Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4442

TAK SANGKA DAPAT JUMPA DAN BERGAMBAR DENGAN USTAZ EBIT LIEW

$
0
0
TAK SANGKA DAPAT JUMPA DAN BERGAMBAR DENGAN USTAZ EBIT LIEW | Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, tengah makan pun ada 'rezeki'.. begitulah kisahnya pada Jumaat malam lepas sewaktu Sis hadir di Buffet Dinner di Renaissance Johor Bahru Hotel baru-baru ini. 

Memang sungguh tak di sangka dan sangat tidak Sis jangkakan yang Sis akan dapat jumpa berdepan dan bergambar dengan seorang yang di anggap Wiranegarawan Malaysia, siapa lagi kalau bukan Ustaz Ebit Liew. Bukan Sis aja teruja, malah kalau satu Malaysia jika berdepan dengannya pasti terpesona.. aku terpesona... hehehehe.. 

Ibaratnya, macam mana kita melihat santunnya Ustaz Ebit Liew di video youtube, facebook dan juga di tv, begitu jugalah samanya bila berdepan dengannya. Dari gerak geri dan juga suaranya, memang Ustaz Ebit Liew seorang yang memang sangat rendah diri dan terjaga akhlak dan adabnya bila berdepan dengan orang ramai.

Tak Sangka Dapat Jumpa Dan Bergambar Dengan Ustaz Ebit Liew

Cuma memang sedari awal Sis dan rakan blogger,Farahuda duduk makan memang tidak terfikir itu group Ustaz Ebit Liew, sedangkan mereka makan di hadapan meja Sis aja. Cuma ada Sis sebut pada Huda, 'Waa ramainya orang korporat'.. masa tu group Uztaz Ebit Liew baru sampai dan duduk di meja tengah, cuma mata ni tak pakai spek, so memang tak cam laa Ustaznya.. 

Kalau dari awal Sis dah nampak, memang Sis amik peluang dan mencari peluang untuk dekat dengan Uztaz dan bertanya beberapa soalan dan mohon Ustaz doakan untuk Sis.. tapi sayangnya, kami perasan bila group Ustaz dah nak balik dan barulah kami tau itu Ustaz Ebit Liew dan terus Huda panggil bergambar sebab 'Crew' Ustaz sporting, kasi kami bergambar sama. 

Itu laa pertama kali Sis dengar suara Ustaz Ebit Liew bersuara 'Sila, sila'...waduh lembutnya suara Ustaz..... walaupun situasinya begotu pantas, apa-apa pun alhamdulilah.. sekurangnya Sis di beri Allah peluang untuk bertemu dengan 'orang baik'.. kerana salah satu Allah buka rezeki kita adalah apabila kita bertemu dengan orang yang baik.. insyaAllah, aamiinn.. 

Sis doakan moga satu hari nanti Ustaz akan ada Hospital atas namanya sendiri bagi kemudahan buat mereka yang kurang berkemampuan.. insyaAllah .. 

Tak Sangka Dapat Jumpa Dan Bergambar Dengan Ustaz Ebit Liew

Dan kelmarin buku bacaan perkongsian dari Ustaz Ebit Liew pun sampai ke tangan Sis. Yang ni Sis beli ya, bukan Ustaz bagi hahahaha.. Cuma kalau dapat Ustaz yang tandatangan, waduh bestnya kannnn...

Korang yang nak dapatkan buku ini boleh PM Hisyamuddin Fadzil di facebooknya atau wahtsapp dia di nombor 019 237 2347 .. Now tengah ada sale Combo 3 buah hanya RM 90 sahaja. Tapi sebab sebuah lagi buku Ustaz Ebit Liew ni Sis dah ada (Bidadari Syurga), so Sis beli dua buah buku ni aja. 

Agak lama ni tak membaca buku begini, now bahan bacaan Sis Nota My #QuranTime aja.. sikit lagi nak habis Juzuk 1 .. Pun beli dengan Hisyamuddin gak.. 

Apa-apa pun syukur kepada Allah atas nikmat yang telah di berikan, alhamdulilah.. 


P/S : Sampai sekarang, rasa macam mimpi aje dapat bersua dengan Uzstaz Ebit Liew tu.. Allahu.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4442