkan? Semudah ABC aje hehehe.. 

Sup Siam Adabi

Sebenarnya ikutlah kreatif korang nak gayakan Sup Siam ni macam mana, nak ikut style korang punya masak pun boleh, hanya guna pes aje. Macam Sis, setakat ni, memang Sis guna cara memasak seperti tertera di botolnya aje, takde tambah apa-apa lain. 

Nanti kalau rajin bolehlah cuba cara style sendiri, mana tau lagi sedapkan.. Masak ni kena pandai olah, bulan derhaka, tapi kreativiti sendiri, yang nak makan pun tekak sendiri kan hehehehe..

So far, anak-anak Sis memang sukakannya.. so senanglah nak masak sup lepas ni.. beli stok bebanyak simpan, nanti bulan Ramadhan agak tak tau nak masak apa time Sahur, boleh masak sup aje kan.. Mudah dan sedap, tu yang penting..

Okaylah.. nanti sambung lagi.. lately ni mood agak blur dan blank... macam ada benda yang menganggu fikiran.. so better berehat sekejap tenangkan fikiran.. sorry kalau tak nyempat nak blogwalking..


P/S: Dah dua hari tekanan darah naik aje ni..adoiiii bila stress mulalah... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427