Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4471

APA RASA MATCHA GREEN TEA TU? SEDAP KE?

$
0
0
APA RASA MATCHA GREEN TEA TU? SEDAP KE? | Ada yang nak menjawab soalan itu? Kalau Sis sendiri jawabannya 'Gulp'.. hahahaha.. iyee jujurnya Sis tidak sukakannya.. lagi kalau jenis serbuk bancuhan dengan susu, kena pulak susu oat, lagi lee terkulat-kulat Sis nak menelannya oii.. kalau tertelan pun sebab terpaksa kakakakah.. 

Bukanlah sebab minum semata nak diet ke, tapi sebab ada banyak khasiatnya jika korang amalkan minum Matcha Green Tea ni. Ramai kalangan kita memanggilnya Green Tea, tapi nama sebenarnya Matcha Green Tea.. nampak sama tapi berbeza. 

Anak Sis yang sulung adalah pengemar minuman Matcha Green Tea ni, saban hari oii setiap pagi dia akan godak buat sendiri menggunakan resepi yang dia amik dari google. Dia guna serbuk matcha green tea dan campur bersama susu oat tanpa letak gula sama sekali. Pernah Sis cuba, kuss semangat, hidu baunya pun rasa loya.. tapi sebab kena paksa dengan anak, nak taknak Sis telan juga depan dia sampai sekarang ni oii huhuhu...siap tunggu depan kita sampai kita habis minum.. ko ngase?..

Serbuk Matcha Green Tea brand Tealive tu anak Sis beli di Shopee aja, dan Susu Oat tu korang boleh je mana-mana susu oat di pasaraya, nak mudah beli aje brand Farm Fresh.. macam anak Sis ni suka bertukar-tukar.. mana dia rasa nak cuba, dia beli.. 

Resepi Matcha Green Tea tu nanti Sis kongsikan di bawah sekali ya. 

Matcha Green Tea

Apa Itu Matcha Green Tea? 

Teh ini mendapat ciri-ciri uniknya daripada cara ia tumbuh. Tiga ke empat minggu sebelum daun Teh Matcha ini di petik, pokoknya akan di tutup dengan canvas yang mempunyai lubang-lubang yang kecil. Keadaan ini akan menjadikan pokok matcha ini tumbuh dalam keadaan yang redup. 

Disebabkan itu, daun matcha yang kekurangan cahaya matahari ini terpaksa menghasilkan klorofil yang lebih untuk menangkap cahaya matahari yang sedikit. Daripada process inilah maka teh matcha mendapat warna hijau pekatnya, menarik bukan?

Teh Matcha asli berasal dari Jepun, akan tetapi kebanyakan teh Matcha yang boleh dijumpai di Malaysia datang dari Thailand kerana harga teh Matcha dari Jepun lebih mahal sehingga 3 ke 4 kali ganda daripada Teh Matcha Thailand. Perbezaan harga juga membawa kepada perbezaan kualiti. Semakin mahal harga teh matcha,semakin tinggi kualitinya. Kualiti teh matcha boleh di lihat pada kepekatan warna hijaunya, lagi pekat hijaunya, lagi tinggi kualiti teh Matcha itu.

Tahukah korang? … “Segelas Matcha Green Tea mempunyai faedah yang sama dengan 10 gelas Teh Hijau yang biasa” Di sini Sis akan kongsikan kepada korang 10 manfaat kesihatan dari Matcha Green Tea!

1. Menurunkan Berat Badan

Disebabkan kadar kandungi klorofil yang tinggi, teh matcha amat bagus untuk dijadikan sebagai amalan harian  untuk detox kerana ia juga dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma badan serta membakar lemak. Ia juga lembut pada usus dan tidak meningkatkan  kadar denyutan jantung seperti meminum kopi dan minuman tenaga ( Redbull). 

Matcha juga mempunyai ciri-ciri thermogenic yang meningkatkan kadar pembakaran lemak semulajadi badan. Bukan itu sahaja,matcha juga dapat membantu mengurangkan nafsu makan atau craving kita pada gula dan karbohidrat. Secara tidak lansung , membuatkan badan kita rasa kurang lapar dan ini menjadikannya minuman ideal untuk orang yang mempunyai keinginan untuk mengurangkan berat badan

2. Antioksidan

Proses penapisan matcha menjadikan ia kaya dengan antioksidan, klorofil. Nutrien ini membantu dengan selamat membersihkan dan menyingkirkan toksin dalam badan.

3. Anti Kanser

Pembentukan radikal bebas adalah salah satu faktor utama dalam penuaan pra-matang. Ianya disebabkan oleh pelbagai sumber, termasuk diet dan tahap stress korang. Tahap antioksidan Matcha (pemusnah radikal bebas) adalah:
  • 6.2 kali ganda daripada Goji Berries
  • 7 kali ganda daripada Coklat
  • 17 kali ganda daripada wild blueberries
  • 60.5 kali ganda daripada bayam

4. Untuk Konsentrasi Dan Meningkatkan Daya Ingatan

Matcha mengandungi L-Theanin, amino acid yang bagus untuk kesihatan badan. Ia juga membantu untuk menguatkan ingatan dan fokus. Berbanding dengan kopi, Matcha mempunyai kadar L-Theanin yang tinggi, disebabkan oleh itu, tenaga yang dihasilkan oleh matcha tidak membuatkan seseorang itu mengigil berbanding dengan kalau kita minum minuman seperti kopi atau minuman tenaga(Red Bull dll).

5. Menjadikan Senaman Lebih Efektif

Bersenam adalah sukar, tetapi matcha menjadikannya lebih baik dalam 2 cara:
  1. Kajian telah menunjukkan bahawa senaman selepas minum teh hijau matcha menyebabkan 25% lebih pembakaran lemak semasa latihan!
  2. Matcha akan memberi korang tumpuan dan kecekapan yang lebih tinggi, jadikorang boleh mendorong diri korang untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh sekiranya ingin mengurangkan berat badan.

6. Menguatkan Sistem Imun

Sistem imun kita akan berdepan dengan pelbagai virus atau bakteria setiap hari. Matcha Green Tea korang akan membantu untuk mengelaknya. Kerana kandungan antioksidan dan catechins yang tinggi , semakin banyak yang korang miliki, semakin kuat badan korang untuk melawan jangkitan dari sebarang penyakit.

7. Rasa Yang Hebat

Klorofil dan amino asid memberi matcha rasa yang unik, segar, astringent taste, diikuti dengan rasa manis yang berpanjangan. Ianya boleh menambah rasa dan warna teh hijau ciptaan korang, sama ada smoothie, latte, sos yang sedap, atau paste.

8. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Antioksidan yang sama dengan teh hijau biasa, mengandungi epigallocatechin gallate (EGCG). Ianya boleh membantu menyokong kesihatan kulit dengan mengurangkan keradangan dan radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit.

9. Anti-Penuaan

Masyarakat Okinawa di Jepun dikenali sebagai masyarakat yang paling banyak dilihat sentiasa kekal awet muda. Ini disebabkan masyarakat Okinawa sebahagiannya dikaitkan dengan pengambilan teh hijau secara kerap yang menyebabkan kebanyakan mereka kekal awet muda walaupun sudah berumur.

10. Memberikan Anda Tenaga Berpanjangan

Kafein amat baik, tapi kadang-kadang ianya boleh menyebabkan kegelisahan dan rasa tidak bertenaga apabila mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Perkara yang menarik mengenai matcha ialah ianya mengandungi asid amino L-Theanine, yang membantu mengimbangi kafein. Asid amino dikenali untuk membantu dengan mewujudkan rasa ketenangan dan mengelakkan rasa mengantuk.

Matcha Green Tea

Resepi Matcha Green Tea 

Bahan-bahan (1 orang)
  • 1 sudu teh dan 1/2 sudu teh serbuk teh hijau
  • 2 - 3 sudu air panas
  • 1 cawan susu oat 

Cara Membuatnya: 
  1. Masukkan serbuk matcha teh dalam cawan (anak Sis guna cawan shaker)
  2. Kemudian tambah sedikit air panas, tetapi jangan jenis mendidih ya.
  3. Kemudian di kacau perlahan-lahan.
  4. Masukkan susu perlahan-lahan ke dalam cawan matcha tadi. 
  5. Kemudian tutup dan goncang shaker tu sampai semua bahan sebati dan nampak halus. 

Sis syorkan korang mencuba minuman Matcha Green Tea ini. Sis nampak perubahan pada anak Sis sebab dia tak mudah lapar dan jarang sakit. Memang dia pengemar tegar Matcha Green Tea. Ko bayangkan setiap pagi dia minum. 

Memang anak kata bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan tetapi katanya berulang kalai, ianya juga mempunyai rasa yang sedap dan enak setiap kali minum hahahaha.. untuk dia ya, tapi bukan untuk Sis NO :p .. 

Korang suka juga ke?


P/S: Kelmarin berkotak serbuk Matcha Green Tea sampai dari Shopee.. Ayahnya pun geleng kepala huhuhu Omak jadi mangsa bahan bancuhan dia oii.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4471

Trending Articles


Girasoles para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear