Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4450

MENU MINUM PETANG YANG MENGENYANGKAN

$
0
0
MENU MINUM PETANG YANG MENGENYANGKAN | Betul-betul sangat mengenyangkan. Dua jenis menu petang ni kalau di makan, perghh kalori dia engko tolak tepi, jangan di kira, kalau kira nanti kesal sampai raya tak sudah hahahaha.. 

Jenis Sis, diet ya diet, kontrol memang kontrol, tapi kalau dah depan mata, apalah salahnya kan kita 'jamah' barang sesuap.. boleh caya ke idok sesuap ek hahahaha..

Kuih Koci dan Putu Piring, menu minum petang untuk family harini. Masa menaip ni pun, dah siap dah minum petangnya, sambil Suami sedang menukang, Sis duduk kejap depan laptop update posting ni haa.. maka terjadilah seperti tajuk di atas. Sebab memasing semua dah kenyang.

Kejap lagi tunaikan Asar, kemudian nak keluar dating berdua tapi tak tau nak kemana. Sis ko follow aje mana Suami nak bawa, janji dapat dating hahahaha.. Kang kalau tanya, nak pi mana, yang sorang tanya dia, yang dia tanya dia, so better Sis ikut aje laa kan.. Sis jawab nak pi Melaka kang, ada yang ternganga pulak hahahaha.. 

Kuih Koci

Kuih Koci 

Kuih koci merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan (Gula Melaka) di dalamnya. Di Malaysia ia popular terutama di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan.

Kuih koci ini agak lembut dan hingga dibuat nyanyian "Ada sejenis kuih tiga segi.... Di luar tepung di dalamnya inti... Makanan orang tiada bergigi...".. 

Pernah dengar ke lagu Kuih Koci tu? 

Putu Piring

Putu Piring

Putu piring banyak dijual di pasar malam. Tetapi kini ia turut menjadi hidangan pilihan di hotel terkemuka di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Putu berasal dari Kerala & Tamilnadu, India. Putu adalah daripada bahasa Tamil yang bermaksud makanan daripada beras. Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut.

Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning. Selain daripada putu piring, terdapat juga putu mayam dan putu buluh atau putu bambu.

Putu Piring, Putu Bambu dan Putu Mayam, tiga-tiganya adalah berbeza. Jangan salah pulak hehehe.. 

Menu Minum Petang Yang Mengenyangkan

So korang suka yang mana satu? Kuih Koci atau Putu Piring?

Kenit : 'Saya suka Kuih Koci'

Sibukkkk je laaa ko Kenit.. Orang tak tanya dia laaa eeee... 

Dan nak juga bagitau, mungkin ini malam atau esok pagi, pageviews blog Sis ni akan mencecah ke 10 000 000 (Sepuluh Juta) viewers ko... alhamdulilah, satu pencapaian yang membanggakan buat diri Sis since 2008 menulis blog. 

Mungkin orang lain dah berjuta-juta, tapi Sis tak kisah, prinsip Sis, jangan suka bandingkan blog orang lain dengan blog kita. Masing-masing ada gaya dan cara penulisan sendiri untuk menaikkan views dan menambat hati pembaca. 

Yang penting usaha keras tu haa berbaloi rasanya bila dapat capai sesuatu yang tanpa di sangkakan.. alhamdulilah.. 

Takde Giveaway ke?.. Nak ke?..

Okay...siapa baca posting ni, ni haa dia syarat giveawaynya.. siapa dapat SNAP angka 10 000 000 atau lebih tidak melebihi dari 10 000 010, Sis akan beri dia HADIAH MISTERI untuk 3 PEMENANG.. so siapa baca posting ni, bertuah laa ko nakk hahahaha... 

Korang hantar SNAP PV tu ke emailSis ya. Ada di tepi sidebar The Author tu..
3 email yang pertama jika tepat atau cukup syaratnya, Sis akan pilih dulu.. 
So siapa cepat dia dapat.. 
Good luck 🎉


P/S: Hadiah dia best oii.. rugi siapa tak baca dan join giveaway ni hahahaha.. cepat panggil geng hahaha.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4450