Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4463

KEMAS KINI APLIKASI MYSEJAHTERA KORANG DAN DAFTAR SEBAGAI PENERIMA VAKSIN COVID-19

$
0
0
KEMAS KINI APLIKASI MYSEJAHTERA KORANG DAN DAFTAR SEBAGAI PENERIMA VAKSIN COVID-19 | Semalam tengah syok makan tengahari bersama Geng Bas Sekolah di Holiday Inn Johor Bahru Centre dan sedang asyik menikmati Sup Tomato, tiba dapat notification dari MySejahtera. Dia bagitau suruh mengemas kini aplikasi tersebut kepada versi 1.0.28 dan setelah itu boleh meneruskan pendaftaran untuk penerimaan suntikan vaksin Covid-19. 

Kiranya sekarang ni dalam aplikasi MySejahtera tu dah masuklah sistem untuk pendaftaran Vaksin Covid-19 ni. Kalau sebelum ni memang takde. Sebab hari-hari Sis check hehehe.. 

So korang dah update? Sis dah pun update semalam dan selesai buat pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19. Tapi sebelum korang nak mendaftar, korang kena check dulu status butir-butir peribadi korang dan segala maklumat yang korang isi sebelum ni. Samaada benar atau tidak. 

Jika ada kesilapan atau nak edit ke, korang boleh buatnya terlebih dahulu sebelum pergi ke seterusnya untuk mendaftar. 

Kemas Kini Aplikasi MySejahtera Korang Dan Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid-19

Notifikasi yang Sis dapat semalam. 

Kemas Kini Aplikasi MySejahtera Korang Dan Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid-19

Kemas Kini Aplikasi MySejahtera Korang Dan Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid-19

Pengesahan maklumat pemohon

Apabila kemas kini, terdapat satu ruangan vaksin Covid-19 dan apabila ditekan pemohon diminta untuk mengesahkan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

Kemas Kini Aplikasi MySejahtera Korang Dan Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid-19

Setelah korang sahkan semua maklumat korang, korang akan di makluman mengenai status fasa vaksin tersebut. 

Kemas Kini Aplikasi MySejahtera Korang Dan Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid-19

Makluman kepada pehomon berkaitan vaksin fasa satu diberikan kepada barisan hadapan

Kemas Kini Aplikasi MySejahtera Korang Dan Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid-19

Setelah disahkan, korang boleh terus mendaftar untuk vaksinasi dan korang akan dapat maklum balasnya bahawa fasa satu yang bermula hari ini 24 Februari hanya untuk barisan hadapan buat masa ini. Tapi korang boleh meneruskan proses pendaftaran dan akan diberitahu apabila fasa seterusnya bermula.

Untuk mendaftar seterusnya, korang klik 'CLICK HERE' (tu bahasa English la), dan korang perlu menjawab 4 soalan. Antara soalannya; Adakah korang berminat nak diberi vaksin, sejarah penyakit, korang ada terdaftar sebagai orang kurang upaya (OKU) atau tidak, dan lokasi alamat rumah korang sekarang.

Haa tu je soalannya. Then DONE. 

Selepas dah selesai semua, korang akan di minta untuk turn ON notifikasi aplikasi MySejahtera korang supaya senang nanti mereka nak hantar makluman terkini kepada korang mengenai status vaksinasi. Dan korang tak ketinggalan.

Dan bagi pengetahuan korang, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini dilaksanakan dalam tiga fasa. Ianya bermula hari ini 24 Februari 2021 dengan fasa pertama dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

Dan fasa kedua pula iaitu dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang.

Fasa ketiga dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.


P/S: Korang dah bersedia? Sis SUDAH!..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4463

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.