Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4450

KISAH HARI INI PENUH DENGAN KEMARAHAN

$
0
0
KISAH HARI INI PENUH DENGAN KEMARAHAN | Tajuk malam ni sikit beremosi, yaa Sis hilang mood harini gara-gara terjadinya 'satu perkara' yang Sis sendiri tidak menjangkakan. Ibarat pepatah 'Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong, Akhirnya Makan Diri'...haaa begitulah, cuma ayat akhir tu Sis ubah sendiri supaya kena dengan perkara tersebut. 

Tapi bila Sis sedang marah, Sis di ajar sejak dulu lagi, bila marah elok DIAM.. itu lebih baik.. tapi bila marah kita beserta dengan bukti, makanya diam itu sangat menyakitkan..

Tapi alhamdulilah, Allah itu Maha Mengetahui, setiap yang berlaku pasti akan ada petunjuknya.. antara cepat dengan lambat aje kan.. tak kisahlah cara bagaimana Allah nak menyampaikannya pada kita, tapi tetap bersyukur bila semua persoalan ada jawabannya..

Allah beri Sis kesabaran, beri Sis ketabahan dan beri Sis kelembutan untuk hadapi semua yang berlaku, baik yang benar ataupun tidak.. jika tidak kerana sifat kesabaran dalam diri Sis ni, jangan kata marah, satu Pasir Gudang ni boleh terbalik yaa..

Sis lawan perasaan marah Sis dengan berDIAM... tu jee kekuatan yang Sis ada.. dari dulu, apa je orang buat kat Sis, lebih baik DIAM.. nak perang? Boleh ajerr.. tapi buat apa? lagi menambahkan banyak masaalah ada laa.. tapi tak tau laaa kan, kalau one day, jika kesabaran Sis di luar kesabaran, mungkin ada agaknya kes 'assalamualaikum'.. 

Tapi bukan serang face to face.. serangan Sis mudah aje.. Sis akan MENULIS satu persatu dari A hingga Z beserta gambar di muka depan blog lagi hahahahaha.. one day.. 

Buat masa ni kita DIAM dan SABAR .. 
Korang pula kalau kawal emosi marah macam mana?

Kisah Hari Ini Penuh Dengan Kemarahan

Dan perlu kita tau.. 

Sesungguhnya kemarahan akan  mengumpulkan segala keburukan.

Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti muka menjadi merah, urat-urat leher menegang, tubuh seakan- akan mengigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk samada mengutuk atau mengeji.

Selain itu, akibat daripada emosi marah tanpa kawalan, seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk atau membunuh. Mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain dan akhirnya mewujudkan permusuhan serta kebencian.

Emosi Marah

Walaupun emosi marah adalah sifat semula jadi kita, namun seorang muslim hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh menyebabkan kemarahan.

Kemarahan selalunya berpunca daripada kegagalan kita mengawal emosi, emosi marah. Pelbagai dugaan hidup akan melahirkan pelbagai emosi dalam diri kita yang kadang-kadang membuatkan emosi tidak menentu.

Kisah Hari Ini Penuh Dengan Kemarahan

Mengawal emosi marah : Banyakkan Minum Air Kosong

Antara langkah bertenang adalah; banyakkan minum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka ini.

Mengapa?

Kerana air memang akan menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air.

Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air

Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik.

Mohon kepada Allah agar api kemarahan yang sedang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam. Biar terhapus emosi marah tersebut.

Mengawal Emosi Marah : Amalkan Teknik “Pause”

Pernah dengar teknik ni?

Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita.

Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.

Dan selalulah menyebut, 'La haula wala quwwata illa billah' (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)... 

Semoga Allah menjadikan kita insan yang sangat tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. Tingkatkan amal ibadat dan basahkan bibir dengan zikrullah agar hati kita menjadi lebih lembut lagi tenang.


P/S: Aku sebenarnya tak suka nak bercerita mengenai emosi, tapi di sinilah tempat aku meluahkannya.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4450